Rakan Blogger

Saturday, July 9, 2011

Guru, Manusia Biasa Juga


Baru - baru nie saya ada post sesuatu di dalam FB saya. Saya ini berkongsi  pengalaman dan cerita dengan rakan - rakan. Meluahkan rasa yang terpendam akibat gelagat murid - murid sekolah yang pelbagai. Supaya di luar sana faham akan tanggungjawab dan peranan seorang guru. 

Tapi, itulah manusia. Ada sahaja yang tidak puas hati dan dengki. Tanpa menjaga air muka orang lain, ikut sedap mulut bercakap dan menuding orang tanpa usul periksa. Yang penting dia betul sedangkan apa yang dinyatakan membuatkan orang lain terasa dan tersinggung.

Rasa - rasanya, ada berpendapat bahawa seorang guru harus bersikap demikian. Baik, jujur, amanah, bertimbangrasa dan segala sifat - sifat yang terpuji. Dan ada juga berpendapat, guru tidak seharusnya bersikap macam ini macam itu. Sifat - sifat jahatlah.

Tapi, sedarkah kamu bahawa guru adalah seorang manusia?. Manusia yang mempunyai sifat dan sikap yang sama seperti kamu. Yang tidak terlepas dari melakukan kesalahan dan memiliki kelemahan tersendiri. Yang mempunyai hati untuk bersuara dan meluahkan malah ada perasaan. Guru bukan robot dan perisian yang boleh diprogramkan dan dibentuk secara fizikal mengikut kehendak masyarakat sekeliling.

Sebenarnya, saya rasa kecewa sangat dengan orang tersebut. Dia mengaibkan saya di dalam fb saya yang mana ramai rakan - rakan membacanya. Guru seperti saya tidak bersyukur. Terkejut!... Memang hak dia, tapi cara penyampaian dan apa tujuannya. 

Bila dia diaibkan. Marah kepada saya. Removekan saya dari list friend dia...rasanya dia dah sekat fb saya. Dah warna hitam nama dia dalam post fb saya pagi tadi. Rasanya dia malu kerana diaibkan. Dia ingat guru seperti saya tidak bersuara dan tidak bercakap. Kalau ini dikatakan ego olehnya...saya akui....tapi mana ada manusia tidak mempunyai ego. Kerana egonya, dia removekan saya.

8 comments:

Gen2Merah said...

nak menegur boleh, tapi jangan lah sampai mengaibkan orang depan umum kan.. lebih2 lagi di FB yang semua orang membacanya..
Sabar sajala cikgu ums

Ums Niza said...

thanks geng...dugaan kita sebagai guru...dari murid, ibubapa sampai rakan - rakan...apapun moga kita diberikan petunjuk daripada - Nya...

Fad said...

cuba bg dia ngajar seminggu..sure kucar kacir..huhu..dia xrasa lg guru ni kena ada sifat sabar dlm diri..kalau xde pn mmg kena pksa tanamkan sifat tu...ckp memamng senang..parents kalo cuti sekolah pun anta anak kat kg...sbb pe?mgkin keje n payah nk jg..tu br 3,4 org anak..guru?satu kelas 40 org..tu pun xley pk n tolak ansur ke ngan guru..huhu

Cinderella said...

kenapa lah org zaman sekrang ni xboleh nak rexpect guru..selepas ibu bapa guru2 lah org yg patut kite respect..tanpe guru siapalah kite

Ums Niza said...

Fad : saya setuju dengan cadangan kamu tu...ndak payah seminggu sehari sahaja dah sakit kepala.

Cinderella : bila rasa diri mereka hebat sehingga lupa kehebatan orang lain....mereka hebat pada bidang mereka sahaja dan bukan semua...

miszatie said...

guru perlu menjadi seorang pendidik..sebab bukan sme guru pendidik..murid-murid dan org sekitar perlu menghormati guru kerana dari gurulah lahirnya glongan cerdik pandai sekarang...:)

husin said...

http://fahmi-nik.blogspot.com/

hyemynameisrasyid said...

ish.,cmni pon ada ke.,
kalau nk ilmu berkat,.kene hormati guru.,dan tegur ada caranya.,ikut cara islam.,xleh la suka2 hati mengaibkan org kn.,

nice blog anyway.

salam perkenalan dari Alahai~ jemput la ye^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...