Rakan Blogger

Saturday, June 16, 2012

Pukullah Anak Saya Jika Untuk Kebaikan Dia

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Hari nie, sekolah tempat kancil mengajar mengadakan majlis penyerahan buku rekod murid kepada ibu bapa. Bermula pada pukul 7.30 pagi sehingga 11 pagi. Sejak 6.30 pagi, ibu bapa sudah berkumpul di ruang menunggu. Iaitu tapak perhimpunan sekolah. Kancil datang seawal 6.25 pagi.

Kancil telah diberi amanah untuk membantu guru kelas tahun 5. Bersama - sama guru tersebut kami melaksanakan tugas untuk menyerahkan buku rekod. Dalam keadaan kurang sihat, guru tersebut masih turun untuk melaksanakan tugasnya. Kalau ikutkan, dia boleh minta MC. Namun nielah peluangnya berjumpa dengan mak bapa budak tersebut.

Kancil sedia maklum bahawa kelas yang kami urus merupakan kelas yang teruk dari segi akademik dan disiplin. Rata - rata ada ibu bapa kecewa dengan keputusan anak mereka. Malah ada yang terkejut melihat buku rekod salah laku mereka. Mana tidaknya, mereka anggap anak mereka baik. Bila melihat buku salah laku, terkejut besar mereka. Hingga ada yang kata "saya malu, cikgu"

Namun hampir kesemua ibu bapa berpesan kepada kami (guru) agar mengambil tindakan disiplin terhadap anak mereka. Antara kata - kata mereka ;

"Pukullah anak saya jika untuk kebaikan dia"

"Dendalah dia cikgu yang penting simpankan nyawanya di badan"

"Saya tidak masuk campur jika pihak sekolah mengambil tindakan disiplin seperti merotan"

Tulah sebahagian kata - kata ibu bapa yang mengakui kelemahan anak mereka. Apapun, kami guru berharap anak murid nie berubah dan bukan kami putus asa terhadap mereka. Percaya bahawa ada perubahan yang akan berlaku pada diri mereka.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

22 comments:

Kayu Manis said...

kesian ..kan masih ada tak semangat cikgu..utk menghadapi keadaan mcm ni..ibubapa sgt mengharap tu..mulakan di rumah..ibubapa tu sendiri kena peka..jgn asyik suruh belajar aje..hadap sekali mereka..anak di suruh belajar..ibubapa sibuk tgok tv atau bertandang ke rumah jiran ..mana maunya.

Jahirah said...

bagus mak ayah xmarah cikgu....

3no gr33ny said...

syukur masih ada ibu bapa yang positif terhadap perkembangan tingkah laku dan akademik anak2 mereka

fairus said...

BOLEH ROTAN ATAU PUKUL TAPI JANGANLAH SAMPAI BERKESAN.. JANGANLAH DENGAN NIAT SELAIN NIAT MENGAJAR..

TeAqArH said...

ni baru betol..ini tidak...sikit2 salah ke cikgu..sikit2 nk menyaman...duk percaya apa ja anak ckp... teruskan berkhidmat cikgu.. ^_^

Unknown said...

kalau Queen pun akn pesan pd guru mcm tu juga. hihihi tp sbg ibubapa kita juga kena pantau ank sndiri dan queen sokong kata2 kak cinnamon tu

Unknown said...

mendidik anak2 zaman sekarang adakala perlukan sedikit kekerasan , diplomasi dan juga pyschology..
pilihlah yg terbaik.....

Kekzamanis said...

Mnejadi seorang pendidik memang sangat memerlukan keprihatinan & kesabran yg tinggi.. Semoga cikgu kancil berjaya merubah anak2 ini.. =)

EmpayarUtama said...

zaman dah berubah cikgu, tak macam dulu-dulu...

Maaf saya tak dapat beri komen untuk semua posting

Eera Shera said...

ckgu kena kuat utk bimbing anak murid mcm tu. jgn asingkan dorg sbb sape tau dorg mau berubah :)

Dkna Abza said...

dipikul untuk kebaikan...takot nanti naik mahkamah lak..budak sekarang tak macam dulu.

Kancil 8349 said...

Cinnamon.com :

betul tu...semoga ada perubahan nanti

Kancil 8349 said...

Aishah :

Alhamdulillah

Kancil 8349 said...

3no :

betul tu...alhamdulillah

Kancil 8349 said...

Fairus :

betul tu...

Kancil 8349 said...

Teaqarh :

terima kasih...kena juga berusaha

Kancil 8349 said...

Queen :

betul tu...terima kasih

Kancil 8349 said...

Remy :

betul tu...kena cara yant terbaik

Kancil 8349 said...

Misz :

betul tu...

Kancil 8349 said...

Empayarutama :

betul tu...perubahan yang perlu kita bersedia

Kancil 8349 said...

Eera Shera :

terima kasih...insya Allah

Kancil 8349 said...

Adylia :

betul tu..moga ada yang berubah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...