Rakan Blogger

Friday, July 22, 2011

Bulan Kebersihan Peringkat Sekolah, SK St Patrick, Tawau 2011


Program yang seterusnya selepas perkhemahan ialah program Bulan Kebersihan. Program ini dianjurkan oleh Unit Kebersihan Sekolah. Di program ini saya menjawat sebagai Ketua AJK Banner. Saya bertanggungjawab untuk menyediakan banner untuk program tersebut. Seperti gambar di atas. Itulah banner yang dibuat kat kedai.

Gambar di bawah merupakan ceramah yang dibuat oleh ahli Bomba cawangan di Tawau. Ia dibuat pada sidang pagi untuk murid - murid tahap 2. Bermula pada pukul 10.30 pagi sehingga 12.00 tengahari.


 
 

Gambar di bawah adalah pertandingan lukisan oleh murid - murid tahap 1 yang dilakukan pada hari Jumaat. Semua murid tahun 3 berhimpun di dewan terbuka. Mereka rasa gembira dan seronok membuat aktiviti ini.
 
 


Manakala murid - murid tahun 1 dan tahun 2, mereka mengikuti pertandingan mewarna. Mereka tidak dibenarkan keluar dari bilik kelas. Bimbang mereka tidak terkawal. Setiap kelas dijaga oleh guru yang mengajar pada masa tersebut. Tema kali ini adalah menjaga kebersihan alam sekitar.

Minggu depan, baru diketahui siapa pemenangnya. Banyak aktiviti yang dilakukan namun saya tidak sempat menyertai kerana saya menyertai perkhemahan baru - baru ini.

2 comments:

tia @ Ini Kisah Tia said...

wahhhh . dapat jugak asah bakat budak2 tu :)

Kancil 8349 said...

itulah tujuan utama program ini ditujukan....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...