Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.
Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.
Time bujang, Kancil suka bermandi manda di air terjun Kionsom di Inanam. Masa tu bermotor lagi. Kerap kali pergi masa sepupu rapat Kancil menginap bersama Kancil di Kampung Likas. Boleh dikatakan tiap - tiap minggu ke sana. Memang seronok, dapat berenang sepuas hati. Bayaran pun ndak mahal. Ndak tahu lah sekarang nie. Berapa masuk. Kalau dulu RM 1 je.
Kancil tahu tempat nie masa Kancil ikut sama dengan pelajar - pelajar DKM 2004 berkelah. Mereka ajak Kancil. Dan sememangnya Kancil ingin tahu tempat tersebut. Mereka kata tempat yang menarik. Dan sememangnya menarik. Seramai 14 orang termasuk Kancil menaiki bas ke tempat tersebut. Masa tu, Kancil berstatus pensyarah kolej.
Tiba di kawasan tersebut, Kancil kagum melihat keindahan alam. Bunyi air jatuh yang mengasyikkan. Sayang, Kancil masa tu ndak ada kamera. So, susah nak gambarkan macam mana. Apapun, airnya sejuk walaupun dah tengahari. Mengigil seluruh badan. Untuk makluman, hanya 4 orang je lelaki pada masa tu. 10 orang lagi perempuan. Nak kata kekok ndak juga sebab dah anggap macam adik beradik. Tapi ada batasnya.
Perkara yang lucu, time tu Kancil ndak pandai berenang lagi. Minta ajar dengan pelajar - pelajar Kancil. Kancil suka melihat pelajar - pelajar lelaki Kancil terjun dari atas sambil sorakan daripada pelajar - pelajar perempuan. Seorang pelajar perempuan meminta Kancil berbuat demikian. Untuk tidak malu, Kancil pun ikut sama dengan pelajar - pelajar lelaki. Tapi sempat berpesan dengan pelajar lelaki. Jika ndak timbul tolong cari Kancil di dasar air. Hehehe...Alhamdulillah, Kancil berjaya melakukannya. Walaupun sedikit panik. Hehehe...
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
35 comments:
wah..skrg dah pandai berenang lah ye..
Air terjun kat mana2pun mmg menakjubkan dan kalau pergi mmg terasa damai jiwa..
terkadang guru juga perlu belajar dari murid untuk sesetengah perkara...
p/s : nasib timbul balik lepas terjun tu ek..hehe
tahniah cikgu kerana berani ambil risiko - salah satu cara kita hilangkan ketakutan kita utk blaja benda baru
Gambar isi buah markisa matang
hubby sy asal keningau sabah, dia juga slalu cerita zaman kanak2 masa kat kampungnya..seronok dgr cerita masa dulu2 kan..
p/s : terima kasih follow sy..sy dah follow sini juga. slm kenal. :)
sy sampai hari ni tak pandai berenang
hehehe.. belajar berenang ye cikgu.. :)
remy suka mandi sungai......kalau nama budak kampung cam remy nie tak pandai berenang...... jgn balik kampung dah.....he3
masih blm kesempatan ke kk..teringin sgt
heheh...kancil nie...nasib dapat timbul....bahaya tu...
wahh... murahnyer... cam tiap hari jer nk pergi kan... hehe
Ohh... kena cabar pelajar perempuan baru cikgu rasa tercabar ye:D Kalau tak agaknya sampai sekarang cikgu tak pandai berenang.
p/s: kakak tak pandai pun tapi anak-anak kakak bolehlah...
dulu2 kat kmpug pandailah..skrg dah berat..
rajinnya bawa budak2 berkelah, mungkin budak2 'sana' lebih ikut peraturan kit,.. kalau akak, tolak mentah2 bila diajak piknik dengan budak2 kelas, takut tak terkawal anak orang...
ai pandai main air tapi tak reti berenang.. kalau dapat air.. hilang title mak budak tu.. yang tinggal remaja purba je.. hikhikhik..
akak kalau pergi tak kiralah, pantai ke air terjun ke kalau tak boleh mandi, baik tak payah pergi..suka sangat berendam heee
p/s: maaf lama tak singgah, blog utama tak dapat buka, tak tahu kenapa, jd akak bw melalui blog ke 2 je
salam pagi ..hehe. wahh bestnye mandi sungai. kancil, hujung tahun ni cikhoneybee nk bercuti ke kk bersama keluarga.. buleh bg beberapa tempat2 yang WAJIB dikunjungi utk org semenanjung?
salam pagi ..hehe. wahh bestnye mandi sungai. kancil, hujung tahun ni cikhoneybee nk bercuti ke kk bersama keluarga.. buleh bg beberapa tempat2 yang WAJIB dikunjungi utk org semenanjung?
best wooo.. dulu mase kecik2, sya selalu pergi sungai kat hujung kampung.. pastu melompat dri tempat tinggi ala-ala tarzan..
kasar cam bdk lelaki jgk.. hehe.. :)
Ariana :
betul tu...memang menarik
3no :
hehehe...betul tu
baguznet :
terima kasih
Deqla :
terima kasih
Pen Biru :
kena belajar juga
Queen :
betul tu
Remy :
hehehe...ndak semua budak zaman sekarang pandai berenang seperti zaman kita dulu
Mrs Norrie :
insya Allah..ada rezeki kamu akan datang ke sini juga
mselim3 :
hehehe...alhamdulillah
Pn. Sheila :
tulah orang kata
Kakzakie :
antara ego dan malu bah tu
K.Nor :
boleh bah kasi kurang
Aimaniman :
hehehe...betul tu...rasa hormat mereka bah tu
Aizamia3 :
hehehe...jiwa remaja memberontak keluar
Yatie Awang :
sama jugalah dengan kancil
Cik Honey Bee :
insya Allah kancil akan ceritakan
Zeera :
tu zaman kanak2 bah tu kan..sekarang dah lemah lembut
Post a Comment