Rakan Blogger

Wednesday, July 27, 2011

Klinik UPSR SK St Patrick, Tawau


Sebelum berpuasa, Unit Bimbingan Dan Kaunseling dengan kerjasama guru - guru Tahun 6 telah mengadakan klinik UPSR. Klinik ini berlangsung selama 5 hari bermula pada 25hb Julai (Isnin) hingga 29 hb Julai 2011 (Jumaat). Masanya bermula pada waktu 7 pagi hingga 12 tengahari setiap hari. (Kecuali hari Jumaat)

Seramai 163 orang murid Tahun 6  yang menyertai klinik UPSR anjuran pihak sekolah. Klinik ini mendapat sambutan baik daripada semua murid. Sepanjang klinik ini berlangsung, banyak perkara yang mereka dapat antaranya tips - tips menjawab soalan peperiksaan dan teknik belajar yang betul.

Pada hari ini, saya telah diberi tanggungjawab untuk memberi motivasi kepada murid - murid tahun 6. Motivasi saya pada hari ini menekankan kepada tingkahlaku dan perangai mereka. Bertingkahlaku sebagai seorang manusia yang sedar akan tanggungjawab mereka sebagai seorang penuntut ilmu. Yang sedar bahawa banyak benda lagi yang perlu mereka belajar untuk menghadapi cabaran di masa akan datang.

Tempoh masa motivasi saya hanya 35 minit sahaja. Syukur, semua murid dapat memberi tumpuan kepada penyampaian saya. Malah mereka faham apa yang saya sampaikan. Saya berharap mereka sedar akan tanggungjawab yang mereka pikul. Dan dapat memikirkan masa depan mereka dan keluarga mereka.

Jom kita lihat gelagat anak - anak bangsa kita : 
 
 

4 comments:

ayanuts said...

huhuhu..bl tgk pic teringt blk zaman sekolah dl

Kancil 8349 said...

zaman sekolah adalah zaman paling seronok

Syahadah_Li said...

bgusnya....kee it up kancil..

Kancil 8349 said...

Asiah : Terima kasih...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...