Rakan Blogger

Friday, April 13, 2012

Percutian Di Pulau Mabul # 3

Assalamualaikum, Salam Jumaat dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Sambung balik cerita kita pasal percutian Kancil di Pulau Mabul. Kali nie aktiviti memancing pada waktu malam. Tepat pada pukul 8 malam, bot mula bergerak jauh dari Pulau Mabul. Seramai 9 orang berada di atas bot tersebut. Waktu malam tersebut, diterangi sinar bulan. Sehinggakan dasar laut kelihatan. Indah sungguh ciptaan Tuhan.

Sampai satu tempat, bot kami naiki berhenti di tengah lautan. Apa lagi, kami teruskan perjuangan kami. Tidak sampai 2 minit, Kancil orang pertama mendapat ikan. Entah apa nama ikan tu sebab samar - samar. Sambil - sambil kami memancing, kedengaran orang menyanyi di Pulau Mabul. Pelbagai lagu kami dengar. Tidak kira Cina, India, Melayu dan Inggeris. Lagu Kari Adabi pun dorang nyanyi.

Tepat pada pukul 12 tengahmalam, bot kami bergerak menuju ke perairan antara tiga pulau. Iaitu, Mataking, Kapalai dan Mabul. Sepanjang perjalanan, Kancil rasa kagum melihat dasar air laut yang boleh dilihat terus dengan bantuan cahaya bulan. Walhal, ia agak dalam. Kalau siang, mesti ndak dapat lihat. Kalau korang tengok pun mesti terpegun.

Tepat pada pukul 1 tengahmalam, kami meneruskan aktiviti memancing kami. Nampaknya, kami tidak dapat sebarang hasil berada di sana. Kebetulan angin kuat. Bergerak sedikit ke hadapan. Kali nie ada 4 ekor kami dapat. Tunggu punya tunggu dan kebetulan semua pun dah mengantuk. Pak Cik Kancil mengajak kami kembali ke Pulau Mabul. 

Sepanjang perjalanan balik, hanya Kancil dan pemandu bot tu je yang berjaga. Yang lain sudah dibuai mimpi. Kancil kena berjaga sebab menjaga laluan dihadapan kalau - kalau terlanggar air cetek. Tepat pada pukul 4 pagi, kami tiba di jeti rumah ketua kampung. Kancil terus ke bilik dan tidur.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

p/s : tiada gambar diambil pada waktu malam sebab ndak bawa handset.

37 comments:

Salina Mat Isa said...

macam best je memancing tengah lautan..tapi macam takut jugak,malam2 pulak tu..dh la tk tau berenang..hehe..

Izwa Kamaruddin said...

salah 1 tempat idaman nk pegi ni...takde ke pakej murah kat sane?

ShahzCudin said...

klo de rezeki lebih nt nk plan g pulau ni jgk la..

Aien Not Alien said...

memancing dilautan....sangat menarik pengalamannya kan kancil...



*lagu kari adabi pun boleh....hihi

3no gr33ny said...

rugilah ek sahabat Kancil x amik gambar malam...mesti lawa =)

Unknown said...

Asalam.
Syukurlah x ada apa2 yang merbahaya, tetapi yang dilihat kebesaranNya. Pasti zikir dan doa kancil tulah yang memberikan rahmat..tahniah sebab x takbur bila di tengah laut. Seeloknya, sentiasalah berdoa minta keselamatan ka berada di mana2 ..bagus sekali perkongsian adik kancil ni..Blog Sabahan macam etuza.

Unknown said...

tengs ye kancil... bila la nak jadi blogger terkenal tu, updatepun tunggang langgang.. hehehe (^___^)

Yumida said...

tringin nk pg holiday kt pulau..jeles bila dgr kancil crita

Unknown said...

bertuah kancil kerana dapat merasai semuanya.... remy tak tahu ler biler...

eita said...

rugi lah takleh tengok gambo memancing...

::CIK LYNN:: said...

cik lynn dtg mlawat lepas bcuti pnjang... :)

waaa...tingin ke mabul jgak...=)

Unknown said...

dengaq mcm menarik ni kancil

Zul fattah said...

fulamak.. best kot g mancing tengah laut pd waktu mlm.. nak try r skali ..

Kancil 8349 said...

teratak hati :

hehehe...ada jaket keselamatan bah...lagi pun terang bulan...ndak perlu takut

Kancil 8349 said...

Mrs Eady :

nanti Kancil tolong carikan...kami mahu ke sana lagi

Kancil 8349 said...

Azam :

jomlah ke sana

Kancil 8349 said...

ShahzCudin :

jomlah pergi

Kancil 8349 said...

Aien :

memang menarik pengalamannya...lebih2 lagi teruja memandang dasar air laut

Kancil 8349 said...

3no :

memang rugi taw

Kancil 8349 said...

etuza :

Waalaikumsalam,

terima kasih...memang bersyukur kerana diberikan peluang untuk melihat kebesaran - Nya

Kancil 8349 said...

eeiyss :

terima kasih kembali...ia akan memakan masa yang lama...sabarlah

Kancil 8349 said...

Yumida :

hehehe...janganlah jeles..jomlah datang ke sini

Kancil 8349 said...

remyhazza :

jangan tunggu lama2...jomlah datang ke sini

Kancil 8349 said...

eita :

kalau ada kamera sendiri kan bagus...masalahnya kancil belum memilikinya

Kancil 8349 said...

Cik Lynn :

hehehe...jomlah datang ke sini

Kancil 8349 said...

Khairul :

jomlah datang

Kancil 8349 said...

Zul Fattah :

jomlah cuba

aReLaN said...

ala...kalau amek gambar lagi best ni.memang minat memancing ke??

Ezad Skytech said...

hee..nak memancing ni kena bersabar..kalau ada rezeki..byk la dpt hasil kan kancil?

> kalau ada gambar mesti best..:D

maszull said...

assalamualaikum kancil...pengalaman yg paling best kalaudpt memancing di lautan di tengah2 mlm....tentu banyak dpt hasilnya...

Unknown said...

insyaAllah kancil... satu hari nanti........

Kancil 8349 said...

Arelan :

betul tu....sayangnya ndak ada kamera...memang minat memancing

Kancil 8349 said...

Ezad :

betul tu...tapi tulah orang kata...di laut nie ada tempatnya...kalau ndak kena pada tempatnya....mana ada ikan...

Kancil 8349 said...

Maszull :

Waalaikumsalam mama,

memang best..kalau taw tempatnya...hehehe

Kancil 8349 said...

remyhazza :

amin

Unknown said...

hubby Queen mmg suka memancing di laut.. hehehe seb baik skrg ni dia x boleh nak g memancing buat sementara waktu.. hehehe kalau tidak mesti selalu kena tinggal

Kancil 8349 said...

Queen :

hehehe...minat yang bagus...ndak mengapa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...