Rakan Blogger

Wednesday, June 29, 2011

Service Enjin Kancil 8349

Kena service selepas 5000 km

Beberapa hari lalu, saya asyik memerhati meter kilometer kereta kancil saya. Saya sasarkan pada hari Sabtu nie baru nak service. Tukar minyak hitam dan oil fillter. Rupanya, hari nie kena service. Seawal 8 pagi, saya sudah bersiap untuk ke bengkel di Batu 3 Jalan Apas Tawau. 

Nama bengkel tersebut

Dalam perjalanan nak ke bengkel, hujan turun tapi tidak lebat sangat. Biasa -  biasa sahaja. Namun, jalan raya sesak di simpang Kabota. Selepas tu, ok. Setiba di bengkel kereta, pekerjanya terus menyapa dan bertanya kepada saya. Saya katakan mahu service kereta. Mereka meminta saya masukkan kereta saya ke dalam bengkel disebabkan keadaan cuaca hujan.

Hampir 30 minit mereka melakukan kerja menukarkan minyak hitam dan oil fittler. Kira lambat ke...tapi bagi saya tidak kisah yang penting mereka cermat dan berhati - hati melakukan kerja mereka. Setelah selesai, bos bengkel tu memberitahu saya mengenai "Timing Belt" kereta saya. Beliau ingin tahu bila saya tukar. Seingat saya tahun 2009. 

Rupanya, hanya di dalam sahaja yang ditukar. Belt di luar tidak ditukar. Dan permukaan Belt tersebut sudah merekah. Bos bengkel tu kata, bila - bila sahaja putus. Saya sendiri nampak Belt tu merekah. Aduh!...baru sedar. Nasib Bos bengkel tu nampak. So, dia minta pekerjanya tukar belt tersebut.

Memandangkan belt mereka habis di bengkel, terpaksa pula pekerjanya membeli di kedai peralatan kereta. Saya pun terpaksa menunggu dan nasib juga saya datang awal. Saya pun tidak pasti di mana. Tapi sememangnya di bandar Tawau. Lebih kurang 20 minit pekerjanya kembali dari kedai. Dan terus memasang Belt tersebut. 

Tepat pada pukul 10.30 pagi, baru saya beredar dari bengkel tersebut. Semasa memandu kereta kancil saya, terasa lain dan seperti selesa membawanya. Semacam ada kelainan...tapi susah nak digambarkan bagaimana. Apapun, terima kasih kepada tuan punya bengkel. Di bawah nie ada beberapa keping gambar, jom kita lihat...
  

Tuesday, June 28, 2011

Tahniah Untuk Abang Ben Ashaari


Hanya melalui blog je saya nak ucapkan tahniah kepada Abang blogger kita...pencapaian hari nie adalah usaha beliau sendiri dan kita semua berbangga dengan apa yang telah dicapai oleh otai kita. Tahniah lagi untuk beliau. Moga menjadi idola blogger yang lain..

Tengok apa yang dimenangi oleh beliau....klik

Blog Dan Aku


SOALAN

1) Apa nama blog anda
Kancil 8349

2) Kenapa anda memilih nama itu
Sempena nama kereta saya...

3) Tema warna blog anda
Sebelum nie coklat tapi dah tukar biru...sebab warna kegemaran....hehehe

4) Dalam sehari berapa kali anda mengupdate entry di blog
Ikut mood dan kelapangan masa....

5) Isu atau topik yang selalu dimasukkan dalam blog anda
Peribadi atau perjalanan hidup

6) Kenangan manis/pahit selama anda berblog
Bila ramai singgah baca blog saya

7) Blogger Idola (kalau ada)
Gen2Merah, Lulu Pages dan Ben Ashaari

8) Target follower untuk blog anda
Selagi mereka berminat dengan blog saya

9) Namakan satu benda yang paling anda suka yang terdapat dalam blog anda
tidak pasti...semua suka pula

10) kata kata ucapan untuk Blog anda
Menjadi tumpuan kepada mereka yang berminat.

Kes Meragut Menjadi - Jadi

Disebabkan tekanan hidup di bandar, ramai warga bandar bertindak di luar batasan kemanusian. Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi wang walaupun wang tersebut datangnya dari hasil yang haram. Mereka tidak kisah. yang penting mereka dapat memperolehi duit untuk menampung perbelanjaan mewah mereka di bandar ataupun mungkin untuk sesuap nasi.

Kes semalam yang membabitkan seorang guru sekolah berusia dalam lingkungan 36 tahun telah diragut di hadapan rumahnya sendiri. Tindakan nekad 4 orang peragut yang bersenjatakan parang menyebabkan guru perempuan tersebut tidak dapat berbuat apa - apa melainkan menjerit.
Kejadian tersebut berlaku pada pukul 12 tengahari. Dan jumlah wang yang telah diragut sebanyak RM 6 500. Namun, beliau tidak mengalami kecederaan. 

Kesian juga kan...orang yang kena ragut nie. Orang yang meragut nie pula, anggap itu cool walhal haram mengambil barang orang tanpa izin....apapun, wanita - wanita di luar sana...jagalah diri...

sumber : Berita Harian

Monday, June 27, 2011

Hijau Daun ( Suara Ku Berharap)

Jom kita mendengar lagu nie....best gila....

video


Saya kenal lagu nie masa saya di maktab perguruan Batu Pahat. Saya berjauhan dengan isteri dan anak - anak saya. Saya di Batu Pahat dan mereka di Tawau, Sabah. Sebenarnya ada  seorang junior saya yang kenalkan lagu nie kepada saya. Dia minat lagu nie. Saya pun join sekali minat juga kat lagu nie...dan memang best habis.

Sebelum nie saya suka menyanyi lagu Kumpulan Krispatih, Bila Rasaku Rasamu. Lagu untuk mengingatkan saya kepada keluarga saya. Walaupun ada diantara rakan saya bosan kerana saya selalu menyanyi lagu yang sama tapi saya tidak kisah sebab kita dah minat kat lagu tu. Suatu hari, saya berchatting dengan junior saya mengenai lagu yang kami sama - sama suka.

So, dia cadangkan lagu nie. Pada mulanya saya tidak faham...biasalah kalau benda yang mula...susah nak kenal. Dan saya mengulangi lagu nie banyak kali, saya mula jatuh cinta kepada lagu nie. Malah saya selalu menyanyikannya di dalam bilik asrama saya. Kali nie member sebilik  merasa hairan. Katanya lain sudah lagunya...dan saya tidak sangka juga dia minat kat lagu tersebut.

Setiba di Sabah, saya nyanyikan lagu ini dihadapan isteri saya tanpa iringan muzik. Isteri saya menyukainya. Tertanya - tanya beliau. Bila saya dengarkan dia original lagu nie. Dia pun suka. Sehingga kini, ada sahaja majlis perkahwinan, saya akan menyanyikan lagu nie. Lagu khas untuk isteri saya. 

Buat junior saya...terima kasih kerana kenalkan lagu nie kepada saya. Sayangnya kita terputus hubungan, namun saya tidak akan melupakan semunya. Terima kasih lagi kerana banyak membantu saya semasa di maktab...

