Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.
Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.
Semalam Kancil berbual kosong dengan Guru Penolong Kanan Petang (GPKP) setelah berbincang mengenai aktiviti untuk perhimpunan petang semalam. Biasalah, kena maklumkan kepadanya. Sembang punya sembang, GPKP secara tidak sengaja bercerita mengenai kisah seorang ayah dan anaknya yang berlaku beberapa tahun lalu di sekolah ini.
Cerita bermula apabila seorang ayah menghantar anaknya ke sekolah seperti biasa. Setiba di perkarangan sekolah, anaknya memberi tahu kepada ayah bahawa dia ternampak sejumlah wang di atas lantai. Jumlah wang yang agak besar. Ayah budak itu mengambil wang tersebut dan terus berjumpa dengan GPKP. Di pejabat GPKP, mereka menyerahkan wang itu. GPKP rasa bertuah mempunyai murid dan seorang penjaga yang jujur. Lalu dia berkata ;
"Boy! Pergi peluk ayah kamu" Murid tersebut pada mulanya teragak - agak untuk berbuat demikian. Tidak lama kemudian dia terus memeluk erat ayahnya.
"Kenapa cikgu menyuruh anak saya memeluk saya?"
"Encik telah menunjukkan satu sikap yang baik dan menjadi contoh di hadapan anak encik. Boy! Ayah kamu seorang yang jujur. Contohinya ayah kamu" Terharu mendengar kata - kata GPKP, ayah tersebut menitiskan air mata beliau.
Selang seminggu, GPKP telah memberi sedikit hadiah kepada murid tersebut di perhimpunan. Sambil memberi nasihat kepada semua murid agar menjadi contoh seperti murid ini. Jika dinilai, manusia akan buta melihat duit tersebut. Namun, atas rasa tanggungjawab dan malu terhadap anak sendiri, seorang ayah telah menunjukkan sikap baik dan harus dicontohi oleh semua ibu bapa.
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
40 comments:
sebagai ibubapa sememangnya kita menjadi contoh buat anak2.. makanya jika kita ingin jadi ibubapa yg baik dan inginkan anak2 yg taat seharusnya kita juga perlu bersikap baik dan dari situ anak2 melihat dan menjadikan kita contoh. dalam masa yg sama anak2 akan terus menghormati kita sbg ibubapa mereka.
Hmm..nilai sebuah kejujuran memang tiada bandingannya..semoga kita semua sebagai ibu bapa dpt mencontohi kejujuran dan teladan yg baik seperti bapa dlm cerita ni.
ibu bapa adlh role model kan...
Bapa burik anak rintik
bapa baik anak pun baik
sikap ibu bapa biasanya akan di ikuti anak2... penting bagi ibu bapa tu menunjukkan sikap yg baik supaya menjadi ikutan anak2... :)
Bertuah ada insan sejujur ini ..
Abah sy pernah cerita pengalaman dia sepanjang jd polis .
sorang lelaki dtg balai hantar satu beg yang berisi duit . banyakkk .dia jumpa. lelaki ni kalau tgk dr fizikal mybe org akan ingat dia mat gian .
tp tu la.. dia manusia yg jujur .
uikk... jumpa duit... bagus la ayah tu buat macam tu kan... susah nak jumpa orang macam tu....
alhamdulillah.....bila tahu akan hukum hakam, inshaAllah takkan ambil hak orang lain.. ^_^
ibu bapa role model kpd anak2 :)
good pupil!
itulah ayah yg baik... betul dlm mndidik anak2nya.. harap2 dpat la jd ayah yg baik kpd anak2 saya nanti
bagus la..satu contoh tauladan yang baik dari si ayah..
baguslah la ada sikap jujur macam tu..jadi contoh kepada semua..:D
kita yang baca ni pun rasa sebak sebab tak sangka ada yang jujur~
anak akan mencontohi apa yang orang tua buat...
cerita ini seribu satu mahu dijumpa...manusia sekarang entah bagaimana hatinya..
*moga hamba juga memperoleh suami yang sebegitu rupa.hehhe (topik sudah agak jauh ni..)
alhamdulillah, masih wujud orang seperti ini :)
tauladan yg patut dicontohi semua.....
budak2 ni sedari kecil la kita nak didik pun..selalunya sikap mak ayah tu akan dilihat dan dinilai oleh anak2.ada yg terikut dan sebaliknya....dan wajarlah menunjukkan sikap n sifat yang baik utk anak contohi...:)
Queen :
betul tu...apa yang penting kita menjadi contoh untuk anak2 kita
cleverspider :
betul tu...ambil pengajaran daripada cerita nie
Pn Sheila :
betul tu puan...
Kakzakie :
betul tu..
Masz Sidek :
betul tu..sokong sangat
fizafantagirO:
kita ambil iktibar dan menjadi contoh
Kazman / sue :
betul tu,,,memang susah
Ckin Kembaq :
Amin...betul tu
Sutera kasih :
betul tu....
Yumida :
and good father...
Zul Fattah :
betul tu...mereka belajar daripada kita
ShahzCudin :
betul tu..ambil iktibar daripada mereka
Ezad :
betul tu...
dhiera :
betul tu...korang baca...kancil mendengar ceritanya
eita :
betul tu...
3no :
ndak mengapa...tu impian kamu...semoga bertemu jodoh yang baik...amin
Muhammad :
amin...
remyhazza :
betul tu...
Aishah :
betul tu...semoga kita dapat mendidik anak kita
amin =)
assalamualaikum kancil...wah kisah ini boleh dijadikan tauladan pada semua murid2...:)
Post a Comment