Rakan Blogger

Saturday, April 28, 2012

Pengalaman Pertama : Unit Kecemasan Hospital Tawau

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Entri ini sepatutnya Kancil post pada hari Jumaat namun disebabkan masa ndak mengizinkan pada hari tersebut. Maka malam nie barulah Kancil postkan. Kebetulan baru rasa lapang sedikit disebabkan pening dengan pelbagai kerja yang perlu diselesaikan. Lebih - lebih lagi minggu anti dadah yang telah berlangsung minggu lalu.

Seperti hari - hari Jumaat lalu, kebanyakan guru lelaki akan lewat sampai ke sekolah. Hanya Kancil seorang je lelaki yang datang awal sebab jarak rumah ke sekolah hanya 4 km je. Setiba di sekolah, Kancil terus masuk ke bilik guru untuk menyimpan beg laptop dan tools Kancil. Seorang guru perempuan terus berkata kepada Kancil ;

"Cikgu! Bawa dia ke hospital. Teruk luka di kepalanya"

"Bila lagi nie?" Kancil bertanya.

"Baru je. Dia terjatuh di kawasan tandas. Tapi ndak pasti di bahagian mana."

"Okaylah! Saya mahu melapor diri dulu sebelum saya pergi ke hospital."

Melihat pada wajah budak lelaki tahun 3, dia kelihatan bersahaja dan tidak seperti merasa kesakitan. Walaupun luka di atas keningnya agak besar. Darah kering atas bajunya. Kami sedia maklum mengenai budak ini. Murid yang nakal dan suka berlari ke sana sini. Walaupun dilarang berulang kali. Namun tidak berkesan ke atas dia. Mungkin dengan kejadian ini menjadi pengajaran untuk beliau. Kebetulan Kancil bertugas pada minggu nie dan menjadi tanggungjawab Kancil untuk membawanya ke hospital.

Setelah melapor ke pejabat PK dan memaklumkan kepada PK Petang, Kancil terus membawa budak tersebut ke hospital. Dalam perjalanan, pelbagai persoalan yang bermain difikirkan Kancil. Nak tahu apa? Kancil bimbang bapa budak nie akan menyalahkan pihak sekolah dan lebih teruk lagi Kancil dimarahi di hadapan orang ramai ketika berada di hospital nanti. Apapun, Kancil berdoa ia tidak akan berlaku sedemikian.

Sampai je di Unit Kecemasan, Kancil terus membawa budak tersebut ke dalam bilik kecil di mana budak tersebut akan diperiksa tahap kecederaannya. Lepas itu, Kancil masuk semula ke dalam kereta dan mencari tempat letak kereta yang sesuai. Jumpa parking kereta, Kancil kembali ke unit kecemasan. Inilah pengalaman pertama Kancil membawa budak cedera ke hospital. Sebelum nie ada guru yang buat. Kebetulan Kancil yang kena.

Pegawai yang bertugas memaklumkan kepada Kancil bahawa luka murid tersebut akan dijahit. Mungkin dua atau tiga jahitan. Lebih kurang 15 minit, ibu bapa murid tersebut sampai di unit kecemasan. Kancil hanya mendiamkan diri melihat anak beranak berbual. Emaknya yang kelihatan lebih risau berbanding dengan anak yang cedera dan bapanya.

Kancil memberi kertas nombor kepada emaknya dan meminta izin daripada keluarga tersebut untuk kembali ke sekolah. Alhamdulillah, tiada perkara yang tidak baik berlaku. Semuanya berjalan lancar. Sampai di sekolah, rakan - rakan sejawatan menanti kedatangan Kancil. Ingin mengetahui cerita sebenar yang berlaku di hospital. Kancil pun ceritalah perkara yang sama. 

"Nasib juga kau ndak kena marah. Bapanya tu suka salahkan guru padahal anaknya yang salah" kata seorang rakan guru.

"Saya katakan ia terjadi sebelum loceng berbunyi. Kebetulan ramai guru belum sampai di sekolah" 

Apapun, lega juga kami sebab kami sudah menjalankan tugas. Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

22 comments:

Syazwan Che Deraman said...

abah wan seorang guru.

nilah salah satu tanggungjawab besar guru kan.

pagi pagi lagi ada kes macam ni.

salah budak tu sendiri.
mak bapak kena faham keadaan guru.

nice job cikgu!

Salina Mat Isa said...

budak2 nakal,tk blh nk salahkan cikgu je kan..

Zul fattah said...

mujur tak serius kecederaan tu.. tp tahniah saya ucapkan kat cikgu.. krana mjalankan tugas dgan dedikasi..

aliza said...

biasalah, cikgu kan serba boleh... tu kes budak SR, kalau SM.. cikgu boleh diherdik, ditengking dan baru minggu lepas budak ugut cikgu dan hempaskan pasu bunga depan cikgu sebab rasa x puas hati,.. nampak martabat guru semakin terpinggir wp tugas dan beban semakin membesar...

aReLaN said...

budak ngan ibu bapa zaman skang memang jauh beza ngan zaman kita.hmmmm...sampai berjahit tu.saya pernah kena kat kelopak mata.main ragbi nye pasal.tapi tak jahit pon.biar je.

dhiera zainudin said...

berat jugak peranan sebagai guru~ mesti guru2 dah biasa kena marah dengan mak bapak kan~

3no gr33ny said...

mmg xblh nk halang musibah yang bakal berlaku..guru memamg kena selalu bersedia

Eera Shera said...

nasib baik kancil x kena marah dgn ayah dia

Unknown said...

lepas baca saya teringat peristiwa sama di sekolah saya ni. Ni lah ada saja kenakalan anak2 murid. Di nasihati tapi masih buat ..syukurlah ya..kalau kita benar maka Allah lindungi kita. kadang kita kena berani kerana kita dipihak yang benar. Guru x boleh dayus ya. Tahniah ya cikgu

Aien Not Alien said...

mujur kecederaan tak berapa teruk, mujur juga ibu bapa pelajar tu tak marah-marah....itulah tugas guru selain mendidik & mengajar kena uruskan hal kecemasan....

Kancil 8349 said...

Syazwan :

betul tu...mesti faham bahawa budak nie yang nakal

Kancil 8349 said...

teratak hati :

kau larang nanti jadi isu plak

Kancil 8349 said...

Zul Fattah :

terima kasih..alhamdulillah sedikit je

Kancil 8349 said...

aimaniman :

betul tu...lain - lain keadaan...bahaya

Kancil 8349 said...

arelan :

hehehe..budak nie yang nakal...dah dilarang jangan berlari..mahu tunjuk dia tu superman

Kancil 8349 said...

dhiera :

hehehe...setakat nie Kancil belum kena marah oleh ibu bapa lagi...tapi berharap ndak mahulah

Kancil 8349 said...

3no :

betul tu...tapi diluar jangkaan

Kancil 8349 said...

Eera :

Syukur...

Kancil 8349 said...

etuza :

terima kasih...betul tu...namun Kancil selalu berdoa...

Kancil 8349 said...

Aien Alien :

betul tu...syukur juga Kancil ndak kena marah...hehehe

nuranne said...

Guru ooh guru. Jgnlah selalu disalahkan. Nasib bapa dia tida mengamuk2. Taulah parents ni emosi lebih.

Kancil 8349 said...

Simply Seoul :

tu yang bikin kancil takut...hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...