Rakan Blogger

Friday, July 29, 2011

Dengki Dengan Kebahagiaan Orang Lain

"Abang! Tengok jiran sebelah...banyak barangnya. Semua second hand. Masih lagi mahu simpan." kata Syikin kepada suaminya Alif. Alif sekadar berdiam dan tidak berkata sepatah pun. Alif memandang jiran barunya. Mereka mengangkat barang dari lori ke dalam rumah. Kelihatan Ismail jiran sekampungnya datang membantu.
 
"Abang tahu...dorang suka buat bising kalau sudah petang. Susah Syikin mahu tidur."

"Biarlah dorang bising, bukan rosak juga rumah kita nie" balas suaminya Alif. Syikin tersinggung dengan kata - kata suaminya. Ingatkan suaminya akan menyokongnya.

"Hah! Mahu ke mana pula tu?" 

"Ke bawah. Tolong jiran baru kita tu."

"Ndak payah! Bagus abang buat kerja di rumah nie. Lagi bagus dari tolong dorang". Alif terdiam. 

***

"Min! Kau pergi bakar mercun nie di sebelah rumah kita" Syikin berkata kepada anaknya.

"Mengapa mahu bakar mercun. Kan maghrib nie Mak?" tanya anaknya Min.

"Mak suruh kau pergi bakar. Pergilah buat." Arahan Syikin. Pada mulanya Min terasa pelik dengan percakapan emaknya. Tapi bila melihat mercun api di tangannya. Timbul perasaan seronok untuk bermain. Dia terus bergerak ke beranda rumah dan membuang mercun tersebut bersebelahan dengan jiran baru mereka.
 
Bunyi letupan tersebut menggegarkan suasana aman di kampung. Lebih terkejut lagi keluarga Madi, jiran baru Alif. Madi sedang mengerjakan solat Maghrib tetapi dia terkejut acapkali terdengar bunyi letupan dari rumah jirannya. Yang menghairankan, letupan tersebut dilontarkan ke arah rumah beliau. 
 
"Min! Jangan main mercun nak. Pak Cikmu tengah sembahyang nie" jerit Dilla isteri kepada Madi. Apabila mendengar suara Dilla menjerit, Syikin pun keluar dari rumahnya.

"Kenapa mahu melarang anak aku main mercun. Ada kami melarang anak kau berkaroke?" Balas Syikin kepada Dilla. Syikin tersenyum bangga melihat Dilla terdiam seperti kebuntuan akal untuk bersuara.

"Woi Mak Cik! Aku  berkaroke bukan waktu Maghrib. Hormat sikitlah kepada orang yang mahu sembahyang." Jerit Milah yang tiba - tiba keluar dari biliknya. Bila Syikin mendengar suara Milah, Syikin terus masuk ke dalam rumah sambil mengheret anak lelakinya.

***
"Aku dengar si Madi balik nie mahu rampas harta orang." Kata Alif kepada rakan - rakannya di warung kedai Mak Sum. 

"Kau biar betul Alif. Tak kan si Madi mahu buat macam tu. Orang kampung kenal dia lebih lama, sebelum kau lahir lagi." kata Jusoh.

"Aku jiran dia. Aku tahulah perangai dia. Kalau korang duduk di tempat aku, baru korang tahu" balas Alif.

***
"Tok Ketua, Isteri Madi si Dilla dah melampau. Adakah patut dia pukul Isteri aku guna kayu. Nasib saya datang menghalang. Kalau tidak mati isteri saya nie, Tok Ketua"

"Alif! Betul ke kau cakap nie? Bila berlaku nie?" tanya Tok Ketua.

"Pagi kelmarin, tengah isteri saya menjemur pakaian. Dia tiba - tiba naik ke rumah dengan membawa kayu di tangannya" balas Alif. Sementara itu, Syikin menangis ketakutan di sesi suaminya.

"Ini tidak boleh jadi. Mereka nie sudah melampau.  Baru pindah dah buat masalah. Sebelum nie tidak pernah terjadi di kampung kita. Tidak mengapa Alif. Saya sendiri berjumpa dengan dorang. Kau baliklah ke rumah. Jangan bertembung dengan mereka.
 
***
 "Melampau juga keluarga si Alif nie. Mereka suka menabur fitnah kat keluarga si Madi tu. Kesian pula aku tengok keluarga si Madi tu." kata Ismail.

"Si Alif tu asyik ikut cakap isteri dia. Bukan difikirnya. Dorang tu yang melampau." balas Jusoh.

"Aku rasalah, keluarga si Alif nie dengki dengan keluarga si Madi nie." kata Ismail sambil memandang ke arah Jusoh.

8 comments:

Abby Salvatore said...

mana2 pon ada org mcm ni kan...sabar jak la...

Gen2Merah said...

dengki di mana2 ada kan... jauhi sifat ini kerana ianya akan merenggangkan hubungan silaturrahim antara kita.

geng, kalau letak gambar lagi ngam untuk menguatkan jalan cerita yang menarik ini..

aizamia3 said...

masih ada orang macam tu..
tak boleh tengok orang lebih dari dia..
sedangkan keadaan sendiri pun taklah se gah mana.. lagi mau tunjuk hebat..
tak bersyukur dengan apa yang ada.. macam dia bagus sangat..

Kancil 8349 said...

Abby : Betul tu...

Gen2Merah : betul tu geng...sal gambar tu sudah cari tapi ndak dapat malah tidak sesuai.

Aizamia3 : Sokong2...

hira said...

hidup berjiran ni kena saling memahami bukan memusuhi.

Kancil 8349 said...

Hira : betul tu...tapi tidak semua seperti yang kita fikir

c genk bah ne said...

dengki sehingga sanggup menabur fitnah..erm...

Kancil 8349 said...

Genk : manusia, ada sahaja yang tidak puas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...