Rakan Blogger

Thursday, April 19, 2012

Kisah Seram Di Malam Perkhemahan Di SK Batu Payong

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Hari Selasa lalu, Kancil sudah berjumpa dengan Gen2Merah untuk memastikan cerita seram yang dilalui oleh beliau bersama guru - guru praktikum. Sebelum kami bermain badminton, beliau menceritakan pengalaman pertama beliau semasa perkhemahan UB di sekolah mereka. Nak taw ceritanya, jomlah baca;

Petang Sabtu, Gen2Merah telah mengambil keputusan untuk mandi di tandas pra sekolah. Sebelum beliau mandi, beliau meminjam sabun dan ubat gigi daripada guru - guru perempuan praktikum. Selesai mandi, giliran guru - guru perempuan plak yang masuk ke bilik tandas. Gen2Merah kembali ke bilik pemulihan beliau. Beberapa minit kemudian, guru - guru perempuan tersebut menemui Gen2Merah. Mereka berkata bahawa mereka terasa diganggu oleh sesuatu.

Akibat situasi tersebut, mereka lupa untuk menguncikan pintu pra sekolah tersebut. Lebih kurang pada pukul 9 malam, semasa waktu rehat malam kebudayaan. Gen2Merah telah diajak oleh guru - guru perempuan untuk membantu mereka mengunci pintu pra sekolah tersebut. Semasa Gen2Merah cuba mengunci pintu grill, kedua - dua guru perempuan berpelukan antara satu sama lain. Membuatkan Gen2Merah merasa seram sejuk. Tiba - tiba ;

"Tidurlah wahai anakku...tidurlah wahai anakku"

Berdiri bulu roma Gen2Merah mendengar suara perempuan menyanyi tidak jauh dari tempat mereka bertiga berdiri. Kedua - dua guru perempuan sudah mengigil ketakutan apatah lagi Gen2Merah. Beliau sendiri terasa bahawa ada perempuan menyanyi di tepinya. 

"Jangan kamu dua takut. Tenang!" sambil cuba mengunci pintu grill tersebut. Gen2Merah cuba berkelakuan tenang kerana berkeyakinan bila tenang kerja akan mudah. Setelah berjaya mengunci pintu tersebut, mereka bertiga beredar dari tempat tersebut tanpa menoleh tempat suara tersebut.

Menurut Gen2Merah, itulah pengalaman pertama beliau dan nasib tiada perkara tidak baik berlaku pada malam tersebut. Rasa panik juga katanya namun masih bersikap tenang. Kalau Kancil, mungkin sudah lari lintang pukang...hehehe....

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

p/s : Gen2Merah kirim salam kepada semua rakan blogger yang bertanya pasal beliau. Pesannya, Insya Allah bulan 5 nie dia aktif berblog. Iaitu 9hb 5, time hari jadi beliau. 

44 comments:

Izwa Kamaruddin said...

giler serammm!!!

Reena Sidek said...

kalau sy... terus tinggalkan pintu tak berkunci sbb takut dan cabut lari...

LYAfrina said...

aduyai..seriauuu

Eera Shera said...

kalo sy dah larik x toleh2 dah..lantak la pagar tu haha..

wsalam. lama dah gen 2 merah menyepi. kancil slalu jmpe dia ke?

Unknown said...

adoi...biar betol.....seram ni

alin said...

Ngerinya, memang kat situ dah biasa ada 'benda' tu ke atau baru first time macam tu??

terima kasih sudi follow blog saya :)

Kazman / Sue said...

peerghhhh... mahu terlompat kejap bila dengar suara tu....

Unknown said...

waaaa kalau Queen pun dah lari lintang pukang ni.. seram!!!

maszull said...

assalamualaikum kancil.wah seram juga tu nasib baik cikgu dil di dlm keadaan tenang n buat x tahu je...:)

Unknown said...

seram nyer kancil.....
terasa mcm nak cancel jer trip pi gunung besok.....huhuhu

eita said...

agak mengerunkan...

ShahzCudin said...

memang seram tiba2 ade bnde nyanyi..huiii

skuterlady.blogspot.my said...

real seram!

Unknown said...

wah..dengaq real ke? ih... takutnye iss

aReLaN said...

kalau saya tetiba dengar suara camtu pon saya lari lintang pukang....

3no gr33ny said...

alhamdulillah semua selamat saja..tidaklah pula pernah hamba terkena sebegini..nauzubillah...

Unknown said...

kena baca ayat kursi lain kali...

Liana Norazmi said...

Nasib baik Gen2Merah xcabut lari dulu..btw,abg kancil8349..happy belated belated belated birthday! hehehe.. (:

Aien Not Alien said...

seram!! dengar suara lagi tu...adehhh~


bagus Gen2Merah tak lari ye...ekekeke.. cepat ler kembali, ramai merinduimu..hehe

Ezad Skytech said...

kalau berteman takpe lagi..kalau sorang2 confirm lari da...hee~

> bagus la Gen2Merah akan kembali...lama da tak baca entri2nya...ramai yang menunggu ni..:D

nuranne said...

aiih seram ni cigu. SK Batu Payong saya selalu limpas, sebab keluarga sebelah pacik banyak seblah sana. Ngam betul lagu yg didodoi tu sama prasekolah.

Jahirah said...

inilah kisan seram tu ye...mlm2 dengar suara mcm tu,mmg seram la ntah dr mana dtg suara tu...meremang bulu roma baca time2 camni..huhuu

Kancil 8349 said...

Mrs Eady :

hehehe...taw ndak apa

Kancil 8349 said...

Masz Sidek :

hehehe...tulah kelebihan Gen2Merah

Kancil 8349 said...

LYAfrina :

hehehe...taw nak apa

Kancil 8349 said...

Eera Shera :

hehehe...kesabaran yang tinggi nie kalau mahu berdepan dengan benda nie.

p/s : 2 hari dalam seminggu je...tu pun time main badminton

Kancil 8349 said...

Azam :

taw ndak apa

Kancil 8349 said...

Alin :

hehehe...pertama kali dengar cerita macam tu...kot pertama kali berlaku

Kancil 8349 said...

Kazman :

betul tu...sesiapa je tak ketakutan

Kancil 8349 said...

Queen :

hehehehe...taw ndak apa

Kancil 8349 said...

Maszull :

Waalaikumsalam mama.

tulah..hebatkan dia mama

Kancil 8349 said...

remyhazza :

mengapa plak...apa yang ndak kena

Kancil 8349 said...

eita :

hehehe

Kancil 8349 said...

shahzcudin :

betul tu...bikin takut

Kancil 8349 said...

lady scooter :

betul tu

Kancil 8349 said...

eeiyss :

tulah yang disampaikan oleh Gen2Merah kepada Kancil

Kancil 8349 said...

Arelan :

betul tu...hehehe

Kancil 8349 said...

3no :

hehehe...samalah dengan kancil...

Kancil 8349 said...

Santri :

mungkin dia terlupa sebab dalam keadaan tertekan..hehehe

Kancil 8349 said...

Liana :

betul tu,...terima kasih

Kancil 8349 said...

Aien Alien :

hehehe...memang seram...insya Allah dia akan kembali

Kancil 8349 said...

Ezad :

betul tu..dia berteman dengan dua orang gadis sumandak..hehehe...

insya Allah akan kembali

Kancil 8349 said...

Simply Seoul :

hehehe...orang sana plak kamu nie...hehehe..ndak ngam..ramai yang lari nanti

Kancil 8349 said...

Aishah :

hehehe...tulah yang disampaikan oleh Gen2Merah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...