Rakan Blogger

Sunday, November 13, 2011

Naib Johan Perbarisan

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Agak lama kancil tidak buat entri. Memandangkan ramai rakan blogger menanti entri terbaru Kancil. Kancil rasa terharu dan rasa dihargai. Terima kasih semua. Minggu lalu, sekolah Kancil telah mengadakan sukan tahunan peringkat sekolah. So banyak kerja perlu diuruskan. Lebih -  lebih lagi Kancil dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Sukan.

Namun bukan itu yang ingin Kancil kongsikan. Kancil nak kongsikan rasa gembira di atas kejayaan anak didik Kancil mendapat naib johan perbarisan Unit Beruniform. Usaha yang dilakukan selama 2 minggu akhirnya berhasil. Kancil rasa gembira dan teruja kerana mereka dapat melakukannya. Dan ini merupakan pencapaian pertama Kancil sebagai guru penasihat dalam kawat perbarisan.

Tahniah kepada semua kadet TKRS SK St Patrick yang menyertai perbarisan sempena Sukan Tahunan peringkat sekolah. Mengingatkan kembali 2 minggu lalu, bilangan ahli kadet mencukupi untuk membentuk satu perbarisan. Namun, bilangan berkurangan dari hari ke hari kerana mereka tidak tahan dengan latihan yang bagi Kancil tidak berat berbanding dengan pasukan perbarisan yang lain. Cuma 1 jam sahaja berbanding pasukan lain 4 jam sehari.

Hanya 16 orang yang menyertai perbarisan tersebut. Walaupun bilangan sedikit namun anak didik kancil tidak rasa malu malah berani maju ke hadapan. Hasilnya mereka mendapat tempat kedua selepas PBSM sekolah. Kancil rasa bersyukur dan gembira di atas kejayaan mereka.  Tahun lalu mereka mendapat tempat keempat. Faktor kekalahan disebabkan bilangan ahli kurang dan berhenti ketika memberi hormat.

Jom kita lihat beberapa keping gambar sepanjang latihan perbarisan dan kemuncak sukan sekolah.

 Latihan perbarisan dan pasukan TKRS sedia untuk berkawat

Membaca doa dan mendengar ucapan Pengerusi PIBG

Wira - wira Kadet TKRS

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

p/s : tahun depan ingin merangkul  Johan Perbarisan Unit Beruniform

45 comments:

ShahzCudin said...

Tahniah!

lama x kawad2 ni sjk abes skola..

TKRS tu ape?

Unknown said...

Wah... tahniah cikgu! sebab anak didik cikgu berjaya...

Unknown said...

tahniah kancil....
berkat usaha mu....
tahniah buat mereka....

Aien Not Alien said...

alahai...comel2 TKRS ni..

rinduuu KRS la...rindu padang kawad...


barisssss....barissss..sedia!!! hihi..

tahniah cikgu.... ^_^"

3no gr33ny said...

Kejayaan murid tu lambang kecemerlangan seseorang guru tu...tahniah!

Anonymous said...

wowww... takpe, biar sikit asal semangat tuh ade... kalau ramai tapi xde semangat pon tak guna gak kan? i'v xperienced it... <3

ILA HonEyBuNNy said...

tahniah....;-)

seronokknya suka sekolah..

tetiba rindu nak sekolah...heheh

Yumida said...

uwaaa...kawad...x sanggup....blh x dlm aircond? hihi

Ce'gu JAERA said...

wahh, tahniah buat pasukan TKRS... memang hebat2 cikgu2 yang mendidik dan membimbing skuad perbarisan ini.. teruskan usaha..

Damas said...

Tahniah kancil...Yg mbmbing itu lagi terror. Den dulu KRS juga, tp tak masuk pbarisan pun..hehe.

