Rakan Blogger

Thursday, June 2, 2011

Kampung Terusan Baru, Pulau Bum - Bum Semporna


Jika bukan ada jemputan ke majlis perkahwinan di kampung nie, saya tidak berpeluang untuk datang ke sini. Walaupun ia mengambil masa 3 atau 5 minit perjalanan menggunakan bot dari tanah besar Borneo ke Pulau Bum - Bum tetapi ia amat menyeronokkan. Kami sekeluarga bergerak dari Kampung Bukit Sakong pada pukul 8.40 pagi dan tiba di Kampung Sum - Sum kawasan Tampi - Tampi pada pukul 9.15 pagi.

Kampung Sum - Sum ini paling dekat dengan Pulau Bum - Bum. Di sinilah cadangan pembinaan jambatan dibuat. Namun sehingga kini, masih menunggu khabar baik dari kerajaan Persekutuan. Jika ada jambatan nie, maka mudahlah penduduk kampung di pulau tersebut berulang alik. Menurut sumber yang saya perolehi, pulau tersebut dibekalkan dengan air bersih dari Tanah Besar Borneo (Semporna) begitu juga tenaga elektrik.

Berbalik kepada cerita kami pula. Kereta kami terpaksa 'parking' kerana belum ada jambatan yang menghubungkan Semporna dengan Pulau Bum - Bum. Risau juga sebab kawasan tersebut merupakan kawasan kera - kera nakal. Nanti rosak kereta kita dikerjakan oleh mereka. Berdoa saje agar kereta tidak diapa - apakan oleh mereka. Setiba di sana, kami berjalan kaki menuju ke pelantar di mana bot - bot penambang berlabuh. Sungguh indah pemandangan di waktu pagi. Ketika ini air laut surut. kalau air pasang, semua bot berlabuh dekat dengan pantai

 Sekitar kawasan Kampung Sum - Sum

 Pemandangan kawasan Kampung Sum - Sum

 Kelihatan Bukit Tengkorak dan bot - bot penambang menunggu penumpang untuk ke Pulau Bum - Bum

 Bot Penambang bergerak ke Pulau Bum - Bum

Bayaran yang dikenakan adalah RM 1 untuk seorang. Kira murahlah. Lagipun tidak jauh juga. Macam keadaan Selat Terbau juga (Johor). Semasa menaiki bot ini, terbayang pula keadaan guru - guru yang mengajar di Pulau Bum - Bum. Seperti rakan saya Cikgu Hussin. Mesti perit setiap hari mahu berulang alik. Sudahlah tiada atap, kena berpanas mahupun berhujan. Harap - harap jambatan tersebut dapat disiapkan secepat mungkin. Bukan setakat guru malah penduduk di kampung tersebut.

Tiba di Kampung Terusan Baru, saya rasa gembira kerana dapat menjejaki kampung di mana emak saya di sekolahkan dan dibesarkan. Bah...kira boleh nampak situasi dan keadaan di sini. Memang cantik kawasan kampung tersebut. Memandangkan air surut kami terpaksa berjalan kaki menuju ke rumah pengantin lelaki. Pengantin lelaki nie merupakan keluarga sebelah Bapa saya dan saya telah mengenalinya sejak saya di UiTM Shah Alam. Masa tu, dia kerja di Pasir Gudang dan ketika itu saya pula cuti semester. So kami berkenalan.

Bakal isterinya, guru di SK Bubul 2, Semporna. Tidak sempat kami mahu melihat dia naik di atas pelamin kerana kami ada urusan lain hendak diselesaikan.

 Pemandangan Kampung Terusan Baru
 
 Keadaan Sekolah Kebangsaan Terusan Baru
  
 Salah satu kenderaan yang digunakan oleh penduduk pulau

Tepat pada pukul 1 tengahari, kami sekeluarga berangkat balik ke tanah besar Semporna. Sebab air mula pasang so, senanglah bot datang terus ke rumah pengantin lelaki. Sebelum pergi, saya sempat mengucapkan tahniah kepada pengantin lelaki tersebut. Berharap kami dapat berjumpa lagi. Memang susah mahu berjumpa dengannya. 5 tahun sekali. mungkin...

 Pemandangan air pasang di Kampung Terusan Baru

 Rumah biru adalah rumah pengantin lelaki dan kelihatan bot - bot besar berlabuh

6 comments:

barangai terusan said...

weik sape ni ya.......kmpung teusan baru lg tu...rumah c harun lagi dia ckp pengantin baru,,,,,aik sape ni ya.....aq pun anak jati terusan ni hahahahhahaha

Kancil 8349 said...

hehehe...memang si harun tu yang kahwin...

barangai terusan said...

owh.....ya...ada plk pic2 kg aq ni ba..hehehhehh

barangai terusan said...

cantik kan kampung kami ni....byk ikan lg tu d jambatan

Kancil 8349 said...

memang cantik bah....ikan pun boleh nampak dari jeti...terang lagi...sudah tu besar tapak tangan lagi...kalau berpeluang lagi mahu memancing kat sana...hehehe

Unknown said...

terusan memg cntk tmpt nya.......?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...