Rakan Blogger

Wednesday, July 20, 2011

Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah Peringkat Daerah Tawau, 2011 (Bab2)

Malam semalam, saya tidur di dalam kereta saya selepas keluar bersama rakan - rakan dari sekolah lain. Rasa penat dan memang sudah mengantuk habis. Ditambah lagi ada bantal yang isteri saya bekalkan untuk saya. Apa lagi saya tidur di dalam kereta sehinggalah pada pukul 5 pagi.

Pada 6 pagi, saya membantu rakan saya Abdullah (SK Inderasabah) untuk mengurus program pagi tersebut. Memandangkan dia penat berjaga, saya ambil alih tugas tersebut. Memanggil semua murid dan pelajar berhimpun di hadapan urusetia. Diminta semua ketua kumpulan melaporkan kekuatan pasukan mereka kepada saya. Dalam masa yang sama, saya menegur beberapa kesalahan yang mereka lakukan.


Selepas melapor diri, semua peserta menyanyikan 3 buah lagu iaitu Negaraku, Negeri Sabah Tanah Airku dan Kadet Remaja Sekolah. Kemudian, saya menyerahkan tugas kepada rakan sejawatan untuk meneruskan aktiviti senaman aerobik.


Selesai aktiviti senaman aerobik, semua peserta dibenarkan keluar baris untuk membersihkan diri mereka. Ketika ini saya sempat beramah mesra dengan beberapa orang murid dan bertanyakan khabar dan cerita mengenai perkhemahan ini. Rata - rata mereka rasa seronok dan gembira. Di bawah adalah beberapa orang murid yang sempat saya berbual.


Selepas itu, saya kembali ke rumah untuk membersihkan diri. Lebih kurang pada pukul 10 pagi, saya kembali ke SMK Kinabutan. Saya ditugaskan untuk membantu aktiviti iktihar hidup bersama 10 orang guru termasuklah guru - guru SK Batu Payong.

 

Semasa program iktihar hidup sedang dijalankan, saya menuju ke pangkalan lain dan sempat mengambil beberapa gambar di pangkalan tersebut. Antaranya : 

1. Ikatan Dan Tali
Dilakukan di bawah flat guru SMK tersebut.

 

2. Orientaring 
Dilakukan sekitar kawasan halaman surau


 

3. Bantu Mula
Dilaksanakan di astaka SMK Kinabutan


Tepat pada pukul 5 petang, semua peserta kembali ke khemah masing - masing untuk membersihkan diri mereka. Kebetulan, ada kenderaan Bomba di sekitar sekolah. Bomba datang ke sekolah untuk membekal air kepada murid - murid.


 

Betapa seronoknya mereka bermandi manda. Pelajar sekolah menengah juga turut menyertai aktiviti ini. Mereka rasa seronok dan gembira. Pada waktu malamnya, semua peserta akan membuat persembahan mengikut kumpulan mereka masing - masing.


 Para pengadil

Pada pukul 11 malam, raptai penuh dilakukan untuk program esok. Esok merupakan pentauliahan leftenan muda untuk guru - guru yang telah dilantik. Tepat pada pukul 12 tengah malam, semua peserta kembali ke khemah untuk berehat.

2 comments:

Niena Muhammad said...

wahhhh best nye :D

rindu plak zaman 2 skolah dlu

Kancil 8349 said...

memang best pun...hehehe..rasa macam nak jadi murid lagi nie

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...