Awal pagi pagi nie, selepas solat Subuh. Saya terus menghadap laptop dan pasang broadband. Menerjah blog - blog orang dalam masa sama saya buka facebook saya. Terasa pelik pada header FB dekat link pesanan. Ada mesej masuk. Check...tak de pula.
Gi halaman lain, ada muncul lagi 1 mesej...check lagi tak de. Di dalam fikiran saya hanya satu, delete semua pesanan. Mungkin kita boleh tahu apa masalahnya. Sebelum delete semua mesej, satu mesej yang menarik perhatian saya. Mesej dari rakan blogger saya. Bila saya klik mesej tersebut. Nama nickname warna hitam dan gambar pun tak de.
Aduh! tak kan dia remove saya dari list fb dia. Apa pula dosa saya nie? Rasa tidak sedap hati. Walaupun kami berkenal di alam maya terutamanya di dunia blog tetapi saya rasa gembira jika dia ada di dalam fb saya. Ada je perkataan yang menarik di wall dia dan dia pula pasti akan meninggalkan jejak di wall saya dengan menanda 'like'.
Hampir setengah jam saya mencari...orang kata kita kena berusaha. Tetiba, fb dia muncul. Macam biskut pula...hilang muncul. Terus saya mesej dia. Nak tahu dari dia mengapa terjadi macam tu. Sememangnya dia seorang yang ramah dan baik, tu yang sebab saya suka berkawan dengan dia. Dia terus membalas mesej saya dan sekali gus memberi penjelasan mengapa ia terjadi. Katanya dia 'deactive' fb supaya tiada yang tersinggung sebab dia sibuk dengan kerjanya.
Alhamdulillah bila dia berkata demikian. Fahamlah saya...hak dia dan kena hormati. Ingat dia dah remove kan saya dari fb dia...kot - kot ada yang marah....hehehe...apapun saya memang terasa bila saya anggap kawan, tanpa sebab removekan saya dari list dorang. Kerana bagi saya, mereka penceria hidup saya. Tanpa kawan siapalah kita...
Saya akui, ramai sudah yang removekan saya dari list mereka. Sedih memang sedih tapi hak mereka. Tanpa sebab tu...tapi dalam hati sentiasa berfikir, yang hilang pasti berganti...walaupun tidak seperti sebelum ini.
No comments:
Post a Comment