Rakan Blogger

Friday, June 17, 2011

Bila Hilang Baru Terasa


Mungkin ramai di antara kita faham maksud kata - kata entri saya kali ini. Bukan nak cerita orang lain, tetapi diri sendiri. Sekadar berkongsi maklumat sahaja. Kekadang kita terfikir mengapalah orang itu macam ini dan orang ini macam itu. Sampai ada yang terdetik di dalam hati ingin sangat nak buang orang tu ke dalam laut. Tapi bila dah hilang baru terasa. Baru tersedar bahawa orang tersebut pelengkap hidup dan jalan cerita kita. Orang tersebut banyak membantu kita secara tidak langsung.

Bila jumpa, ada sahaja perasaan tidak puas hati terdetik di dalam hati. Ada sahaja alasan yang ingin disuarakan supaya orang tersebut tidak mencapai hajatnya. Kalau boleh, mahu sahaja hilang dari mata dan tidak ingin berjumpa dengan orang tersebut. Marah dan geram. Rupanya, apa yang kita suarakan adalah doa.Tanpa kita sedari dan tanpa kita ketahui. Kerana berkata seperti " Kan bagus kalau kau tak wujud", " Kan bagus kalau kau mampus".

Bila kata - kata terkabul, baru kita nampak siapa dia sebenarnya. Apa jasa yang telah dia buat kepada kita. Selama ini dia hanya ingin berkawan, selama ini juga dia ingin berkongsi kasih dan sayang seperti kita semua. Tapi kerana satu perkara yang kecil diperbesar - besarkan maka orang membencinya dan menjauhkan diri darinya. Akhirnya, dia pergi untuk selama - lamanya. 

Sebagai pengajaran, jangan membenci orang terlalu sangat. Mesti ada sebab mengapa dia berkelakuan demikian. Jangan mendengar kata orang kedua mahupun ketiga...lebih baik bertanya terus ke tuan punya badan. Mesti Tuhan sudah hantarkan untuk kita... dan kita harus bersyukur dengan kehadirannya. Sebab itu kita sentiasa berdoa kepada Tuhan untuk meminta perlindungan dan petunjuk.

Apapun, saya sentiasa memberitahu kepada rakan - rakan saya. Hargai apa yang kita ada. Kerana bila sudah tiada baru kita nampak akan kepentingan mereka dalam hidup kita. Ingatlah bahawa kita nie satu keluarga yang berlainan bangsa dan warna kulit tetapi hidup dalam satu dunia. Jika dia cacat sekalipun, dia tetap memberi penyumbang dalam hidup kita. Tetapi kita kena hormatinya bukan mengambil kesempatan ke atas dirinya.

Terlalu panjang lebar saya cerita. Mungkin ada yang tidak faham. Tidak apalah yang penting saya luahkan kat sini. Supaya ada yang faham apa yang saya ingin sampaikan. Saya akan cuba menghargai orang yang berada di sekeliling saya. Kerana mereka banyak membantu saya belajar dari kosong sampailah mengetahuinya. 

Hargailah mereka selagi mereka bernyawa dan selagi mereka berada di sisi kita. Sebab bila hilang di mata baru kita sedar. Betapa sakitnya kehilangan mereka...wat biasa sahaja kerana mereka wujud untuk sementara sahaja...tabahkan hati dengan segala karenah mereka....

3 comments:

Mawar Berduri said...

aku pernah rasa menyesal.. aku pernah tidak menghargai pengorbanan dia.. dan aku pernah menangisi khilaf ku..

tapi..

aku kena merangkak, berjalan dan berlari untuk kehidupan aku seterusnya.

Kancil 8349 said...

kita pernah mengalaminya...thanks berkongsi perasaan....

Kancil 8349 said...

keperitan akan mengajar kita erti penghargaan....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...