Seorang murid tahun 2 datang ke bilik guru mencari guru bertugas. Dia lihat guru tersebut sedang duduk di mejanya. Murid tersebut menghampiri guru bertugas dan memaklumkan bahawa ada seorang murid cedera dek dipukul oleh rakan sekelasnya. Guru tersebut mengarahkan dua orang murid turun ke bilik guru.
Tidak lama kemudian, dua murid tersebut datang ke bilik guru sambil menitiskan airmata. Mereka ketakutan. Seorang cedera di muka dan seorang menggenggam tangan dalam ketakutan. Hasil siasatan dibuat, murid - murid ini bermain dengan kayu akibatnya mereka bergaduh di dalam kelas. Murid yang cedera dirawat oleh guru bertugas manakala murid satu lagi berdiri di satu sudut di dalam bilik guru.
Seorang guru menghampiri murid yang mencederakan rakannya. Guru tersebut bertanya apa kesalahan murid tersebut. Murid tersebut memberitahu bahawa dia telah melukakan rakan sekelasnya. Guru tersebut terkejut. Maka terjadilah dialog seperti di bawah
"Akibat kesalahan kamu mencederakan rakan kamu, cikgu mahu memotong tangan kamu."
"Jangan cikgu, sakit tu cikgu"
"Tahu pula kamu sakit. Yang kamu lukakan kawan kamu tu macam mana?"
"Dia sakitkan hati saya cikgu"
"Tapi ada keluar darahkah dari hatimu. Untuk adil, cikgu potong tangan ini supaya kamu tidak mengulangi lagi"
"Jangan cikgu...nanti saya mati...kalau saya mati...tiada jaga kucing saya cikgu" murid tersebut menangis sekuat hatinya.
Niat cikgu tersebut sekadar untuk memberi amaran dan tidak mungkin dia akan membuatnya. Tetapi dia tergelak habis bila murid tersebut mengatakan "Tiada jaga kucing saya cikgu"....Aduh!....
13 comments:
ayat berterabur abes :)
hehe cerita betul ke ni??
:)
kucing??? hhahaha
Takut sungguh dia nak kena potong tangan yee.. Hahaha...
Shedameor : hehehe...ndak boleh ayat yang formal...ndak faham budak
A'an : Cerita terjadi semalam (Jumaat)
Cik Pulau : lucu kan...ndak jadi cikgu tu marah
PapaMacho : hehehe...sebenarnya dia takut mak bapanya tahu dia nie jahat...
haha.. kelaka la budak tu..
kerja sebagai guru ye..
cmne la telatah budak skrg ni
Niena : ada banyak lagi cerita lucu...antara murid dan guru...begitu juga guru dengan guru juga...hehehe
potong tgn pun mati? budak budak lg. hahaha :)
http://salwaismail.blogspot.com
pandangan dan pemikiran kanak - kanak masih sempit...hehehe
ohh cikgu ek..mcm2 kan perangai bdk2 ni =)
Eera : Tentulah...sebab itu saya minat menjadi cikgu...walalupun ia sebenarnya kerja mencabar...
btul cra niza didik anak murid ni...bkn trus mmukul mcm ssetengah gru...tp mmg klakar bdak ni..xde bnda lain dia nk ingt slain kucing..
ridhwan :
terima kasih
Post a Comment