Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.
Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.
Entri lalu, Kancil cerita mengenai perjalanan kami menuju ke Pulau Mabul. Lebih kurang 3 jam perjalanan di lautan. Kali nie, cerita di atas Pulau Mabul. Bersama dua orang sepupu, kami berenang dan berjalan menuju ke pantai Pulau Mabul. Berdekatan di pantai tersebut, ada pos pengawal polis. Kancil tidak membawa handset Kancil untuk mengambil gambar ketika ke pantai.
Kami merancang untuk mencari SK Pulau Mabul. Ia terletak tidak jauh dari tempat kami mendarat. Kami melalui kawasan perkampungan nelayan. Cantik dan indah. Tidak sangka, banyak gerai dan kedai runcit di kawasan tersebut. Lebih kurang 10 minit perjalanan, kami tiba di perkarangan sekolah tersebut. Lalu kami menegur seorang gadis yang duduk di beranda. Bertanya mana rumah ketua kampung.
Rupanya, rumah ketua kampung terletak di hadapan kawasan sekolah SK Pulau Mabul. Tidak lama kemudian, pak cik Kancil datang dan meminta kami membawa bot tersebut ke kawasan sekolah. Apa lagi, kami berjalan sekali lagi ke tempat di mana kami mendarat tadi. Nasib juga air sudah naik. Mudahlah bot tersebut berlabuh di pinggir pantai. Kancil lah yang menunjukkan jalan ke kawasan sekolah tersebut.
Sampai di jeti rumah ketua kampung, kami terus memunggah barang - barang dari kapal ke rumah ketua kampung. Pak Cik Kancil memberitahu bahawa aktiviti memancing waktu malam akan bermula selepas solat isyak. Siapa yang lewat, tinggal di rumah. Hehehe...tapi kami terus terjun ke laut. Bermandi manda. Ingatkan air laut sejuk, rupanya panas. Sebenarnya, di dasar laut sejuk cuma di atas je yang panas. Kalau nak sejuk, terpaksa menyelam. Tahan ke?
Nanti kita sambung pasal aktiviti memancing pada waktu malam. Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
Mahu baca cerita sebelum nie : klik di sini
26 comments:
lorh.. ni bole request tak? email gambar kat mabul. nak banyakkkkk2... hehehe
uishhh...bestnya kancil bercuti.
is xpandai nyelam... uhuk3 (T___T)
hee...nak menyelam boleh tapi kejap je la...heee~
> wahhh..aktiviti memancing..menarik ni...kena tunggu..:D
wah... seronoknya dapat bercuti di sana. cantik layout baru ni kancil!
dah 2 kali pegi sabah tapi x penah lagi pegi pulau2 yg ada kat sabah..
wah..siuknya pigi pulau mabul.. hehehe
huhuhu... tak beri nak menyelam... berenang pun tak pandai... :p
cikgu,
berapa besar saiz Pulau Mabul ini ye? Apa yg menarik di sana? , Ikut pada pembacaan, mcm jeti utama hanya ada 1 saje, ye ke?
kat laut memang cam gtu la ek..panas...kulit pon cpt je burn..huhu..tapi seronok lah dapat relax
bestnya tau berenang..kalo lelaki, x payah belajar pun pandai sendiri..oh, sgt jelez~ (--")
Dee :
Kancil ndak banyak ambil gambar...lagi pun gambar yang Kancil ambil semua pelik2...hehehe
Arelan :
terima kasih
eeiyss :
hehehe...
Ezad :
hehehe...terima kasih
Santri :
terima kasih santri...
Kathy Tuah :
insya Allah kalau datang ke sini...mungkin dah dapat pergi pulau lagi
Cik Purple :
memang best
Masz Sidek :
kena belajar...penting tu
baguznet :
ndak berapa ingat saiz sebenar Pulau nie...menariknya ialah pusat persinggahan untuk ke Sipadan, perairan yang jernih....Jeti tu dah banyak sebenarnya...mungkin sebab yang utama tu...satu je
3no :
ndak kisah kalau gelap...sebab bukan bujang pun
SaL ljou :
hehehe...jangan macam tu...kancil lambat belajar berenang...
assalamualaikum kancil....menarik dpt menikmati keindahan Pulau Mabul dan dpt memancing bersama2 keluarga...:)
Maszull :
Waalaikumsalam mama,
betul tu mama...memang seronok kalau ada family sekali
menyelam? takut ada yg x timbul balik lak nnt.. hehehehe
Queen :
yakin akan timbul semula...best tu menyelam
Post a Comment