Kelmarin, saya menemani dua orang rakan saya untuk mendaki Bukit Tengkorak, Semporna. Walaupun keadaan cuaca redup dan hujan di beberapa tempat sekitar daerah Semporna. Namun tidak mematahkan semangat dua orang rakan saya untuk naik ke puncak.
Sebelum memasuki tapak sejarah ini, kami terlebih dahulu mendaftar di pintu masuk. Senang dicari kalau terjadi apa - apa. Pendakian kami bermula pada pukul 3 petang. Kami bergerak perlahan kerana keadaan bukit yang tinggi. Sambil itu, mengambil gambar sekitar kawasan tersebut. Saya pula terlupa mengambil gambar pada masa tu. Pendakian kami cukup senang dan keadaan cuaca yang mendung memudahkan kami naik ke atas.
Sampai di puncak iaitu 500 kaki dari aras laut, pada pukul 3.30 petang. Setengah jam juga mendaki. Itu pun sebab bergambar di sana sini...hehehe...so hajat dua orang rakan saya terkabul. Tergambar di wajah mereka puas kerana berjaya menawan bukit tersebut. Sebelum ini kami ada datang ke sini tetapi hanya di pondok kedua dan kebetulan masa tidak mengizinkan kami naik ke atas.
3.45 petang, kami menuruni bukit. Tidak lama kami dipuncak kerana ingin balik segera ke Tawau. Masa yang kami ambil menuruni bukit hanya 15 minit. Sekejap juga turun...naik tu yang payah. Apapun, saya ada menceritakan mengenai Bukit Tengkorak ini... [Klik]
2 comments:
fullamak... best nya kamu Ums... melancong2 time cuti2 sekola ni
Ceh...bukan kita ke yang sama - sama mendaki naik ke sana...
Post a Comment