Rakan Blogger

Wednesday, July 27, 2011

Dugaan Pada Hari Rabu


Awal pagi, saya sudah bersiap ke sekolah. Seperti biasa saya akan meletakkan kereta saya di tempat letak kereta guru. Tapi tempatnya berbeza dari hari sebelumnya. Saya meletakkannya jauh sedikit dari bilik guru. Memandangkan saya memberi motivasi untuk murid tahun 6 pada hari ini dan tempatnya di astaka sekolah. Jauh dari pandangan saya untuk melihat kereta saya. 

Sewaktu petang, saya menjenguk kereta saya dalam pukul 3  petang. Semakin saya menghampiri kereta saya, semakin berdebar dan tidak sedap hati. Saya ternampak sesuatu yang ganjil berlaku di tepi pintu kereta saya. Kesan calar duit syiling 10 sen @ 50 sen.

Ya Allah! apa yang dorang buat nie?" Itu sahaja yang mampu saya katakan di dalam hati saya. Pada mulanya saya sakit hati dan rasa kecewa kerana diperlakukan demikian. Ingin sangat nak berjumpa pelakunya. Mahu sahaja memukul pelakunya. Perlahan - lahan saya menarik nafas dan mengucap banyak - banyak untuk mengawal kemarahan saya. 

"Tidak mengapa, cat je yang dicalar...bukan cermin pecah dan tidak rosak pun kereta saya" Itu yang lahir dari hati saya untuk bertenang. Sambil mengukir senyuman meninggalkan kereta saya di tempat letak kereta. Marah pun tidak guna. Mereka masih budak dan tidak sangka benda seperti ini  boleh berlaku di sekolah rendah.

Apapun, saya bersyukur ia tidak teruk sangat walaupun ia bercalar. Anggap je dugaan saya sebagai seorang guru yang mengajar di bandar. 

P/S : saya berusaha untuk mengambil gambar calar tersebut tapi tidak dapat. Sebab ia tidak terang.

14 comments:

Lulu Caldina said...

semoga kamu dibalas dengan 1000 kebaikan...

Kancil 8349 said...

Amin....

Terima Kasih Cik Lulu..

aamalinaazman said...

hayoo
semoga baek2 aje ye
>___<

Ce'gu JAERA said...

dugaan tu ums utk kita bergelar cikgu2 d sekolah ni

aizamia3 said...

sabarlah..
memang rasa sakit hati tapi kalau marah pun bukan boleh pulihkan calar tu..

ai pun pernah kena.. parking kat tepi jalan, tak sampai 5 minit tengok keretaku sudah bercalar teruk gak.. sebab dilanggar oleh basikal.. huhuhu...

Kancil 8349 said...

Aimie : eya....:)

Gen2Merah : eya Cikgu Dil...memang dugaan

Aizamia3 : Memang bersabar nie dan betul apa yang kamu katakan tu

Terima kasih semua

Shaherah said...

lar yeke.. sekolah rendah dah ade gak kes2 ni ea.. shera ingat kat skolah menengah jek.. serius tak sangka..

Kancil 8349 said...

Shaherah : Zaman dah berubah...pengaruh sekeliling menjadikan mereka seperti ini.

Anonymous said...

budak-budak zaman sekarang..kecil-kecil pun sudah buat vandalisme.

Kancil 8349 said...

Lia : tulah pasal...risau dibuatnya...nie baru seorang guru...kalau bertambah macam mana...

Judh said...

hope mreka sedar apa yg mrke da buat :) sabar lahh . . :)

Kancil 8349 said...

Dududu : harap2 mereka sedar...

Unknown said...

sabar ye akak..
budk skunk memang kohajo.

Kancil 8349 said...

Minah Blur : Terima kasih...memang bersabar sudah nie...sebab itu mahu diajar mereka menjadi seorang manusia...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...