Rakan Blogger

Friday, July 22, 2011

Bila Dua Gergasi Menjadi Teman

Entri ini bukan menunjukkan kita hebat mahupun rasa sombong. Cuma ingin berkongsi perasaan kepada rakan - rakan blogger kerana saya pasti mereka rasa apa yang saya rasa pada ketika ini. Gergasi di sini bukan bermaksud mereka nie ganas atau tidak bermoral tetapi ia bersesuaian dengan kekuatan dan pengalaman malah pengaruh mereka di dalam dunia blogger.

Saya rasa berbangga dan berbesar hati, apabila dua orang blogger otai sudi menjadi follower saya. Seperti seorang menteri mengunjungi ke rumah kita dengan meninggalkan bukti akan kehadirannya. Sama juga dengan seorang artis. Apapun, entri ini untuk mereka.





Terima kasih banyak kepada mereka berdua kerana sudi singgah dan menjadi follow kepada blog saya. Yang blogger baru, kamu boleh seperti saya jika berusaha dan sentiasa mengikuti segmen mereka berdua dan tidak lokek untuk meninggalkan jejak kamu di blog mereka. Insya - Allah mereka akan membantu kamu dari segi penambahbaikan dan mempromosi blog kamu.

Apapun, saya tidak akan lupa kepada orang yang banyak membantu saya dalam dunia blogger nie. Dia banyak memberi tunjuk ajar dan panduan malah memberi nasihat  kepada saya memperbaiki dan menambahbaik blog saya. Dia adalah sahabat saya :

1. Cikgu Jumadil...Gen2Merah.blogspot.com

13 comments:

Ainul Hayat said...

wah....dua blogger hebat follow blog kamulah. cayalah. hehehe...Encik Gen2Merah ni pernah komen dekat entri saya, kenalan awak ek?

Kancil 8349 said...

Ainul : Terima kasih kerana singgah dan tinggalkan jejak...Encik Gen2Merah tu merupakan rakan sejawatan saya di SK Batu Payong sebelum saya berpindah ke sekolah bandar...

Ainul Hayat said...

Owh...ok2...padanlah pun. HEHEHE...apa-apa pun selamat berblog yer. Lepas ni mesti saya selalu kunjungi blog kamu. Memang Sabahan eh?

aizamia3 said...

pernah jengah blog Gen2Merah tu..

Kancil 8349 said...

Ainul : hehehe...selamat berblog untuk kamu juga...saya memang Sabahan

Kancil 8349 said...

Aizamia3 : dia rakan seperjuangan yang baik

MizzTina said...

wahh..MK ada di situ..hehe

tahniah, otai2 blog dh menjadi follower kancil..

Kancil 8349 said...

Mizzkechique : Terima kasih...

AsyieqiN Rkey said...

gilerr...bestttnyeeeee

aamalinaazman said...

waaaa..best le..hehehe
tahniah!
saya pon dok sabah~ kk
dah follow =)

Anonymous said...

wah,sukanya dia.. =D

Ce'gu JAERA said...

wakakaka... blog aku pun kena promote di sini ya.. tima kasih cikgu Ums... eehehe
Bestnya Ben Ashaari dan Lulu Caldina sudah bertapak di sini.. satu penghargaan tu ums.. selamat maju jaya dalam dunia blogging..

Kancil 8349 said...

Asyieq : makasih memahami perasaan saya

Aimie : terima kasih ....saya di Tawau...dulu je di KK

Lia : :)

Gen2Merah : Terima kasih kembali pok...ini semua kerana jasamu geng

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...