Sunday, June 26, 2011

Minat, Sayang Dan Cinta


Dulu, masa sekolah saya selalu gunakan istilah ini untuk mendekati seorang perempuan. Orang kata kita mula satu peringkat ke peringkat yang satu lagi. Sama jugalah proses nak berkahwin kan?. Dari merisik, bertunang hinggalah ke pelamin...kahwinlah maksudnya...

Peringkat Minat
Selalunya kita nie minat benda yang cantik dan menarik. Orang kata memuji sesuatu yang baik. Dan tidak saya nafikan saya memang meminati ramai kaum hawa. Berkawan dengan perempuan lebih ramai dari lelaki. Kerana minat kepada mereka...dah normal kan kita lelaki nie. Tapi ada juga lelaki yang cemburu kita ramai kawan perempuan. Hehehehe...mereka beranggapan ia tidak normal...

Peringkat ini juga saya dapat menilai mereka dari segi perangai, kegemaran, kelemahan dan segalanya yang ada di dalam diri gadis yang saya minati. Bila rasa ia sesuai di dalam hati saya. Saya akan mula mendekatinya sebagai kawan. Bukan bermaksud saya mudah jatuh cinta...hehehe

Peringkat Sayang
Bila sudah menjadi kawan, kita akan rasa sayang kepada kawan kita. Masa nie kita tunjukkan yang kita ambil berat pasal dia. Dan ia mengambil masa yang lama juga untuk berkawan. Sebab kaum hawa nie, kalau kau terus terang, dorang anggap kita memain je. So kenalah perlahan - lahan. Baru dorang faham yang kita sayang kat dorang.

Peringkat Cinta.
Perempuan nie akan terasa juga yang kita nie sayang kat dia. Dua sahaja pilihannya. Dekat atau menjauhkan diri. Bila dekat, mulanya dia mengambil berat sal kita. Mulalah dia call kita, mesej kita dan ada satu peringkat mahu berjumpa setiap minggu. Dengan berdua sahaja. Masa nie, kita luahkan rasa cinta kita kepadanya. Perempuan yang suka kepada kita akan menunggu situasi macam ini dan ini bagi mereka amat romantik.

Rasanya itu sahaja...saya sekadar berkongsi maklumat sahaja. Mungkin banyak kurangnya dan saya berharap dapat menjadi rujukan...

Saturday, June 25, 2011

Segmen Khas : Bang Jom G Jalan Jalan


Segmen Khas : Bang Jom G Jalan - Jalan

Jom kita kenal mengenal melalui segmen khas ini...." i follow u ... u tak follow me pon tak pe..  i ok jer ..." 

Friday, June 24, 2011

Gelagat Muridku


Seorang murid tahun 2 datang ke bilik guru mencari guru bertugas. Dia lihat guru tersebut sedang duduk di mejanya. Murid tersebut menghampiri guru bertugas dan memaklumkan bahawa ada seorang murid cedera dek dipukul oleh rakan sekelasnya. Guru tersebut mengarahkan dua orang murid turun ke bilik guru.

Tidak lama kemudian, dua murid tersebut datang ke bilik guru sambil menitiskan airmata. Mereka ketakutan. Seorang cedera di muka dan seorang menggenggam tangan dalam ketakutan. Hasil siasatan dibuat, murid - murid ini bermain dengan kayu akibatnya mereka bergaduh di dalam kelas. Murid yang cedera dirawat oleh guru bertugas manakala murid satu lagi berdiri di satu sudut di dalam bilik guru.

Seorang guru menghampiri murid yang mencederakan rakannya. Guru tersebut bertanya apa kesalahan murid tersebut. Murid tersebut memberitahu bahawa dia telah melukakan rakan sekelasnya. Guru tersebut terkejut. Maka terjadilah dialog seperti di bawah

"Akibat kesalahan kamu mencederakan rakan kamu, cikgu mahu memotong tangan kamu."

"Jangan cikgu, sakit tu cikgu"

"Tahu pula kamu sakit. Yang kamu lukakan kawan kamu tu macam mana?"

"Dia sakitkan hati saya cikgu"

"Tapi ada keluar darahkah dari hatimu. Untuk adil, cikgu potong tangan ini supaya kamu tidak mengulangi lagi"

"Jangan cikgu...nanti saya mati...kalau saya mati...tiada jaga kucing saya cikgu" murid tersebut menangis sekuat hatinya. 

Niat cikgu tersebut sekadar untuk memberi amaran dan tidak mungkin dia akan membuatnya. Tetapi dia tergelak habis bila murid tersebut mengatakan "Tiada jaga kucing saya cikgu"....Aduh!....

Segmen Khas : Bila Si Suami Berblog...Si Isteri?


Hehehe...segmen yang sesuai lebih - lebih yang sudah berkahwin. Macam nak tahu bagaimana sang suami membahagikan masa untuk keluarga dan blog nie...hehehe...

Bagaimana nak meluangkan masa di rumah?

Kalau saya, selesaikan semua kerja di rumah sebelum berblog. Apa yang patut diselesaikanlah. Seperti kemas tempat tidur, mandikan anak - anak, siapkan kerja pejaba dan jangan lupa mandi pula. Tetapi kita nie terlupa. so kalau isteri dah bising...cepat - cepatlah offkan laptop...beri tumpuan kepadanya. Dah ok...cari masa yang sesuai. Terutamanya bila anak - anak dah tidur dan termasuk juga isteri. Time tu boleh "hack" blog orang lain...hehehe

Kalau dah isteri marah?
Saya berhenti untuk berapa jam dan bantu dia di dapur atau buat kerja yang meringankan kerjanya di rumah. Hehehe....dah ok...kembalilah ke alam blog...

Apapun isteri saya akur dan tidaklah marah sangat. Bagi dia, saya masih di rumah dan tidak keluar habiskan duit. Lebih dia takut kalau saya pergi berfoya - foya dengan....???? faham sendirilah...

Kehangatan Hack Blog Orang Lain


Segmen santai yang dianjurkan oleh Blogger Ben Ashaari nie cukup hangat. Walaupun saya masih baru dalam dunia blog. Terasa kehangatannya. Dalam tempoh 1 jam bermula 4 petang hingga 5 petang semalam. Bilangan orang yang membaca bertambah mendadak. Dan hanya sehari sahaja sudah 104 pembaca yang membaca blog saya. Kira ini, kali pertama blog saya dibaca begitu ramai.

Itulah keistimewaan blogger otai kita. Dalam memberi segmen yang tidak terfikir orang lain, ia sebenarnya memberi promosi blog lain untuk diterjah atau istilah barunya "hack". Selain itu, kita berpeluang mengetahui kehebatan - kehebatan blog lain melalui syarat segmen tersebut. Yang mana meminta letakkan mengapa kita ingin hack dan pesanan untuk blog tersebut.

Untuk blogger baru seperti saya...jomlah kita meng"hack" blog orang lain..

*Mungkin perkataan blogwalking ditukarkan kepada "Hack"...

Malaysia Kalahkan Lubnan

 

Terkejut dan tidak sangka tapi kena mempercayainya juga. Lubnan merupakan salah satu pasukan yang kuat di Asia. Apapun tahniah untuk skuad Malaysia kerana berjaya mengalahkan pasukan Lubnan dengan mata 2 berbalas 1. 

