Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.
Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.
Tepat pada pukul 6 pagi, isteri dan anak pertama Kancil bersama adik - adik Kancil mandi di jeti Ketua Kampung. Manakala Kancil ndak larat dan menjaga anak kedua Kancil yang masih dibuai mimpi. Tidak sampai setengah jam, Kancil dikejutkan oleh bunyi deringan telefon dari bilik sebelah. Disebabkan itu juga, anak kedua bangun. Memandangkan dia bangun, Kancil membawanya ke jeti Ketua Kampung.
Apa lagi, kami pun bersama - sama mandi ke laut. Kali nie airnya sejuk membeku walaupun matahari sudah menampakkan bahangnya. Kancil ndak lama mandi, sebab mahu bersiap untuk pergi memancing lagi. Lebih kurang 8 pagi, kami semua bergerak meninggalkan Pulau Mabul. Laut bergelora pada ketika itu, awan hitam berada di atas Pulau Siamil. So, keadaan di laut adalah mendung. Memudahkan kami memancing.
Lebih setengah jam bot bergerak, akhirnya kami berhenti di tengah lautan. Tempat pertama tiada hasil yang kami dapat. Kami bergerak di suatu tempat. Sama juga. Sehingaa empat kali kami berpindah tempat. Kancil melihat anak - anak dan isteri Kancil. Nampaknya mereka kepenatan dan mereka tertidur di atas bot. Kami masih tidak puas hati dan mengharapkan hasil yang lumayan. Akhirnya, kami mendapat beberapa ekor ikan. Dekat 20 ekor kami dapat
Lebih kurang 1 tengahari, kami bergerak pulang ke pekan Semporna. Masa nie, Kancil mengambil peluang untuk melepaskan penat dan meminta isteri menjaga anak - anak kami. Tahulah, kanak - kanak kecil, mereka tidak tahu bahaya berada di atas bot. Hampir 2 jam Kancil tidur di atas bot. Ketika itu, bot kami melalui kawasan pembinaan jambatan antara Pekan Semporna dan Pulau Bum Bum. Rupanya sudah memulakan pembinaan.
Tepat pada pukul 4 petang, kami sampai di pelabuhan Kastam Safma di Semporna. Memandangkan kereta Kancil terletak di Taman Semporna Centre, Kancil meminta, bapa Kancil bawa ke sana. Kemudian ke Kampung Ubian. Lebih kurang 5 petang, kami bergerak pulang ke Tawau. Sebenarnya bapa Kancil meminta kami tidur di rumah untuk malam tersebut. Tapi Kancil memaklumkan bahawa kami ada urusan pada esok pagi.
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
29 comments:
semoga urusan kancil dipermudahkan ye...
salam perkenalan kancil,actually ni meaw tau.... meaw dah tukaq nama blog :)
ya semoga apa ja urusan dimudahkan ya.
wah, dapat makan ikan fresh..sedap tu..hihi..
lama xmemancing (^___^)
bestnye dapat mandi kat lauuut!!!!!!hehehe...teringin tapi x pandai berenang lah pulak!!!!aiseymen!!!!
woo..rupanya kancil dh kawen...ee..tringin nk tgk baby tu
dgr cam sronok jer percutian tu..mmg holiday berhabisan la ni
memang seronok habis la sahabat Kancil & family =)
mandi laut pagi2 ni best..sejuk...:D
wah! Seronoknya cikgu, siang malam memancing ikan. Tiada alatan pengesan kedudukan ikan ke cikgu dlm bot itu? Tiada tempat yg mempunyai tukun?
wah... cuti2x malaysia ni.... mesti best...
memancing lagi...betul2 menikmati cuti dengan sebaiknya ni..hihi
mo pegi sana nnti ehh..mau jgk !! hhe
assalamualaikum kancil...wah satu percutian yg menyeronokkan seisi keluarga...:)
kalau dh pergi ramai2 mesti best !!!!
masa inilah nak rapatkan perhubungan.....dan juga kemesraan...
Onie :
terima kasih...amin...
etuza :
terima kasih...amin
Kathy Tuah :
memang sedap...hehehe
eeiyss :
jomlah memancing...
P#eoniX :
hehehe...boleh belajar bah tu
Yumida :
hehehe..ingat dah taw kisah Kancil nie...ada bah dalam entri Kancil terdahulu...
memang seronok...sampai anak pun kepenatan
3no :
betul tu...terima kasih
Ezad :
memang best pun
baguznet :
memang best....tiada alatan nya...ada tempat tapi orang yang menunjukk tempat tu ndak ikut
kazman / sue :
betul tu
Aien :
memang kaki pancing
Maszull :
Waalaikumsalam mama...
betul tu
remyhazza :
betul tu...terima kasih
banyaknye dapat ikan....memang minat memancing kancil ni....bila la dpt jejak kaki kat pulau mabul..huhuu
Aishah :
hehehe...baru timbul..sebenarnya ndak pandai
Post a Comment