Awal pagi, hujan lebat turun. Di tambah dengan bunyi guruh dan kilauan kilat di langit. Gabungan tersebut telah mengejutkan kami sekeluarga. Angin kuat bertiup dari arah Selatan. Pokok - pokok dah mula condong sedikit. Hanya tinggal nak rebah ke bumi sahaja.
Saya sempat meninjau keadaan di luar rumah. Air sudah bertakung di laman rumah. Sememangnya kalau hujan lebat, pasti air bertakung. Warna yang jernih dan suci tapi bila kering meninggalkan lumut berwarna hijau. Saya membuka daun pintu hadapan rumah. Seekor anak kucing putih milik keluarga kami sedang berlindung dari tekena hujan.
Saya mengambilnya dan menutup kembali pintu dan menuju ke dapur. Isteri saya sekadar memandang sambil mengekori gerak langkah saya. Sampai ke dapur, terus saya membuka pintu. Anak kucing yang berada di tangan saya terus saya letak di anak tangga. Anak kucing tersebut lari ke bawah rumah. Saya turun beberapa anak tangga. Memerhati keadaan bawah rumah. Kalau - kalau anak kucing yang lain sedang berlindung.
Sedang sibuk memerhati, tiba - tiba kilat menghentam bumi. Terkejut kami suami isteri. Saya terus meloncat masuk ke rumah tanpa menoleh ke belakang. Spontan gerakan saya. Takut - takut tempias kilat mengena badan...(andaian saya). Isteri terus memeluk. Katanya, kilat tersebut berhampiran dengan rumah. Nasib kami tidak apa - apa dan bersyukur masih diberikan nyawa.
Teringat masa di Kota Kinabalu, seorang pencuri mati disambar kilat ketika cuba mencuri besi di Penampang. Sudah ajal orang tersebut. Cuba mencuri tapi tidak sempat dan mati di tempat dia nak curi. Kami duduk di ruang tamu rumah. Berbual - bual kosong untuk menenangkan hati dan fikiran. Kami sempat bercerita mengenai keadaan sekolah lama saya. Kalau hujan seperti ini, pasti ramai murid yang tidak hadir. Kerana kebanyakan mereka berjalan kaki ke sekolah.
Tepat pada pukul 8 pagi, keadaan hujan reda sedikit. Saya memerhati di hadapan rumah. Ada sebuah kereta putih 'parking' di depan rumah. Mesti air sudah naik. Saya memandang ke arah rumah Pak Cik Abbas. Jelas air sudah naik. Harap - harap ia tidak sampai ke depan rumah.
10 comments:
ALHAMDULILLAH.. DI MELAKA PON HUJAN JUGA PAGI TADI..
Fairus : masa nie hujan dah berhenti tapi air sungai masih melimpah...jarak dari rumah 100 meter lagi...
ala geng..panjangnya....tulis je 250 perkataan...baru mantop!!!
hehehehe...kalau sedikit ada pula yang ndak faham jalan cerita...
Mati ketika mencuri... disambar petir pula.....Hmmm......
wah..cam bace buku cerita,tp seronok..hihi,de elemen suspen disitu....hihi,=)
yang mati kena sambar petir itu, mawar ada dgr... kalau tak silap dekat area sepanggar..
masa nie tahun 2007 dik Mawar...dan area penampang. 1 dunia bergegar bila kilat menyambar bumi. Masuk tv3 lagi...hehehe..mungkin itu yang terbaru
dasyat kan cuaca semalam... ramai murid sekola yg x dtg
eya geng...aku baca kau punya blog pun...aku dah seram sejuk...dalam keadaan kalut tu pun aku sempat ingat korang di sana....heheheeh
Post a Comment