Rakan Blogger

Tuesday, July 12, 2011

Bermandi Manda

Seperti biasa, apabila kami balik ke kampung. Pastinya air lautlah yang kami akan pergi sebelum balik ke Tawau. Orang kata tidak lengkap kalau tidak rasa mandi air laut.  Walhal, tiap - tiap hari nampak air laut di Tawau. Cuma, seronok mandi di Semporna. Sebabnya air bersih dan jernih.

Pada mulanya, kami merancang mandi di Pokas. Satu tempat baru yang ramai orang kunjungi terutamanya orang Semporna. Perjalanan dari kampung ke Pokas mengambil masa 30 minit. Kami melalui kawasan Kampung Bukit Lalang. Di kawasan tersebut terdapat dua buah sekolah iaitu SMK Panglima Abdullah dan SMK Panglima Abdullah 2.

Sampai di Pokas, kami merasa hampa sedikit. Air masih surut. Sudah dua kali kami datang ke sini. Kebetulan air surut. Silap kiraan orang kata. Di bawah adalah beberapa keping gambar di kawasan tersebut.



So, bincang punya bincang. Kami bersepakat adik beradik bergerak menuju ke Kampung Tampi - Tampi. Tempat di mana Saiful Apek dan Maya Karin berlakon dalam Filem Duyung. Sampai di kawasan tersebut, saya merasa terkejut. Tidak sangka ramai juga yang datang ke sini. Mungkin kerana hari minggu. Kebetulan ada sekumpulan remaja membuat parti sambutan hari jadi rakan mereka.

Niat kami memang mahu mandi ke sana. Tidak kisah ramai orang, yang penting niat tercapai. Setelah membayar RM 16 (RM 2 untuk seorang), kami mencari tempat yang sesuai. Kebetulan tempat tersebut belum ada orang. Kami simpankan barang - barang kami di sana. Tanpa membuang masa, terus masuk ke dalam air. Terlalu asyik bermandi sampai terlupa mahu mengambil gambar kami di dalam air. Tapi sempat mengambil keadaan sekeliling. Jom lihat...

 
 
 
 Gambar di atas adalah Pulau Bum - Bum dan di sebelahnya adalah restornan...jernihkan airnya

2 comments:

~iz~ said...

best tengok tempat ni...tenang dan damai jer..:)

Kancil 8349 said...

ada banyak lagi dalam entri saya...jommlah baca...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...