Rakan Blogger

Friday, April 27, 2012

Perlukah Kita Kecewa?

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Sesiapa di antara kita pernah mengalami kekecewaan tidak kira dari segi perhubungan mahupun pergaulan antara individu dan masyarakat. Namun kita dapat hadapi dengan baik apabila kita berada di dalam keadaan yang tenang. Bila kita kecewa timbul perasaan marah yang mana kita akan mengeluarkan kata - kata tidak puas hati mengikut tahap kekecewaaan kita.

Tujuan sebenar, meluahkan apa yang tersimpan di dalam hati. Ndak salah sebenarnya namun kekadang ada yang terlepas cakap sehingga menyinggung perasaan orang lain. Kita bercerita , orang lain yang terasa. Kalau tukang cerita jenis ego tinggi, ikut suka hatinya, memang ada yang seksa. Kalau pendengar jenis faham mungkin dia pendam perasaan untuk menjaga hati kawan. Walaupun dia tersinggung. Pernahkah kamu mengalaminya?

Jika pernah, bagaimana anda memahami situasi rakan anda? Mengapa anda dapat memahami keadaannya pada masa tersebut? Kenapa pula anda dapat bertahan mendengar luahan hatinya sedangkan anda mempunyai kerja yang lebih penting? Persoalan demi persoalan bermain sekarang. Jawab wahai rakan bloggerku?

Mungkin ada di antara kamu telah menyelami situasi dan telah lama memahami sikap dan sifat rakan anda. Mungkin juga anda memahami bahawa dia memerlukan rakan yang memahami situasinya. Dan mungkin dia rakan anda yang sama - sama susah, sama - sama senang. Betul kan? Jika ada jawapan lain. Tolong Kancil jawabkan.

Sebenarnya, persoalan sebegini jika kita adaptasikan pada perjalanan pekerjaan seseorang mungkin kita memahaminya. Namun ada yang buat macam tu? Tidak sebab bukan rakan saya dan ia tidak penting untuk saya fikir? Tapi mengapa perlu kita menghukum seseorang tanpa kita mengetahui perkara atau masalah sebenar? Tidak mengetahui asal usul cerita seseorang. Sebab kita malas untuk berfikir. Rela kita kecewa daripada memahami situasi seseorang, betul kan?

Alangkah bagus jika kita berfikir berada di dalam situasi seseorang. Jika saya berada di situasi orang tersebut, mampukah saya menanganinya? Bagaimana saya menghadapi masalah sama seperti dia? Apakah tindakan yang perlu saya buat? Cubalah fikir sejenak tentang apa jenis pekerjaan yang anda anggap paling senang, kerja setengah hari, cuti pula banyak malah gaji pun besar. Pernahkah kamu terfikir jika berada di situasi sebenar?

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

19 comments:

Dkna Abza said...

kadang2 kecewa dengan sikap orang disekeliling kita..sebgai contoh bila ada terdengar berita yang kurang baik, mereka terus buat tafsiran sendiri..

kadang2 terfikir, dia kawan baik kita tapi kenapa boleh buat andaian sebelum mengetahui apa yang berlaku..

yang pasti setiap dari kita memiliki paling kurang seorang 'sahabat' yang boleh berkongsi masalah, suka, duka dan lain2..

[sutera kasih] said...

sy pernah dlm situasi ini..ada member ni meluah ndak pndai habis2 psl mslh kecewa hbgn dia dgn psgnnya, smpai sy rasa agak menyampah, tp kesian jgk..sebagai seorg kwn, sy cuba jd pendgr setia even xdpt nk tlg selesaikan mslh dia..sbb sy fhm jgk situasinya kan..sbb tiada sorg manusia d dunia ni ndak penah kecewa..dan ianya perlu diluahkan, xboleh pendam sndri, bahaya huhu

najihahfara said...

rasa kecewa pasti akan dtg pade kite semua..cume cara kite handle kekecewaan tu yg penting act. :)

Aien Not Alien said...

berat persoalan ni kancil...


kadang kita meluahkan yang tersirat dihati berbusut dijiwa mungkin sekadar untuk redakan perasaan tanpa meminta sebarang pandangan, kadang kita luahkan untuk mendengar pandangan disamping meredakan perasaan...terpulang ikut situasi.


sebagai pendengar pula, bila mendengar kena tengok situasi sama ada perlu atau tidak diberi pandangan....cuma sebaiknya sebagai pendengar yang baik, bagi tumpuan sebaiknya dan cubalah membantu bila diperlukan, usah pandai2 pun ya juga nak elak berlaku sebarang salah faham.

baguznet said...

dalam menelusuri kehidupan, sebahagian dpd proses mematangkan diri, pasti kita akan lalui situasi itu. Jika dlm kehidupan kita cuba landaskan hidup kita dgn agama, Insya-Allah kita mampu peroleh ketenangan dan mampu hadapi apa sahaja mslh dgn senyuman

3no gr33ny said...

tapi sukar juga kiranya mahu memberi nasihat pada yang suka meletakkan ego setinggi dada..fikirnya hnya diri yang betul sahaja..tapi masih meminta pandangan yang lain juga..walau tahu itu tidak akan diterima

3no gr33ny said...

tapi sukar juga kiranya mahu memberi nasihat pada yang suka meletakkan ego setinggi dada..fikirnya hnya diri yang betul sahaja..tapi masih meminta pandangan yang lain juga..walau tahu itu tidak akan diterima

Unknown said...

kekecewaan sering terjadi.... tetapi kita harus bijak mengatasinya....
jangan biarkan kecewa itu memakan diri....

Kancil 8349 said...

adylia :

betul tu...moga kita memiliki rakan yang memahami kita

Kancil 8349 said...

sutera kasih:

kamu digolongkan pendengar setia

Kancil 8349 said...

cik najihah :

betul tu....

Kancil 8349 said...

Aien :

taw ndak mengapa..namun terima kasih dengan komen kamu

Kancil 8349 said...

baguznet :

betul tu

Kancil 8349 said...

3no :

betul tu...sabar jelah

Kancil 8349 said...

remyhazza :

betul tu

anie said...

sy x pernah dpt hdiah dari x hubby

shah said...

menarik infonya

Kancil 8349 said...

anie :

hehehe...ada bah hadiah tu...mungkin ndak ingat

Kancil 8349 said...

shah :

terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...