Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.
Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.
Ada orang yang masih risau dengan kenangan masa lalu. Risau sehingga menganggu emosi mereka. Ada orang plak risau dengan kerjaya orang lain sebab gaji tinggi dan senang padahal kerja sendiri pun tidak terurus. Lain plak halnya yang suka mencari pasal. Kira dia risau kalau - kalau orang ndak kenal dengan dia. Tapi siapa di antara kita yang risau tentang masalah 10 tahun akan datang. Berpunca pada hari ini dan sebelumnya.
Mungkin ada yang risau tapi tidak kesemuanya. Bilangan mereka boleh dikira menggunakan jari. Selebihnya risau dengan masalah yang berkait peribadi yang mana mereka tidak memikirkan masalah orang lain. Bagi mereka ia bukan masalah mereka pun. Dalam konteks ini, Kancil menumpukan perhatian kepada dunia pendidikan. Belum bidang lain lagi.
Rasanya tidak ramai mengetahui bebanan kerja guru. Bagi mereka ia merupakan pekerjaan yang paling senang dengan gaji yang lumayan malah bekerja pun hanya setengah hari. Tengok senanglah tapi memikulnya korang ndak rasa. Kecewa sedikit apabila ada manusia yang mempertikaikan hak guru sedangkan ramai yang tidak mengetahui bahawa beberapa hak guru dinafikan seperti kerja lebih masa dan dituduh tanpa pembelaan.
Lebih teruk jika urusan sekolah dicampur tangan oleh pihak ibu bapa yang sering menganggap anak mereka baik. Itu di rumah, kalau di sekolah jadi samseng sekolah, murid bermasalah dan pembuli. Ramai bising dengan gaji dan masa kerja guru sedangkan guru tidak bising pun dengan kerja mereka yang lebih senang sebab mereka bekerja mengikut mood dan bukan mengikut masa (tidak semuanya).
Namun, ramai yang tidak pernah risau tentang masalah disiplin, sahsiah dan akademik anak murid di sekolah. Melainkan guru - guru di sekolah. Mereka berusaha untuk membentuk anak - anak nie menjadi insan yang berguna kepada agama, masyarakat dan negara. Sedang mereka melangkah, mereka diganggu oleh manusia yang dengki dengan usaha mereka. Dengki dengan gaji dan masa kerja mereka. Alangkah bagus jika mereka sama - sama membantu dan bukan menjatuhkan..
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
p/s entri ndak dapat dibuat sepenuhnya sebab ada kerja penting...
31 comments:
kesian cikgu2..ramai yg masuk tanjung rambutan.
setuju dgn kancil,
tak dinafikan guru sekarang lagi mencabar dari guru 20 tahun lepas... tahniah dan syabar kepada semua pendidik yang berjaya mendidik anak yang nakal jadi bijak pandai..
hanya org yg bergelar seorg guru yg memahami tugas seorg guru..kan kancil?
walaupun begitu, banyak pahalaaa keje cikgu :)
dugaankan bagi yang tidak memahami..hmm...
kerja guru memang mulia, para guru ikhlaskan diri mengajar students. InsyaAllah semuanya baik2 sahaja..
profesion perguruan sekarang mmg mencabar..walaupun sy bukan seorang guru, tapi sy boleh nampak apa yg berlaku..
cikgu,
semakin lama manusia semakin lupakan tanggungjawab sebenar, maka segala masalah disiplin, sosial semakin meningkat.
Perkara ini sebenarnya amat menakutkan utk generasi kita akan datang
kerja apapun ada cabaran tersendiri...kerjaya sebagai guru di zaman sekarang ni, kerjaya yg mencabar.murid2 sekarng pun xsama dgn zaman dulu...
cikgu dulu dan sekarang banyak bezanya. sama juga nanti dengan cikgu masa hadapan. banyak cabarannya
Alamak, entry lalu saya pasal kenangan. Tulah saya kata bukan jg habis idea berlambak2..Setuju dgn Kancil. Bukan mudah, tambah lagi sostem baru PBS-KSSR . Nak pulih lagi, kena kerjasama guru dan ibubapa..juga.
budak2 dh x mcm dulu
budak skang memang lain macam banding ngan zaman kita.ibu bapa skang lak terlalu percaya kat anak2.hmmm...apa jua pekerjaan ada cabaran dia kan
sokong!! =)
sikar juga jadi pendidik nie. tak semua mampu menggalas tanggungjawab
cinnamon.com :
betul tu...
Adylia :
perbezaan yang ketara...terima kasih
Sutera Kasih :
betul tu..cuma risau dengan masalah sebenar di dalam sekolah
dee :
betul tu...setanding dengan dugaan
eeiyss :
betul tu...
Eza Boom Boom :
kerja tetap tapi sentiasa diganggu sedangkan para guru tidak pernah menganggu orang lain
Kathy :
terima kasih...kerja hakiki kami lebih dari apa yang dilihat oleh umum
Baguznet :
betul tu...biarlah guru buat kerja mereka sepertimana guru tidak menganggu kerja orang lain
Aishah :
betul tu...kena bersiap sedia
Cik Jannah :
betul tu...siap sedia untuk menghadapinya
etuza :
betul tu...bila tukar pemimpin tukarlah dasar...yang melaksana pening kepala
arelan :
betul tu...
3no :
terima kasih
miss klanika :
betul tu...banyak dugaan dan perlukan kesabaran
Akak nie sangat kagum dengan guru2 di Malaysia yang sangat ikhlas dalam menaburkan bakti. Tak terbalas rasanya. Namun, sepanjang pengalaman menjadi seorang ibu, mempunyai adik beradik yang juga guru, dan pengalaman diri sendiri menjadi guru, masih juga akak bertemu dengan guru yang 'terpaksa' menjadi guru. Sayang sungguh....
Aziela :
dalam apa bidang pun, sama je kak...ada yang terpaksa jadi kerja macam tu dan ini...sebagai contoh buruh...jika tidak kerja mana dia mahu cari duit...memang ndak dinafikan...namun mereka tetap menjalankan tugas mereka...soal ikhlas tidak ikhlas tu bukan kerja kita...
Post a Comment