Rakan Blogger

Monday, July 4, 2011

Kebersihan Menjamin Kesihatan


Pada setiap hari Isnin, murid - murid akan berhimpun di tapak perhimpunan. Sebelum berkumpul, pengawas sudah mengambil tempat masing - masing untuk memastikan rakan - rakan mereka beratur mengikut kelas. Dan juga mengawasi pergerakan rakan mereka agar tidak berlaku kemalangan.

Sebelum menyanyikan Lagu Negaraku dan Lagu Sekolah, saya sempat melihat beberapa orang murid lelaki. Pakaian mereka menarik perhatian saya. Awal tengahari tadi, baju putih mereka nampak bersih dan kemas. Kini, berubah seperti kain lap berwarna hitam. Apa yang dibuat oleh mereka sebenarnya.

Pada tanggapan saya mereka mesti bermain sewaktu rehat tadi. Tapi mahu buat macam mana lagi, sudah ditegah dan dilarang tetapi seperti mencurah air ke daun keladi. Mereka lupa bahawa datang ke sekolah untuk menimba ilmu bukan untuk bermain.

Selepas menyanyikan kedua buah lagu, kami seterusnya mendengar ucapan daripada Guru Penolong Kanan Petang. Di dalam ucapan beliau, beliau menyampaikan tentang kebersihan di kalangan murid. Murid - murid mudah terdedah dengan kuman kerana keaktifan mereka berada di sekolah. Biasalah budak sekolah asyik bermain sahaja. 

Beliau memberi nasihat agar murid - murid sentiasa membasuh tangan sebelum makan. Kurangkan bermain ketika berada di sekolah kerana kemalangan mudah berlaku di dalam sekolah. Bukan setakat kemalangan, tetapi mereka akan mudah mendapat kekotoran di badan mereka terutamanya tangan. Tangan yang kotor akan merebak ke tangan kawan yang lain apabila mereka berada di dalam kelas.

Harapan cikgu tersebut, agar murid - murid ini berubah demi kesihatan mereka sendiri. Segala nasihat yang diberikan akan menjadi panduan kepada mereka. Memang betul apa yang dikatakan oleh guru tersebut.

1 comment:

Alya EsprĂ©zzo™ said...

yuhuuuuuuuuu..ehehe terjah dari blog abg ben!! selamat berkenalan.. :)

http://www.alyaesprezzo.com/2011/07/blogundi.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...