Dengan ini, Malaysia layak ke peringkat kumpulan kelayakan bola sepak Olimpik London 2012. Perlawanan sebentar tadi merupakan pusingan kedua dan telah diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Sebelum ini, kedua - dua pasukan telah bertemu di Beirut tetapi terikat dengan jaringan 0 - 0.

Pada minit ke 8, skuad Malaysia telah membuka tirai jaringan menerusi Mohd Irfan Fazali, manakala gol kedua pada minit ke 41 oleh Wan Zack Haikal Wan Nor. Nampaknya, skuad kebangsaan akan menjadi kebanggaan negara. Jomlah kita sokong pasukan kita bersama - sama....

Thursday, June 23, 2011

Aku Teringin Nak Hack Blog


Inilah kali pertama saya menyertai segmen Abang Ben Ashaari nie. Apapun ini percubaan pertama..Memandangkan tajuk entri ini nak hack blog orang, so saya sudah pilih 2 blog. Tetapi saya teringin nak hack blog kerana SUKA...jom kita baca mengapa saya ingin hack blog mereka
 
1. http://www.benashaari.com

kenapa saya suka kerana ramai peminat dan banyak maklumat yang saya perolehi. Tambahan lagi, blog ini sentiasa memberi panduan dan tips untuk para blogger lain. Lagi satu yang menarik perhatian saya ke blog ini kerana signnya "SANTAI"...sedap mata memandang dan tenang hati kita...hehehe...pesanan saya kepada blog ini, teruskan kerja anda, adat dunia ada sahaja yang tidak suka tetapi bukan mereka yang bantu kita bila kita jatuh kelak


blog ini pula banyak dengan maklumat terkini di dalam dan luar negara. Selain itu, ramai jugalah peminat beliau. Selain blog di atas, blog ini juga saya suka. Simple dan menawan. Bukan sebab pemilik blognya. Tetapi design blognya. Pesanan untuk beliau, tahniah kepada anda kerana banyak membantu memberi maklumat. 
Rasanya ini sahaja saya mampu saya taip...apapun mungkin ada yang lain lagi hebat dari saya. 


Istimewa Sekolah Bandar Dan Sekolah Luar Bandar


Kali ini saya ingin berkongsi maklumat mengenai keistimewaan antara sekolah bandar dan luar  bandar. Umum mengetahui bahawa pencapaian akademik antara dua tempat amat ketara tetapi tekanan dan suasana amat berbeza. Namun setiap sekolah mempunyai keistimewaan tersendiri sehingga Astro Ceria pun mengkempenkan sekolah - sekolah yang hebat. Kita boleh tengok je dalam program Sekolahku Hebat.

Kalau kita tanya kepada murid - murid sekolah, pastinya mereka akan memilih sekolah mereka yang terbaik dan hebat. Sebabnya mereka belajar di tempat yang selesa dan kondusif. Walaupun sekolah tersebut daif dan serba kekurangan. Saya masih muda dalam bidang pendidikan namun tidak salah kalau saya berkongsi ilmu dan pengalaman saya yang sedikit untuk rujukan dan tatapan rakan - rakan blogger yang sudi singgah ke blog saya.

Dah panjang sangat pula mukadimah saya nie. So, kita terus ke point yang pertama mengenai keistimewaan sekolah bandar dan luar bandar:

1. Tapak Sekolah
Sekolah bandar tentunya berhampiran dengan bandar dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awam. Di luar bandar pula, suasana sekolah aman dan nyaman kerana dikelilingi alam semula jadi. Sedap mata memandang orang kata.

2. Bilangan Pelajar
Sekolah bandar, muridnya ramai dan mempunyai pelbagai perangai yang kita jumpa. Satu kelas sahaja ada 40 orang. Manakala di luar  bandar, bilangan murid sedikit. Kekadang hanya 5 hingga 20 orang di dalam kelas. 

3. Bangunan Sekolah
Tentunya di bandar bangunannya kukuh dan semuanya bangunan konkrit. Di luar bandar, bangunannya semuanya kayu tetapi mempunyai sejarah yang tersendiri. 

4. Kelengkapan Sekolah
Di bandar memang banyak kelengkapan diberikan berdasarkan bilangan murid tapi semuanya dibeli. Berbanding di luar bandar, kelengkapannya ada di sekeliling sekolah tersebut kerana berhampiran dengan kawasan alam semula jadi.

Setakat ini je yang saya kongsikan..mungkin ada lagi yang di luar sana. Apapun, semua sekolah di Malaysia hebat bagi saya kerana ia menghasilkan generasi yang berguna untuk bangsa dan negara...

Wednesday, June 22, 2011

Perlumbaan Perahu Naga Di Kota Kinabalu


KOTA KINABALU 20 Jun - Perlumbaan Perahu Naga Sabah Ke-26 yang berakhir semalam di Teluk Likas, dekat sini menyaksikan Kijang Berantai dari Indonesia mengungguli Piala Tuan Yang Terutama (TYT), Tun Juhar Mahiruddin, manakala pasukan Tanjung Papat dari Sandakan menjuarai Piala Ketua Menteri.

Pertandingan dua hari tersebut menyaksikan persaingan 60 pasukan dari dalam dan luar negara bagi merebut hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM43,000. Namun bukan itu yang cuba diperkatakan oleh penulis yang menyaksikan pertandingan tersebut buat kali pertama.

Menerusi cerita daripada rakan media, sambutan yang diberikan oleh orang ramai terhadap penganjuran sukan tersebut sangat meriah. Seperti yang dikhabarkan, perkara tersebut sangat benar dan masalah pertama yang dihadapi penulis semasa tiba untuk membuat liputan ialah mencari tempat letak kereta. Bermula pada pukul 7 pagi, sepanjang jalan raya di dua laluan lokasi pertandingan dipenuhi dengan deretan kenderaan yang sudah tersusun panjang sejauh satu kilometer.

Setelah penat mencari tempat letak kereta dan terpaksa berjalan jauh, akhirnya penulis sampai ke lokasi pertandingan yang sudah dipenuhi dengan orang ramai bersama ahli keluarga. Apa yang menarik perhatian adalah bagaimana kemeriahan kejohanan itu disambut. Bukan sahaja terhadap perlumbaan perahu naga, malah suasana kekeluargaan yang ditunjukkan di sekitar lokasi pertandingan. Ada yang menghamparkan tikar dan menikmati makanan bersama keluarga, bermain bersama anak-anak di taman permainan yang terdapat di situ dan bermandi-manda di laut.

Malah lebih mengujakan, ada juga yang membina khemah sendiri untuk berlindung daripada sinaran mentari bagi menikmati pertandingan perahu naga sambil bermesra bersama keluarga.
Suasana di Teluk Likas, lokasi pertandingan sudah seumpama satu penganjuran pesta air dan bukan lagi satu pertandingan perahu naga semata-mata.

Celoteh pengacara majlis yang santai dengan jenaka dan maklumat terkini keputusan pertandingan menceriakan lagi suasana di tapak pertandingan, biarpun terik dipanah mentari.
Selain itu, keletah orang ramai yang memberi sokongan kepada pasukan bertanding juga turut menghiburkan. Sebaik bermula perlumbaan untuk satu-satu kategori, orang ramai akan bangkit dari tempat duduk dan berlari ke tepi pantai untuk memberi sokongan kepada pasukan masing-masing, selain ada yang mengambil gambar kenang-kenangan. 

