Rakan Blogger

Monday, July 25, 2011

Adik Jadi Abang Sebab Dia Kaya, Abang Jadi Adik Sebab Dia Miskin


Jika ada yang tersinggung dengan cerita ini saya memohon maaf. Mungkin ia kebetulan sahaja. Apapun cerita ini sebagai perkongsian ilmu dan iktibar untuk kita semua. Benda nie bukan cerita rekaan tetapi realiti kehidupan. Kehidupan yang ditanggung oleh seseorang yang bergelar abang dalam keluarga. Ia bukan juga cerita yang saya ambil dari drama tempatan mahupun drama luar negara. Ia berlaku di sekeliling kita.

Kisah bermula apabila seorang abang yang berhempas pulas mencari makanan untuk adik - adiknya yang masih kecil. Membantu mak bapanya mencari duit untuk perbelanjaan adik - adiknya belajar. Si Abang rasa gembira bila mendapat tahu adik - adiknya berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negeri. Setiap kali adik - adiknya meminta duit, abang merekalah  yang mengirimkan duit untuk mereka.

Beberapa tahun di perantauan, mereka kembali membawa segulung ijazah dan ditawarkan kerja di sektor kerajaan. Mereka memiliki sebuah rumah dan beberapa buah kereta untuk kemudahan mereka sekeluarga. Mereka menjadi kaya dan berharta. Mereka juga sudah berumahtangga. Lain pula halnya dengan abang mereka. Hidupnya sederhana bersama keluarganya.

Setiap kali cuti sekolah, adik - adiknya tidak pernah mengunjungi rumah abangnya kerana mereka malu abang mereka miskin. Mereka malu kepada isteri - isteri mereka. Tapi mereka tidak malu mengarah abang mereka mencari makanan di laut mahupun di darat. Mereka suka duduk di rumah menunggu makanan tanpa berbuat apa - apa sedangkan mereka sudah besar panjang. Bagi si Abang, dia tidak kisah selagi adik - adiknya mengganggapnya sebagai abang walaupun diperlaku sedemikian rupa.

Orang kampung merasa sedih dengan keadaan abang mereka. Sehingga ada yang berkata, adik - adiknya tidak mengenang budi di atas pengorbanan abang mereka. Lebih mengecewakan mereka menghina abang mereka miskin dan tidak setaraf dengan mereka. Mereka melontarkan pelbagai fitnah ke atas abang mereka agar abang mereka dipandang hina oleh orang kampung. 

Orang kampung bukan buta dan pekak. Orang kampung mengenali abang mereka. Orang kampung simpati dengan keadaan abang mereka. Pernah sekali, abang mereka sakit dan terlantar di rumah. Tidak seorang pun adik - adiknya datang menemuinya di rumah. Tidak seorang pun bertanya khabar kepadanya. Disebabkan mereka kaya, apa yang mereka minta pastinya abang mereka buat walau  abang mereka sakit.

Dalam keluarga mereka, bila orang itu kaya maka dialah abang dan yang miskin itu adalah adik.  Kerana abang mereka sahaja yang miskin, mereka menganggapnya adik mereka. Mereka boleh buat apa yang mereka suka. Tanpa menjaga perasaan abang mereka pun.

6 comments:

hajar said...

biarlah Allah yang membalas semua kebaikan Si abang. buat si adik2... ingatlah hidup ini ibarat putaran roda adakala kita di atas & adakala kita dibawah....

Kancil 8349 said...

Azam : kalau kita hidup di zamam koboi...bolehlah kita buat

Hajar : Betul tu

aamalinaazman said...

hayoo
semoga kite x mnjadi spt ini kan..

Kancil 8349 said...

Aimie : Amin....

Unknown said...

grrrr..dasar tak kenang budi.huh!
p/s:emosi trlebih.

Kancil 8349 said...

Sakura : Sesiapa pun boleh marah kan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...