Rakan Blogger

Tuesday, March 6, 2012

Orang Sombong Tidak Akan Maju

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Bermula semalam, sekolah tempat Kancil kerja sudah memulakan peperiksaan penggal pertama. Tentunya, Kancil akan terlibat dengan menjaga kelas sepanjang peperiksaan berlangsung. Penggal nie, Kancil menjaga sebanyak 5 buah kelas. Memandangkan peperiksaan bermula, maka program pengurusan diri terpaksa ditangguh sehingga cuti sekolah habis.

Mana tidaknya, minggu depan dah mula cuti semester pertama. Tentu ada aktiviti yang ingin dilakukan pada cuti sekolah nanti. Buat masa nie, Kancil tidak merancang mahu ke mana - mana lagi. Dah panjang mukadimah entri Kancil nie. Hehehe...

Tadi terbaca satu post ringkas dalam FB daripada sepupu Kancil yang berbunyi "Orang Sombong Tidak Akan Maju". Simple je tapi membawa makna yang mendalam. Benarkah apa yang dikatakan olehnya atau sebaliknya. Apa pandangan rakan blogger lain?

Dari pandangan Kancil pula, untuk maju kena mesra alam dan jangan sombong dengan orang lain. Melalui kemesraan orang lain akan senang mendampingi kita. Malah senang berurusan dengan kita. Dari sikap ini, akan membuatkan orang sentiasa mendoakan rezeki kita. Tapi pelik, belum kaya dan belum terkenal sudah mahu sombong. Mengapa ia terjadi macam nie?

Kerana, manusia inginkan kesempurnaan. Inginkan sesuatu yang dibanggakan. Kancil tidak nafikan bahawa Kancil mempunyai sifat sombong juga. Sombong kepada mereka yang sombong pada Kancil suatu ketika dulu. Masa Kancil tidak memiliki pekerjaan dan sebagainya. Tapi, Kancil tidak sombong pada orang yang baru Kancil kenali. Hehehehe..

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

15 comments:

Ckin Kembaq said...

saya sangat setuju..kena belajar utk ramah walaupun tak ramah.. ^_^ cuba dan cuba..

Aien Not Alien said...

jadi mesra alam yang berpada-pada sikit untuk mudah didampingi...


orang bodoh sombong selalu rugi...hehe..


kancil tak sombong...saya tahuuu... :)

✽ ⓔ ⓔ ⓘ ⓨ ⓢ ⓢ ✽ said...

tidak ramah tidak semestinya sombong , kita boleh jadi mesra walau xperamah . cane tu ? jangan sombongla... hohoh (^___^)

.: mama lynn :. said...

insya Allah takkan menyombong

Adylia Qarissa said...

buat perempuan jangan terlalu ramah takut nanti orang pikir yang negetif tapi jangan terlalu sombong sebab sombong kita yang rugi..heheheee...

yang penting pertuturan kena jaga.. entry kancil ada sedikit persamaan dngn entry dkna :p

Yatie Awang said...

akak setuju ngan kancil..

memang sakit hati kan kalau orang sombong..kalau jumpa orang macam tu, rasa cam macam2 nak kata...adeeehhhh sabar je lah

✽ ⓔ ⓔ ⓘ ⓨ ⓢ ⓢ ✽ said...

respon n3 'terharu...':hohoh ada pro dan kontranyer... (^___^)

Gen2Merah said...

yaa.. org yang sombong takkan ke mana punya kan

maszull said...

assalamualaikum kancil...betul tu org yg menyombong ni tak akan kemana tapi kalau nak menyombong tu boleh tapi kenalah juga lihat pada siapa yg kita harus menyombong itu...

kalau nak menyombong pada org yg pernah sombong ngan kita dulu rasanya x salah kot tapi biarlah kena pada masanya....

Santri T.P.I.N.I said...

betul apa yg ditulis oleh kancil ni... org sombong rugi...

Dania Eryati said...

ya betul tu...sy tdk sombong..tp ada org cakap saya sombong..huhuhu...

remyhazza said...

buat apa nk hidung tinggi.... sedangkan bumi yg kita pijak masih sama sama berkongsi....

cIk JanNah said...

tak paham kenapa kadang2 ada org nak sombong. padahal sifat tu paling dibenci rasulullah saw. kata orang biar bodoh tapi jangan sombong. :P

3no gr33ny said...

orang sombong memang akan selalu rugi dan akan ketinggalan dalam semua perkara..bukanlah susah utk bermesra dengan org sekeliling..hanya senyum dan tegur bila senyuman dibalas balik..kan mudah =)

sahabat Kancil memang tak sombong orangnya..hehe

Ezad Skytech said...

jgn terlalu menyombong diri..nanti ramai yg menjauhkan diri dr kita...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...