Ia membuatkan pesisir pantai Teluk Likas dipenuhi manusia dari pelbagai peringkat umur dan bangsa, sekali gus membentuk satu kemeriahan yang sukar diperkatakan. Di satu lokasi yang lain, terdapat sekumpulan petugas dari Jabatan Pertahanan Awam memberi perkhidmatan perubatan kepada peserta perahu naga yang mengalami kekejangan otot dan masalah kesihatan.

Selain itu, persembahan pukulan gendang 24 musim oleh kanak-kanak dari sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina pada majlis pembukaan turut menambat hati rombongan kenamaan yang turut disertai oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr. Yee Moh Chai dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun.

Apa yang boleh penulis perkatakan, penganjuran tersebut sangat bertepatan kerana bukan sahaja dapat memperkenalkan Sabah sebagai destinasi pertandingan perahu naga di peringkat antarabangsa, tetapi dalam masa yang sama ia mampu merealisasikan gagasan 1Malaysia seperti diimpikan oleh Perdana Menteri.

sumber : Utusan Malaysia

Tuesday, June 21, 2011

Perbezaan Sekolah Bandar Dan Luar Bandar


Gambar di atas merupakan dua buah sekolah yang berada di dalam satu daerah. Namun ia mempunyai bilangan murid dan guru serta keluasan yang berbeza. Bukan sekadar itu, perbezaan dari segi kemudahan pendidikan pun amat ketara. Saya bukan mahu menyalahkan mana - mana pihak tetapi ingin menggambarkan situasi perbezaan antara sekolah bandar dan luar bandar. Malah apa yang saya coretkan ini hanya berkongsi maklumat untuk semua yang singgah membaca blog saya. Terutamanya bakal - bakal guru yang bakal mendapat petempatan baru nanti.

Berdasarkan soal selidik dan pertanyaan lisan daripada beberapa orang guru dan pengalaman saya sendiri. Saya dapat simpulkan beberapa perbezaan antara sekolah bandar dan luar bandar dari segi...:

1. Sikap Ibu Bapa

Murid di sekolah bandar sudah mempunyai ego yang amat tinggi. Mereka berasa bangga dengan kerjaya mak bapa mereka. (saya tidak merujuk mana - mana pihak). Mereka menganggap kerjaya seorang guru amat rendah berbanding dengan mak bapa mereka.  Malah, apa yang mereka minta pastinya ibu bapa mereka akan turuti. Seperti mana berlaku beberapa buah sekolah di Malaysia, bila mana seorang murid mengadu kepada ibu bapa bahawa murid tersebut tidak suka kepada guru tersebut. Ibu bapanya terus berjumpa dengan guru besar dan meminta guru tersebut ditukarkan atau digantikan ke kelas lain. Selain itu, ibu bapa percaya dan yakin bahawa anak mereka baik dan mempunyai nilai murni yang tinggi. Sehingga apa yang dikatakan anak mereka semuanya betul. Padahal menipu..

Pernah sekali, seorang ayah menyerang seorang guru kerana mendakwa guru tersebut memaksa anaknya membayar yuran sekolah. Walhal, guru tersebut hanya memberitahu kepada murid - murid yang belum membayar dan guru tersebut juga tidak memaksa mana - mana murid. Disebabkan salah faham dan tindakan melulu, berlakulah pergaduhan di sekolah.

Beza murid luar bandar. Mereka sedar kerjaya mak bapa mereka dan pastinya mereka tidak bersikap ego dan bangga diri pada diri mereka sendiri. Bila mana kerja sekolah tidak siap, mereka sedar akan kesalahan mereka dan mengakuinya. Dipukul dan dicuit bagi mereka adalah satu pengajaran untuk tidak mengulangi kesalahan mereka. Malah, ada ibu bapa lagi yang suka jika anak mereka dipukul atau dicuit atas sebab kesalahan mereka sendiri. Oleh itu, jarang kita dengar ibu bapa luar bandar menyerang guru kerana mereka lebih menghormati guru.

2. Sikap Murid

Jika di bandar, payah kita mahu lihat murid membantu guru mengangkat barang. Itu pun kalau tidak dipanggil. Tapi bergantung kepada sekolah tersebut. Berbanding di luar bandar, murid - muridnya tidak segan untuk menghulurkan bantuan kerana bagi mereka ia satu perbuatan yang baik dan tidak merugikan malah mengeratkan lagi hubungan antara murid dan guru. Malah budaya salam pun amat ketara. Murid bandar kalau nak memberi salam pun hanya kepada guru yang mereka suka...sebab sudah ditanamkan sikap tersebut oleh ibu bapa mereka. Berbanding dengan murid luar bandar, guru yang garang mahupun guru yang mereka tidak suka pun tetapi mereka memberi salam.

3. Kepentingan Pendidikan

Di bandar, ibu bapa lebih mengutamakan pendidikan anak - anak mereka. Sehingga kebebasan mereka di zaman kanak - kanak terbatas malah ada juga dikalangan murid - murid kita rasa tertekan. Tidak hairanlah bila mereka di sekolah, mereka aktif sehingga susah mahu dikawal oleh guru. Selain itu, ada di antara ibu bapa sentiasa memantau buku kerja anak mereka. Berbanding dengan di luar bandar, ibu bapa menganggap pendidikan tidak memberi apa - apa perubahan di dalam keluarga mereka. (Bergantung kepada sesuatu kawasan). Tidak hadirlah jika kita lihat kehadiran murid - murid di sekolah luar bandar lebih ramai berbanding di bandar.

4. Sikap Hidup Berdikari

Murid di bandar sentiasa di jaga oleh ibu bapa mereka. Penjagaan mereka terlalu ketat sehingga mengawal pergerakan anak mereka. Saya beranggapan mereka terlalu sayangkan anak mereka. Sehingga, anak nak naik tangga pun dipimpin. Berbanding di luar bandar, murid - muridnya lasak dan berani. Mereka biasa dengan persekitaran mereka. Bila mereka luka, sebagai tanda mereka lasak berbanding dengan murid bandar...aduh...menangis selagi darah tidak berhenti mengalir.

Apapun, rasa dulu baru tahu. Saya sekadar memberi pandangan dan berkongsi pengalaman saya sendiri. Kerana belum setahun saya bergelar guru sudah melalui dua buah sekolah yang berbeza...




Melabel Anak


Rasanya ramai guru dah biasa dengar istilah "Melabel Anak" Kekadang kita rasa lain apabila seorang ibu bapa melabel anak mereka sehingga menjatuhkan semangat mereka untuk berusaha, untuk maju dan untuk belajar. Betullah kata orang, ia hanya sekadar ungkapan biasa namun tidak semua sedar bahawa apa yang diungkapkan oleh ibu bapa terhadap anaknya adalah satu doa. Doa yang tentunya dikabulkan jika ia berulang kali dikatakan...

