Rakan Blogger

Friday, July 1, 2011

Selamat Datang Bulan Julai


Apa istimewanya bulan Julai dalam hidup saya. Nak tahu...tapi saya berangggpan bahawa, ramai juga yang mempunyai bulan yang istimewa tersendiri. Mungkin bulan lain dari Julai dan mungkin juga yang sama dengan bulan Julai. Yang penting setiap bulan ada kenangan dan keistimewaan tersendiri mengikut individu tersebut.

Mengapa bulan Julai istimewa bagi saya? Mengapa tidak bulan Januari bulan awal tahun dan bulan Mac, bulan kelahiran saya? Pelik kan? 

Bulan Rezeki
Saya beranggapan ia bulan rezeki saya, mengapa? Tahun 2004 bulan Julai merupakan tahun saya memula kerja sebagai pensyarah sambilan di kolej swasta di ibu negeri Sabah. Bermula dari itu, saya belajar menjadi pengajar diploma walaupun pengalaman saya tidak ada. Kerana keyakinan dan semangat untuk membantu anak - anak bangsa akhirnya saya berjaya membantu mereka untuk berjaya.

Tahun 2006, bulan Julai, saya memohon untuk jawatan sebagai Eksekutif Perpustakaan di kolej swasta tersebut.Memandangkan jawatan tersebut sesuai dengan ijazah saya dan juga pengalaman saya. Akhirnya, saya mendapat jawatan tersebut dan menggugurkan jawatan sebagai pensyarah kontrak.

Pada tahun 2009 bulan Jun, saya menerima tawaran untuk menyambungkan pelajaran ke peringkat diploma pendidikan di Institut Pendidikan Guru Tun Hussien Onn Batu Pahat. Walaupun saya berhenti di kolej swasta pada bulan Jun namun secara rasminya saya berhenti pada bulan Julai. Kerana dalam tempoh tersebut saya mengambil cuti yang berbaki.

Itu sahaja yang saya ingin kongsikan di dalam blog saya. Mungkin ada di antara rakan di luar saya mempunyai bulan istimewa sama seperti saya. Bah jomlah kita cerita supaya dapat dikongsikan bersama.

2 comments:

fairus said...

BULAN JULAI BULAN AKU DILAHIRKAN.. HEHEH.. NANATI KO KIRIMLAH HADIAH KAT AKU... :)

Kancil 8349 said...

boleh bah geng...hehehe...selamat hari lahir

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...