Rakan Blogger

Tuesday, July 5, 2011

Guru Disiplin Atau Guru Kaunseling?


Sememangnya saya bercita - cita menjadi guru sekolah. Mengajar dan mendidik anak bangsa sendiri dan merasa bangga bila anak didik kita berjaya walaupun nama kita tidak disebut. Mungkin ada yang kecewa namun kita harus ingat apa yang kita buat selama ini kerana ikhlas untuk membantu mereka mengenal apa itu membaca, menulis dan mengira.

Baru  -  baru nie, saya ditegur oleh rakan sejawatan saya di sekolah. Katanya ;

"Kamu memang layak menjadi guru disiplin"

Saya hanya mampu tersenyum walaupun dasarnya saya seorang guru kaunseling. Mengapa dia beranggapan sedemikian? Mungkin kerana tindakan saya selama ini yang lebih berat kepada disiplin dan sahsiah murid. Tetapi bila fikir balik, asal masalah disiplin di sekolah, guru kaunseling yang disalahkan. Kata merekalah...tapi syukur ia tidak berlaku di sekolah baru saya nie. Dan bukan tidak ada guru disiplin, dia juga memainkan peranannya penuh tanggungjawab  dan cuma saya juga yang terlebih - lebih...hehehehe

Saya akui, saya lebih kepada disiplin. Tapi saya percaya pada prinsip saya. Menegur kesalahan murid perlukan ketegasan. Kamu berlembutlah kepada murid, suatu masa dia akan pijak kepala kita. Beza dengan pelajar (sekolah menengah), kita kena berlembut...kalau tegas dorang akan berkasar. Itu yang ada kes calar kereta guru dan tumbuk guru.

Sejak saya pindah ke sekolah baru, saya akui ada perubahan yang telah saya buat. Namun tidak semua sedar kerana ia tidak penting dan ia anggap satu perkara remeh. Bukan nak kata saya hebat tetapi kita buat untuk kebaikan mereka. Dan hanya saya yang sedar perubahan tersebut. Sebelum saya melangkah jauh saya kena melangkah dari satu anak tangga ke satu anak tangga. Itu yang telah saya lakukan.

7 comments:

Cinderella said...

cikgu disiplin dan cikgu kaunseling lah saya senang nak ingat..sebab dorang ni lah yg plg sayang kat murid dalam sekolah...kdg2 sampai sakit kepala nak didik anak2 murid sampai jadi insan yg berguna (=

Ums Niza said...

memang betul...tapi seronok bila anak didik berubah menjadi insan yang berguna...

Gen2Merah said...

cikgu Umrah memang hebat..

Ums Niza said...

ndak aku hebat bah Cikgu Jumadil...hehehe

ayanuts said...

ada hrpn jadi guru cemerlang :)

Ums Niza said...

saya anggap ia doa...amin

Lulu Caldina said...

http://lulu-pages.blogspot.com/2011/07/punca-traffik-lulu-pages-minggu-ini.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...