"Anak saya nie pemalas"

"Anak saya nie kuat tidur"

"Anak saya nie memang suka menyusahkan orang lain"

Di atas merupakan beberapa ungkapan yang biasa kita dengar daripada mulut - mulut ibubapa. Jika mereka marah dan tidak berpuas hati terhadap anak mereka. Mereka terus menghukum anak tersebut. Lebih parah lagi, menyalahkan pihak guru punca anak - anak tersebut terjadi begitu. Sedangkan tanggungjawab mereka sebagai penjaga terabai.

Kalau orang dahulu, mereka rasa malu jika anak mereka tidak baik dan tidak bijak dengan orang lain. Tetapi mereka tidak menyalahkan orang lain, malah mereka akan menjaga anak tersebut hingga berjaya. Menjaga tingkahlakunya, makan minumnya dan kebersihannya. Bukan macam sekarang, sibuk dengan kerja sampai batas pemikiran pun terlalu singkat. Asal anak gagal, salahkan anak dan guru. Anak pemalas guru pun pemalas. Jadi yang dia tu tidak malas ke...dia sahaja yang hebat. 

Sorrylah....ibu bapa yang suka menganggap mereka hebat tu...hebat pada bidang mereka sahaja.Tidak hebat pun dalam bidang pendidikan. Ingat senang nak mengajar kanak - kanak berusia 7 hingga 12 tahun yang mempunyai karenah yang bermacam - macam. Yang mempunyai perasaan dan tingkahlaku. Sedangkan mereka hanya berdepan dengan komputer dan kertas atau peralatan yang tidak bernyawa dan tidak bersuara.

So, janganlah suka melabel anak. Anak nie satu anugerah dan tanggungjawab. Bukan guru yang sepenuhnya mendidik anak kamu. Malah anak ini adalah gambaran perangai kita. Jika anak kita ini nakal, bermakna kita juga nakal pada masa dulu. 

Sunday, June 19, 2011

Di Suatu Petang


Di suatu petang, 
Aku ke gedung ilmu,
untuk mengerjakan,
kerja tertunggak.

Di suatu petang,
Aku berjumpa,
Seorang teman lama,
Bersama seorang gadis,
Yang cantik,
Bak bunga Mekar.

Di suatu petang,
Aku memberi senyuman,
sebagai tanda persahabatan,
Antara aku dan dia,
Dari gaya dan perwatakannya,
Tergambar sifat - sifat kewanitaannya.

Di suatu petang,
Aku terpaksa pulang,
Ke tampat aku mengadu
Hingga lupa mengucapkan, 
Selamat tinggal,
Adakah di sini sahaja, 
Pertemuan kita.

* sajak dua nie, simple dan senang difahami.

Hari Penyerahan Buku Rekod SK St Patrick, Tawau


Kelmarin, pihak sekolah membuka pintunya seluas - luas untuk kehadiran para ibu bapa...hehehe...itu cuma ayat. Bukan tidak boleh ibu bapa datang pada hari persekolahan. Tapi ada bezanya. Kalau ibu bapa datang ke sekolah pada hari biasa. Mereka kena lapor diri ke pondok pengawal dan mengambil pas pelawat. Tapi pada hari semalam mereka masuk terus menemui guru - guru anak mereka. Ini kerana, ibu bapa akan menerima buku rekod kemajuan anak mereka daripada guru kelas.

Seawal 7.15 pagi, ibu bapa telah memenuhi ruang tapak perhimpunan sekolah. Mereka menunggu kelibat guru kelas anak mereka. Untuk kelas tahap 1 ( Tahun 1 - 3), semua urusan akan dibuat di ruang tapak perhimpunan dan telah disediakan kaunter untuk memudahkan ibu bapa dan guru berbincang. Manakala untuk kelas tahap 2 (Tahun 4 - 6), dibuat didalam kelas masing - masing.

Semalam, saya hadir untuk membantu guru kelas Tahun 3 Hijau. Tetapi saya lewat beberapa minit ke kaunter penyerahan buku rekod kemajuan untuk tahun 3 Hijau. Sampai sahaja di sekolah saya terus melaporkan diri di pejabat Penolong Kanan dan kemudian terus ke kaunter di mana saya membantu guru kelas 3 Hijau.

Ini merupakan kali pertama saya. Dan selalunya saya akan menjadi pendiam. Orang kata tengok dan belajar dari orang yang berpengalaman. Saya hanya mampu menyusun buku rekod mengikut abjad dan menyerah buku tersebut bila guru kelas memerlukannya. Tetapi adakalanya saya diminta memberi komen mengenai murid tersebut di hadapan kelas.

Kelas 3 HIjau sememangnya pandai dan bijak - bijak budaknya. Mereka banyak bertanya. Sampaikan guru pun boleh terkalah dengan pertanyaan mereka. Cuma, mereka ini anak manja dan terlalu bermain di dalam kelas. Tapi keputusan mereka gempak. Saya yang mengambil alih tugas guru yang dipindahkan, masuk di dalam kelas tersebut terasa gementar. Mana tidaknya, pertanyaan mereka seperti orang dewasa walaupun usia baru 9 tahun.

Nasiblah kita mempunyai pengalaman yang boleh mengawal situasi keadaan tersebut dan akhirnya mereka berjaya dijinakkan. Sehingga saya menjadi guru pilihan mereka. Menemui ibu bapa murid satu cabaran baru bagi saya. Kali pertama orang kata. Takut mereka nie memarahi kita. Tapi, alhamdulillah...setakat ini tiada perkara tersebut berlaku. Ada pun, seperti kejutan.

"Oh!...ini rupanya cikgu....banyak cerita saya dengar dari anak saya." 

Aduh! apalah si murid nie kata dengan mak dia nie. Saya hanya mampu tersenyum sambil menunggu kata - kata seterusnya daripada seorang emak murid.

"Anak saya, kalau balik sekolah mesti bercerita pasal cikgu. Dia kata suka kalau cikgu yang mengajar.'

Alhamdulillah...saya ingatkan apa. Sebab sebelum nie, saya menerima teguran daripada Penolong Kanan Petang mengenai komplen ibu bapa kelas tersebut. Katanya saya mengajar murid yang boleh mencetuskan pergaduhan agama. Padahal saya tidak ada pun menyentuh soal tersebut kerana saya merupakan guru pendidikan jasmani...Nasib juga guru Penolong Kanan Petang mempercayai saya...itupun dengan bukti yang tercatat di dalam RPH saya. 

Ada satu kes, di mana ibu bapa meminta pandangan guru bagaimana untuk memperbaiki penggunaan bahasa Melayu anak mereka. Kita boleh lihat, ibu bapa terlalu mengambil berat pasal anak mereka. Walaupun ibu bapa tersebut telah membeli buku cerita untuk anak mereka. Kami telah mencadangkan kepada ibu bapa tersebut agar membeli majalah akademik ataupun surat khabar. Kerana tatabahasanya yang asli.

Penyerahan buku rekod berakhir pada pukul 10.30 pagi dan semua guru kembali ke bilik guru untuk menjamu selera. Di bilik guru tersebut, para guru menceritakan pengalaman mereka sebentar tadi di hadapan rakan mereka. Ada yang melucukan dan ada situasi tegang. Apapun, itulah dugaan, cabaran dan tanggungjawab yang harus dipikul oleh guru. 