Jom tengok, den ada tag nama mu dalam entry den.

http://damaseni.blogspot.com/2011/11/permainan-soaltagged-bermula.html

Run Away said...

tahniah ye....teringat zaman2 sekolah dulu...;d

Rean said...

teringat masa rehearsal perbarisan kat skola dlu, balik rumah muka hitam legam! hehe

Kayu Manis said...

tahniah..anak kak pun TKRS juga..TAK AKTIF PUN..

aamalinaazman said...

huwaaa
tahniah cekgu kancil dn anak buah nyaaaa!
weee
teringat zmn sekolah, mang berlatih sungguh2 nak menang perbarisan =]

aliza said...

tomeinya budak2 kecik.. kat sekolah akak KRS & kpa la menang.. kalau pbsm corot je.. pas tu akak gp Kadet Bomba, kalau perbarisan x menang tp perhimpunan mingguan sempena hari guru menang sbb akak tukang sedia teks ucapan.. pengelat kan.. cikgu lg beriya2 nak mennag banding budak2..

Anak Wak Mail said...

boleh la mintak petua kancil berkawad!haha..

lama dah tak berkawad..mesti best kan.

maszull said...

assalamualaikum kancil...tahniah atas dorongan guru penasihatnya akhirnya mereka berjaya menggondol tempat kedua ye...:)

Zul fattah said...

haha.. Tahniah cikgu.. tringat masa muda2 dulu.. hehe

Dylla Abas said...

sangat suka berkawad sampai pernah dipilih jadi komander! hasilnya..?? sy jadi hitam legam..huhu :p

anyway...tahniah utk skuad TKRS!!

Anonymous said...

Tahniah cikgu!!!...

semoga lagi sukses akan datang.

Unknown said...

tahniah buat semua anak didik kancil !

Dah besaq panjang anak dara aku ni.http://gilamodified.blogspot.com/2011/11/adrianas-annual-graduation-day.html

Kancil 8349 said...

ShahzCudin :

Terima kasih...

TKRS ialah Tunas Kadet Remaja Sekolah

Kancil 8349 said...

Santri :

terima kasih...

Kancil 8349 said...

Remyhazza :

terima kasih...

Kancil 8349 said...

Aien Not Alien :

terima kasih...kancil pun rindu walaupun sebagai guru penasihat tapi suka berkawad

Kancil 8349 said...

3no gr33ny :

terima kasih...
namun semua usaha murid tu sendiri

Kancil 8349 said...

Cik Gee :

terima kasih dan sememangnya betul tu

Kancil 8349 said...

Ila :

terima kasih...

mesti banyak kenangan semasa di sekolah nie kan

Kancil 8349 said...

Yumida :

susah gak kalau dalam aircond sebab cuaca kita nie memang panas dan lembap sepanjang tahun

Kancil 8349 said...

Gen2Merah :

terima kasih geng...
hanya aku je yang mendidik kawad TKRS nie...hehehe..guru lain sibuk dengan aktiviti mereka sendiri

Kancil 8349 said...

Kartunis Damas :

terima kasih...ndak terror lagi sebab bukan JU daerah lagi...hehehe

insya Allah Kancil akan join

Kancil 8349 said...

iMBobo :

hitam legam pun tapi mesti berhasil kan

Kancil 8349 said...

Cinnamon.com :

ndak mengapa...yang penting ada ilmu mereka dapat

Kancil 8349 said...

Aimie :

terima kasih...
latihan yang bersungguh2 akan mendatangkan hasil yang baik

Kancil 8349 said...

Aimaniman :

betul tu...bukan murid yang mahu menang tapi guru yang lebih2

Kancil 8349 said...

Anak Wak Mail :

insya Allah...memang best berkawad nie

Kancil 8349 said...

Maszull :

Waalaikumsalam mama,

terima kasih mama

Kancil 8349 said...

Zul Fattah :

terima kasih...

Kancil 8349 said...

Dylla Abas :

terima kasih....hitam legam pun mesti manis juga dylla

Kancil 8349 said...

Citra Nanizam :

terima kasih...insya Allah ingin merangkul johan pada tahun depan

Kancil 8349 said...

khairul :

terima kasih....

Ungu Violet said...

tahniah2...

dulu masa sekolah selalu masuk perbarisan..:)

Unknown said...

tahniah!

saya pun dulu anggota krs.. hehe..

Kancil 8349 said...

Ungu Violet :

terima kasih...

mesti seronok kan masa perbarisan

Kancil 8349 said...

Rai :

terima kasih...

senior KRS nie kan...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...