Rakan Blogger

Saturday, July 2, 2011

Pelancaran Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia Peringkat Sekolah St Patrick, Tawau


Tepat pada pukul 6.30 pagi, seluruh warga SK St Patrick telah berhimpun di dewan terbuka sekolah tersebut. Keadaan jalan raya mula sesak kerana hari ini merupakan hari persekolahan walaupun hari Sabtu. Semua warga SK St Patrick, Tawau sudah mendaftar sebagai pelari terutamanya murid - murid sekolah.




Sebelum acara tersebut bermula, beberapa orang guru sedang membuat persiapan terakhir. Memastikan peralatan - peralatan yang diperlukan dapat digunakan. Selain itu, mengatur dan mengawal murid yang hadir pada hari ini. Hanya murid - murid sidang pagi sahaja yang hadir ke sekolah.


Tepat pada pukul 7.10 pagi, tetamu kehormat tiba di sekolah iaitu Yang Berhormat Encik Pang Yuk Ming. Beliau akan merasmikan pelancaran tersebut. Pada pukul 7.25 minit pagi, ucapan perutusan Yang Amat Berhormat Dato Mahyuddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Pelajaran Malaysia yang berlangsung di Taiping Perak.




Selepas ucapan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, acara diteruskan dengan ucapan Guru Besar SK St Patrick iaitu Cikgu Joseph Tabad Angin dan ucapan perasmi Yang Berhormat Encik Pang Yuk Ming.



Selepas ucapan, Yang Berhormat menerima cenderahati daripada pihak sekolah atas kesudian beliau hadir bersama - sama menjayakan program ini.


Acara diteruskan dengan senaman aerobik. Hehehe... saya yang conduct senaman tersebut dengan dibantu oleh rakan - rakan sejawatan. Alhamdulillah mereka berpuas hati. Hampir 30 minit senaman dilakukan. Selepas senaman, semua tetamu dan murid berehat selama 10 minit.

 
   
 

Selepas 10 minit, acara larian dilaksanakan dan ia telah dilepaskan oleh Yang Berhormat Encik Pang Yuk Ming di dewan terbuka sekolah. Murid - murid berlari menggelilingi padang sekolah menengah. Selepas berlari, murid -murid akan menjamu selera yang telah disediakan. 



 


 
 
Acara diteruskan lagi dengan aktiviti permainan bola tampar. Ketika saya menaip blog saya, acara tersebut sedang  berlangsung. So saya tidak masukkan gambar tersebut.

2 comments:

Ce'gu JAERA said...

tahniah SK st patrick.. naseb baik tak ujan.. kalau tak adalah berlari dalam kelas je.. ekeke

Kancil 8349 said...

Terima kasih Dil...kalau hujan pun boleh lari kat dalam dewan terbuka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...