 Dua tempat berbeza...untuk tahap 1 di tapak perhimpunan dan tahap 2 di dalam kelas masing - masing

Friday, June 17, 2011

Bila Hilang Baru Terasa


Mungkin ramai di antara kita faham maksud kata - kata entri saya kali ini. Bukan nak cerita orang lain, tetapi diri sendiri. Sekadar berkongsi maklumat sahaja. Kekadang kita terfikir mengapalah orang itu macam ini dan orang ini macam itu. Sampai ada yang terdetik di dalam hati ingin sangat nak buang orang tu ke dalam laut. Tapi bila dah hilang baru terasa. Baru tersedar bahawa orang tersebut pelengkap hidup dan jalan cerita kita. Orang tersebut banyak membantu kita secara tidak langsung.

Bila jumpa, ada sahaja perasaan tidak puas hati terdetik di dalam hati. Ada sahaja alasan yang ingin disuarakan supaya orang tersebut tidak mencapai hajatnya. Kalau boleh, mahu sahaja hilang dari mata dan tidak ingin berjumpa dengan orang tersebut. Marah dan geram. Rupanya, apa yang kita suarakan adalah doa.Tanpa kita sedari dan tanpa kita ketahui. Kerana berkata seperti " Kan bagus kalau kau tak wujud", " Kan bagus kalau kau mampus".

Bila kata - kata terkabul, baru kita nampak siapa dia sebenarnya. Apa jasa yang telah dia buat kepada kita. Selama ini dia hanya ingin berkawan, selama ini juga dia ingin berkongsi kasih dan sayang seperti kita semua. Tapi kerana satu perkara yang kecil diperbesar - besarkan maka orang membencinya dan menjauhkan diri darinya. Akhirnya, dia pergi untuk selama - lamanya. 

Sebagai pengajaran, jangan membenci orang terlalu sangat. Mesti ada sebab mengapa dia berkelakuan demikian. Jangan mendengar kata orang kedua mahupun ketiga...lebih baik bertanya terus ke tuan punya badan. Mesti Tuhan sudah hantarkan untuk kita... dan kita harus bersyukur dengan kehadirannya. Sebab itu kita sentiasa berdoa kepada Tuhan untuk meminta perlindungan dan petunjuk.

Apapun, saya sentiasa memberitahu kepada rakan - rakan saya. Hargai apa yang kita ada. Kerana bila sudah tiada baru kita nampak akan kepentingan mereka dalam hidup kita. Ingatlah bahawa kita nie satu keluarga yang berlainan bangsa dan warna kulit tetapi hidup dalam satu dunia. Jika dia cacat sekalipun, dia tetap memberi penyumbang dalam hidup kita. Tetapi kita kena hormatinya bukan mengambil kesempatan ke atas dirinya.

Terlalu panjang lebar saya cerita. Mungkin ada yang tidak faham. Tidak apalah yang penting saya luahkan kat sini. Supaya ada yang faham apa yang saya ingin sampaikan. Saya akan cuba menghargai orang yang berada di sekeliling saya. Kerana mereka banyak membantu saya belajar dari kosong sampailah mengetahuinya. 

Hargailah mereka selagi mereka bernyawa dan selagi mereka berada di sisi kita. Sebab bila hilang di mata baru kita sedar. Betapa sakitnya kehilangan mereka...wat biasa sahaja kerana mereka wujud untuk sementara sahaja...tabahkan hati dengan segala karenah mereka....

Selamat Menyambut Hari Lahir...Isteri Tersayang


Hari ini merupakan hari lahir isteri saya. So, umur kami sudah sama. Awal pagi saya orang pertama mengucapkan Selamat Hari Lahir kepadanya. Dengan wajah yang baru bangun, dia tersenyum sambil mengucapkan terima kasih. Bila orang istimewa menyambut hari lahir, kita akan berusaha mencari sesuatu yang menarik untuk dia ingati kita. Biasalah, setahun sekali.

Ingat masa bujang dulu, saya belikan anak patung Teddy Bear untuknya. Itulah hadiah pertama saya berikan untuk dia. Sehingga kini, Teddy Bear tu masih ada. Beliau memanggilnya "UCUK"...biasalah kalau perempuan. Bila suka sesuatu mereka akan menamakan barang tersebut. Dan hanya satu sahaja di pasaran. Sebab saya ingin dia berasa lain dari yang lain. Umpama dia hanya di dalam hati saya.

Sebenarnya, pada tarikh hari ini juga kami dipertemukan semula selepas 4 tahun terputus hubungan. Dari tahun 2000 hingga 2004. Tidak sangka kami dapat bertemu semula walaupun kami tidak mengetahui khabar masing - masing. Dan saya rasa, kehadiran saya pada tahun 2004 merupakan hadiah yang paling istimewa dia terima. 

Untuk isteri saya...Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran....moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki...Abang sentiasa menyayangimu....

Saya Follow Awak...Awak Follow Saya...Okey...

 
Dah banyak blog saya baca mengenai ayat macam nie. Terutamanya mereka yang ramai follower. Mungkin mereka tidak mahu ramai sangat kot. Entahlah...saya pun tidak faham sebab bilangan follow saya masih sedikit. So saya tidak dapat rasa apa yang mereka rasa. Walaupun saya follow beberapa blogger otai namun saya segan nak minta mereka follow blog saya. Takut blog saya naik di dalam blog mereka. Dan terkempen pula kita nanti...hehehe...

Ada beberapa blog yang saya baca, ada yang mengata ia (tajuk entri saya) semacam arahan dan paksaan untuk mereka "follow" blog lain bila blog mereka sudah di "follow". Mereka merasa geram dan marah. Mungkin kerana ayat tersebut tidak sesuai digunakan. Tapi bila kita guna ayat yang betul seperti "Tolong Follow Blog Saya, saya sudah follow blog awak" dan "Sudikah kamu follow blog saya?". Mereka kata skema pula. Mereka siap tegur guna ayat biasa sahaja tak payah berformal - formal.

Tapi pelik kan...bila bahasa kita baik orang kutuk dan bila bahasa kurang baik mereka lagi kutuk. Itulah kita, manusia...tidak sempurna. Sebab tidak berfikiran positif dan hanya inginkan yang terbaik untuk hidup mereka. Kalau boleh malas nak membantu orang lain sedangkan diri sendiri pun terumbang ambing. 

Jika kita pegang falsafah Pembimbing Rakan Sebaya iaitu " Bantu Orang Lain Untuk Bantu Diri Sendiri". Maka senanglah hidup kita. Tapi apa boleh buat...falsafah diri mereka berbeza - beza. So tidak boleh salahkan sesiapa dalam hal ini cuma ingin menegur supaya menjaga hati orang lain. Makin ramai kita berkawan makin ceria hidup kita. Konsep yang saya pegang sehingga hari ini. 

Untuk rakan - rakan blogger yang membaca blog saya. Sorilah yeah jika ada yang tersinggung. Saya cuma meluahkan apa yang saya ingin katakan. Hehehe...bukan ingin mempromosi tetapi ingin menyedarkan bahawa Tuhan telah memberikan kita nikmat untuk berkawan. Ambilah peluang tersebut dan bersyukur. Jika Tuhan menarik balik nikmat tersebut barulah kita sedar betapa tingginya langit dengan bumi. Masa itulah kita tiada kawan kat dunia. 

