Rakan Blogger

Saturday, July 16, 2011

Majlis Permuafakatan PIBG SK St Patrick Tawau, 2011


Seawal pagi, saya sudah bersiap untuk ke sekolah. Tidak mahu datang lewat takut kesesakan lalu lintas. Kebetulan sekolah menengah di sebelah sekolah kami mengadakan aktiviti yang sama. Sebelum pukul 7 pagi saya sudah berada di sekolah dan terus mendaftar nama ke pejabat Penolong Kanan.


Gambar di atas adalah keadan sebelum acara bermula. Saya sempat mengambil gambar sebelum mendaftarkan kehadiran saya di pejabat Penolong Kanan. Pada masa ini, ada seorang rakan sejawatan meluahkan rasa bimbang jika tiada sambutan daripada ibu bapa. Saya memberitahu kepadanya ia masih awal untuk memastikan keadaan tersebut.


Dalam pukul 7.45 pagi, dewan terbuka sekolah sudah mula sesak dengan kehadiran ibu bapa. Nampaknya, ramai guru menarik nasib lega begitu juga dengan para pentadbir sekolah. Kehadiran ibubap yang ramai menunjukkan bahawa mereka prihatin dengan anak - anak mereka.

Hari ini, saya bersama seorang guru pemulihan menjadi juruacara pada majlis tersebut. Persediaan sudah kami buat  lebih awal. Biasalah kalau muka baru, banyak  bertanya itu ini kepada senior. Semalam, kami bersepakat untuk memakai pakaian bertema warna hijau tua. Ramai rakan sejawatan menegur warna pakaian kami. Tapi meja di dalam gambar ini kebetulan diberikan kepada kami oleh AJK Perhiasan Pentas...heheheh....itu tidak dirancang.

Jom kita lihat aturcara sepanjang majlis ini dilangsungkan :

8.15 pagi
Ketibaan Yang Berhormat Encik Abdul Muis Bin Picho, ADUN N60 Sebatik, Diiringi oleh Tuan Haji Herman Bin Kuraga, Wakil Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Tawau. Setiba dipentas, warga dewan menyanyikan lagu Negaraku.

Ucapan kata alu - alu oleh Yang Dipertua PIBG, Tuan Haji Ahmed Bin Tapah.

Ucapan oleh Tuan Haji Herman Bin Kuraga. Wakil Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Tawau,

Ucapan Perasmian oleh Yang Berhormat Encik Abdul Muis Bin Picho, ADUN N60 Sebatik.

Ceramah Motivasi : Melahirkan Anak Cemerlang : Di Mana Peranan Kita? yang disampaikan oleh Encik Lakarni Bin Lamadiangi

Ucapan Penggulungan Oleh Encik Joseph Tabad Angin, Guru Besar SK St Patrick Tawau.

Cabutan Bertuah
Sumbangan daripada Encik Zainal, Syarikat Raspand Sdn Bhd, Hotel Marco Polo.

Jamuan Ringan

Bersurai.





2 comments:

Ce'gu JAERA said...

wah..ikgu ums dengan Ketua Zon Pemulihan bandar utara,, cikgu arfah.. mesti mantap kamuorang jd MC ni kan..

Kancil 8349 said...

ndak juga mantap...banyak kekurangannya..kami perlu banyak belajar lagi...hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...