Rakan Blogger

Wednesday, June 29, 2011

Service Enjin Kancil 8349

Kena service selepas 5000 km

Beberapa hari lalu, saya asyik memerhati meter kilometer kereta kancil saya. Saya sasarkan pada hari Sabtu nie baru nak service. Tukar minyak hitam dan oil fillter. Rupanya, hari nie kena service. Seawal 8 pagi, saya sudah bersiap untuk ke bengkel di Batu 3 Jalan Apas Tawau. 


Nama bengkel tersebut

Dalam perjalanan nak ke bengkel, hujan turun tapi tidak lebat sangat. Biasa -  biasa sahaja. Namun, jalan raya sesak di simpang Kabota. Selepas tu, ok. Setiba di bengkel kereta, pekerjanya terus menyapa dan bertanya kepada saya. Saya katakan mahu service kereta. Mereka meminta saya masukkan kereta saya ke dalam bengkel disebabkan keadaan cuaca hujan.

Hampir 30 minit mereka melakukan kerja menukarkan minyak hitam dan oil fittler. Kira lambat ke...tapi bagi saya tidak kisah yang penting mereka cermat dan berhati - hati melakukan kerja mereka. Setelah selesai, bos bengkel tu memberitahu saya mengenai "Timing Belt" kereta saya. Beliau ingin tahu bila saya tukar. Seingat saya tahun 2009. 

Rupanya, hanya di dalam sahaja yang ditukar. Belt di luar tidak ditukar. Dan permukaan Belt tersebut sudah merekah. Bos bengkel tu kata, bila - bila sahaja putus. Saya sendiri nampak Belt tu merekah. Aduh!...baru sedar. Nasib Bos bengkel tu nampak. So, dia minta pekerjanya tukar belt tersebut.

Memandangkan belt mereka habis di bengkel, terpaksa pula pekerjanya membeli di kedai peralatan kereta. Saya pun terpaksa menunggu dan nasib juga saya datang awal. Saya pun tidak pasti di mana. Tapi sememangnya di bandar Tawau. Lebih kurang 20 minit pekerjanya kembali dari kedai. Dan terus memasang Belt tersebut. 

Tepat pada pukul 10.30 pagi, baru saya beredar dari bengkel tersebut. Semasa memandu kereta kancil saya, terasa lain dan seperti selesa membawanya. Semacam ada kelainan...tapi susah nak digambarkan bagaimana. Apapun, terima kasih kepada tuan punya bengkel. Di bawah nie ada beberapa keping gambar, jom kita lihat...

  

6 comments:

Lulu Caldina said...

nasib baik, huhu bahaya..boleh kemalangan...

tapi kena hati-hati juga, sebab ada bengkel yang ambil kesempatan.. konon itu ini nak tukar, tapi tak tukar..ramai dah kena.. kesimpulannya, kena tengoklah masa servis.. ngee

Kancil 8349 said...

terima kasih lulu...memang betul apa yang lulu katakan tu...saya sentiasa tengok apa pekerja tu buat kat kereta saya cuma masa di kk saya kurang memberi perhatian...terutamanya time tukar timing belt tu...hehehe

Mawar Berduri said...

kereta selamat.. senang hati.. selamat memandu..

Kancil 8349 said...

memang betul Mawar Berduri

maszull said...

assalamualaikum kancil...wah kete ni dapat jagaan yg baik dr tuan nyer...bertuahkan kancil merah ni...:)

Kancil 8349 said...

Maszull :

Waalaikumsalam mama,
hehehe...supaya senang hati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...