 




Thursday, June 16, 2011

Suasana Hiba Mengelubungi Batu 2 Jalan Apas Tawau...


Bagaimana saya ingin menceritakan suasana sedih yang berlaku di kawasan saya. Ini adalah entri pertama saya menceritakan suasana sedih. Hati saya sedih ketika menekan punat - punat keyboard. Namun saya cuba menyusun ayat agar apa yang saya cuba ceritakan senang dibaca dan difahami oleh rakan - rakan yang sudi membaca blog saya. 

Hari ini, kami sekeluarga menerima khabar sedih apabila ahli keluarga sebelah isteri saya iaitu "Nek Jah" telah kembali ke rahmatullah pada awal pagi tadi. Berita yang amat terkejut untuk kami terima. Kerana 2 hari sebelum ini, kami sempat bertemu di majlis hari jadi "Nenek Dayang" di istana kuning (yang kami gelar). Tidak sangka, itu merupakan pertemuan kami yang terakhir.

Pada pukul 2 pagi, isteri saya menerima panggilan daripada seorang amah di istana kuning tersebut. Meminta keluarga kami datang ke hospital kerana "Nek Jah" sedang nazak. Isteri saya terkejut dan terus membuat panggilan telefon emaknya yang pada ketika itu berada di Bandar Sri Indah, Tawau. Hati saya berasa lain. Seperti merasakan sesuatu yang tidak baik akan berlaku. Perasaan ini pernah terjadi pada hari pemergian adik kandung dan nenek saya pada masa dulu. 

Tepat pada pukul 2.50 pagi, isteri saya menelefon dari hospital memberitahu khabar sedih. Katanya "Nek Jah" sudah meninggal dunia. Jantung saya berdegup kencang. Semacam tidak percaya. Sememangnya saya mengetahuinya keadaan "Nek Jah" kurang sihat tetapi itulah takdir Tuhan. Tiada siapa yang mampu menghalangnya.

Saya tidak dapat menahan airmata saya pada masa itu bila saya melihat anak sulung saya yang masih tidur. Dia masih mentah untuk mengerti semua ini. Dia terlalu manja dengan "Nek Jah"...apa sahaja kemahuannya akan "Nek Jah" turuti. "Nek Jah" terlalu sayangkan anak saya yang seorang ini. Sedang saya mengelamun di atas katil, anak sulung saya Aiman terjaga dari tidur. 

"Ayah! mana mama? Mahu susu" tanpa membuang masa saya terus ke dapur membuatkan susu untuk dia. Bila siap saya terus memberikan kepadanya. Tetapi dia tidak pun meminumnya. Malah berasa gelisah dan tidak sedap badan pada masa itu. Adakah anak ini tahu? 

"Ayah! Man tidak boleh tidur."

"Mari sini Man...Ayah tidurkan"

Anak saya bangkit menuju ke tempat saya tidur. Dalam masa yang sama, anak kedua saya pun bangun. Dilihatnya kami berkumpul, dia pun ikut serta. Pada pukul 5.30 pagi, isteri saya kembali dari hospital dan meminta izin daripada saya untuk ke rumah arwah. Saya mengizinkannya. Saya lihat isteri saya masih menitiskan airmatanya. Hati saya bertambah sedih namun saya tetap tabahkan diri.

Lebih kurang 12 tengah hari sebelum waktu solat Zuhur, jenazah dikebumikan di tanah perkuburan orang Islam dekat SM Islamiah Tawau. Ramai orang yang menghadirkan diri masa pengkebumian tersebut. Lebih kurang 1.15 petang, isteri saya memanggil anak saya pertama dan memberitahu khabar sedih kepada anak saya. Walaupun berusia masuk 4 tahun, seperti dia mengerti akan kehilangan "Nek Jah" nya. Dia menangis apabila emaknya berkata "Nek Jah" sudah tiada. 

Siapa sebenarnya "Nek Jah" di dalam keluarga kecil kami. Dia seorang yang baik dan sering mengambil berat tentang keluarga kami terutamanya si Aiman. Semasa saya dan isteri saya berkahwin, arwah telah mengorbankan wang ringgit untuk majlis perkahwinan kami. Bukan setakat itu sahaja, arwah pernah membeli tiket kapal terbang untuk isteri dan anak saya semata - mata ingin berjumpa dengan Aiman. Ketika itu saya masih berkerja di Kota Kinabalu. 

"Nek Jah" selalu membelikan pakaian, pampers, susu dan permainan anak - anak saya. Arwah terlalu sayangkan anak - anak saya. Ini kerana, mertua perempuan saya pernah menjaganya semasa kecil. Dan sebagai balasan, arwah menjaga pula cucu mertua  perempuan saya. Memang sedih di atas kehilangan beliau. Seluruh keluarga di Batu 2, Batu 4 dan di Istana Kuning merasakan kehilangannya.

Hanya doa sahaja yang kami mampu berikan kepada arwah. Sepanjang hayat arwah, beliau tidak lokek memberi wang gajinya kepada keluarga kami. Beliau sentiasa sahaja mengambil berat di atas kebajikan kami. Moga, arwah akan dikenang oleh anak - anak saya walaupun beliau sudah tiada. 

Marilah kita sama - sama membacakan Surah Al - Fatihah untuk arwah dan mendoakan rohnya dicucuri rahmat....AMIN!!!

Wednesday, June 15, 2011

"Segmen : Tabiat Saya Yang Paling Pelik"

Menarik juga segmen yang diberikan oleh Lulu Caldina nie. Tajuk segmen nie Tabiat Saya Yang Paling Pelik. Rasanya setiap manusia mempunyai tabiat pelik yang disedari mahupun tidak disedari. Dan selalunya yang menyedari adalah orang sekeliling kita...kalau nak kata diri sendiri, mesti minta pendapat orang lain baru tahu tabiat kita tersebut adalah pelik. Itu pandangan saya sahaja.

Bercerita mengenai tabiat saya yang paling pelik, sebenarnya banyak. Tapi tidak mahulah cerita semuanya...memalukan diri sendiri pula. Kekadang isteri saya pun terkejut mengenai tabiat saya nie. Tapi dia percaya, ia tidak membebankan orang lain. Katanya...Oklah, jom kita baca apa tabiat pelik saya dari kecil sampai ke dewasa ini.

"Segmen : Tabiat Saya Yang Paling Pelik"


1. Suka Kumpul Barang Mainan


Nielah tabiat pelik saya dari kecil sampai ke dewasa. Apa jenis mainan yang saya suka akan saya beli dan simpan di tempat khas. Jarang sekali saya bawa main. Kalau pun keluar dari tempat simpanannya. Yang pastinya saya cuma membelek - belek je barang mainan tersebut. Dulu masa tinggal di Puterajaya Telipok KK, saya simpan barang mainan saya di atas tv. Sedap mata memandang setiap kali balik dari kerja. Malah ia memberi saya ketenangan bila saya melihatnya. Tapi bila ada sudah 2 putera, saya kena simpannya untuk keselamatan barang - barang tersebut. Isteri saya memahami tabiat saya...hehehe....

