Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.
Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.
Pada hari Jumaat lalu, Gen2 Merah memaklumkan kepada Kancil bahawa sekolah mereka mengadakan program perkhemahan. Kalau ada kelapangan, datanglah ke sekolah katanya kepada Kancil. Beliau mencadangkan datang pada malam kebudayaan iaitu malam Sabtu. Kancil berjanji kepada beliau akan turun untuk menyaksikan program tersebut.
Pada malam Sabtu, Kancil menerima mesej daripada Gen2Merah berbunyi
"Ums, murid2mu menanya2 pasal ko di perkhemahan nie. Rindu dorang. Hehehe"
Rupanya Kancil terlupa pasal program tersebut. Sudah pukul 8 malam. Apa lagi, Kancil bersiap dan bergerak ke SK Batu Payong. Isteri Kancil berpesan supaya berhati - hati di tengah jalan. Inilah kali pertama Kancil bergerak pada waktu malam ke Kampung Batu Payong. Dalam perjalanan, Kancil terserempak dengan kereta peronda polis. Begitu juga penduduk kampung masih berlegar - legar di perhentian bas. Rupa - rupanya ada kes bot kena curi. Bot tu sudah masuk ke kawasan Indon.
Sampai di SK Batu Payong, Kancil terus jumpa beberapa bekas rakan sejawatan di tempat memasak. Kebetulan tempat tu yang paling depan. Setelah bersalaman dan bercerita, Kancil pun mula bergerak ke tempat acara. Beberapa orang murid, menyebut nama Kancil. Apa lagi, terganggu sedikit acara malam tu. Hehehe....dalam masa yang sama mencari kelibat Gen2Merah.
Beliau sibuk mengambil gambar. Kancil hanya memerhati acara berlangsung. Rupanya, pertandingan malam kebudayaan baru bermula. Kira beruntung Kancil. Gen2Merah menyedari kehadiran Kancil. Kami berbual dan beliau mengusik kepada Kancil berani datang ke sana pada waktu malam. Mahu menakut - nakutkan Kancil sebenarnya. Hehehe...dia lupa bahawa Kancil sudah biasa berjalan malam antara Tawau ke Kota Kinabalu. Nie kan pulak Tawau ke Batu Payong yang hanya 20 km.
Semasa waktu rehat, beberapa orang murid menegur Kancil. Ada yang menegur bahawa Kancil sudah berisi, tidak ingat sama mereka dan lama tidak datang menemui mereka. Kancil akui mereka rindu dengan Kancil. Namun Kancil sudah berada di sekolah lain dan memberi tumpuan tugas kepada sekolah tersebut. Ada juga bekas murid sekolah yang hadir dalam perkhemahan tersebut. Mereka pun bertanya soalan yang sama. Mengapa Kancil dipindahkan? Bukan kehendak Kancil sebenarnya tetapi arahan.
Tempat pada pukul 10.30 malam, Kancil mahu balik ke rumah. Gen2Merah mengajak agar berkonvoi balik. Beberapa orang guru perempuan yang mempunyai kenderaan sendiri pun mahu ikut berkonvoi. Mereka mencadangkan Kancil di hadapan dan Gen2Merah di belakang. Gen2Merah berpesan jangan bawa laju. Semasa dalam perjalanan, Kancil terlanjak bawa laju. Akhirnya menunggu mereka.....hehehe...terbiasa sebenarnya. Kami membawa hanya 40 kmsj. Apabila sampai di Jalan Apas, apa lagi Kancil terus memecut laju dan diikuti oleh Gen2Merah.
Rupanya, ada kisah seram berlaku di SK Batu Payong. Patut pun mereka mahu berkonvoi. Hehehe...dah tu mereka bukan bagitau dekat Kancil pun. Kancil dapat taw bila baca FB sekolah. Apapun, Kancil rasa gembira dapat melihat perkhemahan UB di SK Batu Payong. Masih merindui sekolah tersebut. Walaupun hanya 7 bulan mengajar di sana. Murid - muridnya masih merindui Kancil
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
42 comments:
kisah seram? mcm menarik je..walaupun sebenarnya sy seorang yg penakut..hehe..
kesah seram apa yg berlaku tu kancil..cer citer
terharu bila murid2 masih teringatkan bekas guru mereka kan :)
cikgu..nanti buat la entri pasal kisah seram tu..nak tahu jugak..huhu :p
salam kancil.. lama x singgah sini.. nnt Queen nk terjah entri percutian di pulau mabul tu.. hehehehe teringin sgt nk ke sana..
ada kisah seram? sekolah rendah Queen dulu pun ada kisah seram juga.. hehehe mmg takutlah kalau diingatkan kembali tp smp sekrg x tau samada ia benar atau tidak.. hehehe
kisah seram??? ceritalah... ;p apa kisahnya...
nak tau gak ceta seram..
assalamualaikum kancil....wah rajin kancil pi melawat anak2 murid di sekolah lama tu yek....:)
beraninya kancil drive jauh2 mlm2 huhu
bertuah lah cikgu kancil.. anak2 murid sentiasa rindukan cikgu kancil.. hehe ;)
patut le berkonvoi..!!
jalan berkonvoi bukan sahaja baik untuk kesihatan tapi baik untuk ketenteraman... haaa3x...
is suka kisah seram... cepat buat satu entri seram..hehe (^___^)
kisah seram yg berlaku kat SK Batu Payong tu kancil ? excited nak tahu ni..:D
jadi pengapit lak..hehee...nanti boleh la buat entry antara kisah seram yg pernah berlaku tu....nak jugak tahu...;p
paling tak suke dengar kalau citer seram...
seriau
cer citer sket pasal kisah seram tu.nak dengar tau.hoho
amboi..apa kancil dh buat ni..syg btol diorg kt kancil..hihi..
tak sabar nak dengar kisah seram tu.......he3
teringat zaman sekolah :p
ada kisah seram patut ajak konvoi...
*kancil kirim salam dekat Gen2merah ye...lama berdiam :D
ooo..pernah mengajar satu sekolah ye..
Kathy Tuah :
Insya Allah...nanti Kancil ceritakan
khairul :
insya Allah
Dylla Abas :
betul tu...
insya Allah
Queen :
selamat kembali...kisah seram dekat sekolah rendah Gen2Merah mengajar
Masz Sidek :
insya Allah
Arif :
insya Allah nanti kancil ceritakan
Maszull :
Waalaikumsalam mama...
hehehe...dorang rindu dengan cikgu mereka...so kancil pun rindu dengan mereka juga
Sutera Kasih :
sudah biasa....
Nafisya :
terima kasih....sekolah pertama kancil
Cinnamon.com :
hehehe...gitulah
Kazman :
betul tu...hehehehe
eeiyss :
insya Allah akan cerita
Ezad :
nanti kancil ceritakan
Aishah :
insya Allah
Eita :
hehehe...nanti baca mana yang boleh dibaca je
Arelan :
insya Allah
Anak Wak Mail :
hehehe...anak murid yang masih ingat gurunya
Remyhazza :
insya Allah
Adylia :
mesti ada guru yang diminati nie
Aien :
itulah...insya Allah kancil akan sampaikan
Sunah Sakura :
bersebelahan bilik lagi...hehehehe
Post a Comment