Hari ini, Kancil nak ikut satu segmen yang menarik perhatian Kancil untuk ikut sekali. Memang menarik dan best. Lagipun, mahu menyokong rakan blogger baru nie. So, Kancil akan follow blog dia nie. Segmennya simple je. Kalau nak join, klik kat banner di atas tu.
Sukan kegemaran Kancil nie banyak sangat tapi kalau nak sebut memang esok pun tidak akan habis. Sebab kancil suka mencuba semua sukan. Apapun ada beberapa sukan yang Kancil dah list kat bawah nie. Jom kita baca :
1. Bola Sepak
Zaman sekolah rendah, Kancil digelar kaki bangku. Tidak pandai bermain bola sepak. Tapi teringin sangat nak bermain. So rakan - rakan Kancil menyuruh Kancil menjadi Penjaga Gawang sahaja. Sehingglah Kancil masuk ke tingkatan 3, barulah Kancil menjadi pemain pertahanan. Naik ke tingkatan empat, pemain tengah. Naik ke tingkatan lima, pemain sayap kiri (sebab bawa bola guna kaki kiri). Bila pula naik ke tingkatan 6, kembali menjadi penjaga gol.
2. Futsal
Mula kenal sukan ini semasa di UiTM Shah Alam di semester pertama. Kebetulan kolej kediaman Cendana (seksyen 6) menganjurkan pertandingan futsal. Ikut dengan rakan - rakan dari satu fakulti. Bermula dari universiti sehingga sekarang saya masih bermain futsal. Paling kerap bermain semasa kerja di Kota Kinabalu. Banyak kali menyertai perlawanan persahabatan tapi rekod menjaring hanya 6 gol sahaja. Bukan tidak pandai menjaring, tapi selalu salah masuk...hehehe
3. Bola Keranjang
Sukan ini baru sahaja bagi saya. Ini pun suka dan menjadi kegemaran sebab pengaruh kartun Slam Dunk. Walaupun ketinggian 163 cm, tetapi berjaya menjaringkan bola 3 mata. Senjata paling berbisa...hehehe,
4. Badminton
Sukan ini mula aktif pada tahun ini. Sehingga saya sanggup beli raket Fleet semata - mata minat pada sukan tersebut. Di awal tahun, permainan kelam kabut sedikit. Dah lama tidak main hampir 20 tahun. Hehehe...tetapi sekarang dah ok. Boleh bergelar pemain handalan...hehehe..
Oklah, dah panjang lebar. Dan rasanya ini je yang boleh saya kongsikan. Pencapaian saya hanya setakat perlawanan persahabatan sahaja. Hehehe...
16 comments:
wahhh!best!best!
dulu selalu jugak men badminton,tp skarang jrg2 sudah...
mau join lah segmen ni...
dulu aktif jugak bersukan, skrg dah lama tak join mana2 sukan..
Abby : Jomlah kita beramai - ramai memeriahkan segmen tersebut
Figas : sekali sekala pergi gak bersukan
tq kancil sudi join..:) wahh..bnyk gak sukan..hehe..thankz a lot!:)
Bombay : terima kasih kembali...
da lame tak main badminton! hehe
Sepatu Merah Jambu : hehehehe...thanks follow blog saya...memang best main badminton
jom tgk sape yang join lagi jom..;)
http://bombay-913.blogspot.com/2011/08/segmen-bombay-nak-taw-sukan-kegemaran_02.html
uik, patut la macam pernah baca. ops, terjadi silent reader kejap. hoho. banyaknya sukan. haaa.. atlet eh?
p/s: datang dari segmen bombay :)
boleh jd pengganti khairul fahmi nie untuk sukan bola sepak..hehe
Bombay : saya terjah semalam, tahniah dapat menganjur segmen macam nie
Hira : saya bukan atlet pun...tidak pernah mewakili sekolah...hebat dikalangan kawan je
Dalila : dah tua saya nie...boleh masuk dalam bola sepak veteran sudah nie
byaknye dia suka,hehe.kita sama sbb suka main bola keranjangg :)
wah... banyaknya sukan kegemaran kancil... hehhe... badminton sukan yang paling susah bagi saya.. kelakrkan???
Aten : Mencuba sesuatu...
Permata Biru : ikut kemampuan seseorang, tapi ndak salah kalau kita berusaha untuk bermain kan...mencuba lebih baik dari tak buat apa2
wah...genk dulu men bola jadi petahanan ja huhuhu..tp best,,skng mna dpt lg pengalaman tu
Genk : boleh lagi bah...ikut perlawanan persahabatan je...:)
Post a Comment