Entri ini mengisahkan kejadian semalam yang berlaku kepada diriku. Mungkin ada di antara kamu pernah mengalami mimpi ngeri. Malah terbawa - bawa sampai ke alam realiti. Aku pun pernah mimpi ngeri tapi tidak seperti semalam menyebabkan semua orang di dalam rumah terkejut dan terbangun dari tidur mereka. Entah mengapa boleh terjadi sedemikian rupa.
Petang semalam, saya sempat bermain badminton bersama isteri saya lebih kurang 30 minit kami bermain di laman rumah. Sekadar mengeluarkan peluh sahaja. Lagipun isteri saya berminat untuk bermain. Pada pukul 7 malam, saya bergerak keluar dari rumah menuju ke stadium tertutup Tawau. Bermain badminton bersama kenalan - kenalan saya.
Pada malam tersebut, hujan lebat turun. Niat mahu makan di luar tetapi disebabkan hujan, kami semua balik ke rumah masing - masing. Sampai di rumah, isteri saya sudah menyediakan air panas untuk mandi. Selesai mandi barulah saya makan makanan yang dihidangkan oleh isteri.
Lebih kurang 12 tengah malam, hujan masih turun dengan lebat. Saya memandang luar jendela dan melihat beberapa buah kereta mula meletakkan kereta mereka di hadapan rumah kami. Mungkin air sungai sudah naik. Saya memberitahu isteri saya bahawa saya ingin mengeluarkan kereta dari bawah rumah. Supaya tidak kelam kabut dan tidak tertekan dengan manusia yang suka mencari pasal.
Maksud saya manusia yang suka meletakkan kereta mereka sesuka hati dengan menutup laluan keluar kereta. Isteri saya bersetuju. Kami pun turun ke bawah rumah. Saya menghidupkan enjin dan isteri saya membuka pintu pagar. Selesai kami pun terus naik ke rumah. Saya sempat memberitahu isteri saya supaya membasuh kaki sebelum tidur.
Malam itu saya tidak dapat tidur. Ada perasaan yang menganggu saya walaupun saya sebenarnya teramat penat. Isteri saya sempat menegur saya. Dia bertanya kepada saya mengapa tidak tidur lagi. Saya menjawab tidak sedap hati. Akhirnya saya terlena. Lebih kurang 2.30 pagi, saya terjaga dari tidur saya. Saya membuka pintu bilik dan menuju ke ruang tamu kemudian membuka tingkap rumah. Bilangan kereta mula bertambah. Dalam hati saya, mungkin di dalam kampung, air sudah naik.
So, saya kembali tidur. Zzzzzzz.........
Tetiba saya terjaga dari tidur saya. Saya memerhati keadaan sekeliling saya. Isteri dan anak - anak saya tiada di dalam bilik tidur kami. Saya cuba bangkit dari tempat tidur saya. Tetapi saya terdengar gelak ketawa orang di luar rumah. Hati saya tidak sedap. Saya pun menjenguk ke arah tingkap rumah. Saya melihat 3 orang sedang sibuk memunggah barang sambil ketawa. Sah! Mereka nie pencuri....tiba - tiba, mereka melihat saya. Lagi mereka tergelak. Pelik...mereka semacam tidak takut.
Dengan perasaan geram, saya cuba menjerit...tetapi suara saya tidak keluar...saya berusaha juga namun tidak berjaya. Tetiba, ada tangan sedang mencuit bahu saya. Dengan rasa terkejut, saya menjerit sekuat hati saya.........
"PENCURI"
Rupanya saya bermimpi, isteri saya memanggil - manggil nama saya. Terkedu dan tergamam saya pada masa itu. Mimpi ke apa tadi?. Sempat lagi isteri saya menutup mulut saya semasa saya menjerit tadi. Setelah kembali reda...barulah isteri saya bertanya kepada saya. Apa mimpi saya sehingga saya menjerit...saya mengatakan ada orang sedang mencuri. Itu yang saya mimpi.
Tapi saya dapat simpulkan mengapa saya bermimpi sedemikian. Mungkin terlalu memikirkan keadaan kereta saya yang di luar pagar rumah. Itu sebab terbawa - bawa sampai mimpi. Lagi satu, memang saya penat sangat.
6 comments:
yang sebenarnya 3 orang semalam yang jadi pencuri tu adalah si ayub, si jumain dan si min. tu lah sapa suruh ko belasah dorang main badminton semalam.. kekekeke
ndak ada plak aku belasah dorang semalam tu geng....
terlalu penat kottt.. jangan lupa baca doa tidur malam nie..
Betul tu Mawar Berduri...makasih memberi nasihat dan peringatan...heheehe...
hihihi macam2 mimpi kan...lagi la bila badan penat...
Oshin : memang betul...kalau dah penat, mimpi yang ndak bagus akan datang....hehehe
Post a Comment