2. Suka Membeli Dan Membaca Buku - Buku Komik


Ini lagi tabiat pelik saya. Walaupun sudah bergelar seorang guru dan dewasa tetapi saya masih berminat membaca buku komik malah memiliki semua edisi keluaran buku tersebut. Pernah seorang rakan di maktab menegur saya. Katanya kepada saya, kita nie sudah besar panjang, benda nie yang kau kejar sangat. Saya mampu tersenyum sambil menjawab dari saya membeli sekotak rokok lebih baik saya membeli sebuah buku walaupun ia komik. Isteri saya pun pernah berkata demikian, tapi selepas saya memberi jawapan yang sama. Dia pun faham. Saya berkata malah lagi teruk, saya membeli sekotak rokok atau sebuah buku...hehehehe...

3. Suka Mengelamun Bila Berseorangan


Ini lagi bahaya. Tetapi memang pelik. Kalau saya berseorangan, pasti saya suka mengelamun sendirian. Lebih - lebih lagi ketika memandu pergi ke tempat kerja atau  ke mana destinasi sahaja jika saya bersendirian. Masa itulah saya mengelamun sendirian. Tapi dalam masa sama pemanduan saya tetap fokus. Hehehe...kekadang saya akan memikirkan apa yang akan terjadi apabila saya sampai di destinasi yang saya tuju. Mulalah memikirkan benda - benda yang menarik yang tentunya menggembirakan hati saya. Walhal, benda tersebut tidak terjadi. 


Selain itu, ketika membaca buku. Mulanya membayangkan diri sendiri tentang watak dalam buku. Berangan - angan ingin menjadi watak tersebut. Hehehe....saya rasa bukan saya seorang yang bertabiat macam nie...mungkin ada yang diluar sana sama macam saya. Membayangkan diri sendiri tentang watak dalam buku...hehehe.

Oklah, ini sahaja sebahagian tabiat pelik saya yang ingin saya kongsikan. Orang kata jika tak kenal maka tak cinta. So, kalau korang tak kenal saya maka korang tak tahu apa perangai saya. Hehehe...macam mempromosi pula. 


Tuesday, June 14, 2011

Durian Runtuh Untuk Skuad Penyu




Siapa sangka skuad Penyu berjaya melakar sejarah memenangi Piala FA dan kecewa buat skuad Red Warriows. Apapun, kejayaan mereka telah membuatkan mereka diberikan ganjaran wang tunai RM 10, 000 untuk seorang termasuk pengurus dan pegawai daripada kerajaan negeri.
Lebih istimewa, mereka akan dibawa ke London dan penaja utama skuad penyu iaitu Top IT turut menghadiahkan komputer riba kepada pasukan itu. Ganjaran ini diberikan atas usaha skuad tersebut berjaya menumpaskan Kelantan 2 - 1 di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu lalu.

Selain ganjaran untuk pasukan Penyu, semua rakyat di negeri tersebut menerima hari pelepasan umum selepas kejayaan pasukan negeri mereka berjaya menjuarai Piala FA. Apapun tahniah lagi untuk Skuad Penyu...moga pasukan mereka terus berada di atas.




Suasana Hari Pertama Sekolah Di SK St Patrick.


Tepat pada pukul 11 pagi, saya sudah bersiap untuk ke sekolah. Hari ini merupakan hari pertama selepas cuti 2 minggu. Pada masa ini, selera makan saya tiada. Semacam tidak sabar mahu ke sekolah. Dan kebiasaannya saya akan makan terlebih dahulu sebelum ke sekolah. Dan hari itu juga, saya datang lebih awal ke sekolah. Pada pukul 11.30 pagi. Jalan raya menuju ke sekolah tidak sesak. Sunyi...sekolah ke hari ini?. Terdetik di dalam hati saya.

Setiba di sekolah, saya melihat gelagat  anak - anak murid SK St Patrick. Terpapar di wajah mereka gembira dan seronok. Mungkin ingin belajar selepas bercuti dan mungkin juga ingin bertemu dengan rakan - rakan sekolah mereka. Namun situasi pada hari tersebut berbeza. Mereka lebih banyak duduk bercerita daripada bermain seperti biasa. Mungkin ada cerita yang ingin mereka kongsikan semasa cuti sekolah.

Saya terus menuju ke bilik Penolong Kanan untuk mendaftar nama. Apabila saya membuka buku kehadiran. Sah! saya orang pertama datang pada hari tersebut. Semangat pula datang awal ini...hehehe...selepas mendaftar saya mencari buku rekod mengajar dan rekod harian BK. Kemudian saya menuju ke bilik guru. Rakan - rakan sejawatan pun sibuk bercerita mengenai cuti mereka. Saya hanya mampu mendengar dari tepi seperti orang baru masuk berkerja...tidak mahu menyampuk..hehehe.


Sebelum berakhir sekolah pada hari tersebut, perhimpunan petang diadakan. Semua murid berhimpun di tapak perhimpunan begitu juga guru. Semasa ucapan Guru Penolong Kanan Petang, beliau memberitahu bahawa ada 28 orang murid yang tidak hadir ke sekolah. Bilangan paling ramai tidak hadir pernah direkod pada tahun tersebut. Menurutnya, mungkin murid - murid tersebut lupa sesi persekolahan telah bermula dan beliau memesan kepada anak - anak murid untuk memberitahu rakan - rakan mereka untuk hadir ke sekolah.

Satu perkara yang menarik perhatian saya semasa ucapan Guru Penyelia Petang. Beliau memberi nasihat dan peringatan kepada semua murid agar menjaga diri mereka dan "Menjaga Ibu Bapa Mereka". Selalunya, guru - guru hanya berpesan agar menjaga diri mereka sendiri dan tidak menyebut pun untuk menjaga ibu bapa mereka. Betul juga, kerana anak - anaklah yang akan menjaga ibu bapa bila mereka sudah dewasa. Jika kita sudah mind set murid - murid untuk menjaga diri mereka dan ibu bapa mereka...insya - Allah....mereka tidak akan lupa..
Apapun, saya gembira kembali bertugas di sekolah tersebut. Kehadiran kami di sekolah pun di sambut dengan gembira oleh murid - murid sekolah. Mereka asyik bertanya ke mana guru - guru mereka bercuti....

Selamat Kembali Dari Bercuti Warga 
SK St Patrick...

Sunday, June 12, 2011

Hasrat Tak Kesampaian


Mengapa! 
Mengapakah hatiku merasa merana?
Mungkin kejadian semalam?
Aku jadi tidak menentu
Aku menyangka kau dan dia 
Hanya sekadar kawan
Sepertimana aku dan rakan - rakanku
Tanpaku sedari
Kau dan dia menjalinkan persahabatan
Ah...Bisanya
Bila menyedari kau dimiliki
Harapanku gugur untuk memilikimu
Tapi aku tetap bersyukur
Kerana itulah pilihanmu
Pilihan masa  depanmu.

* Sajak ini saya hasilkan pada tahun 1997 semasa saya di tingkatan 4. Sajak pertama yang penuh kenangan dan sajak ini juga menjadi rujukan saya untuk menghasilkan sajak - sajak seterusnya...Untuk kali ini, saya tunjukkan kepada umum mengenai sajak saya. Saya akui banyak kelemahan...biasalah kalau cubaan pertama....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...