Masa kerja kat Kota Kinabalu dulu, selalu balik lewat. Tiada apa mahu dibuat di rumah pun. Time tu belum kahwin. So, buatlah kerja yang patut di pejabat sendiri. Senang buat kerja bila kita berseorangan. Time office hour, memang payah nak memberi tumpuan. Ada sahaja gangguan.
Time itu, mahu memperbetulkan dan menambahbaik keadaan pejabat. Dari segi sistem fail dan dokumen. Orang yang terdahulu tidak menyimpan apa - apa maklumat. Dan tiada sistem fail yang teratur. So, saya buat kerja lebih. Tapi tidak sangka, usaha kita tidak dihargai. Malah dilemparkan pelbagai fitnah oleh kakitangan sendiri. Yang peliknya, kita boss kita pula yang jadi kuli. Yang kuli jadi boss.
Akhirnya, saya malas balik lambat. Tepat masa balik, terus balik ke rumah. Namun itu kisah lama. Kisah yang mengajar saya erti pentadbiran dan pengurusan kakitangan. Owh...bukan senang nak mengurus old timer nie...mereka sahaja yang betul. Sampai yang tidak betul pun dorang kata betul. Sakit jiwa masa tu. Ditambah dengan boss yang tahu mencari kesalahan kita sahaja.
Sekarang lain, balik lambat pun orang tidak bising dan orang tidak kisah. Sebab dorang tahu, kita buat kerja dan mereka tetap berfikiran positif dengan kita. Itulah kehidupan seorang guru. Memandangkan kerja bertambah dalam dua minggu nie, saya terpaksa balik lewat dari sekolah. Menyemak buku latihan budak, menulis buku rekod mengajar, buku harian kaunseling, laporan sesi dan banyak lagi. Sampai bawa kerja ke rumah.
Di rumah, kena layan anak - anak dan isteri. Bila mereka sudah tidur, barulah buat kerja. Nie buat entri pun, kerja masih belum siap. Nak taip sesuatu untuk hilangkan tekanan. Hehehe...
Di sekolah tadi, masa nak balik ke rumah dalam pukul 6.30 petang. Saya sempat mengambil beberapa keping gambar kat sekolah. Jom kita lihat....hehehe
Ini keadaan sekolah pada pukul 6.30 petang...di Sabah dah gelap berbanding di Semanjung yang masih menampakkan cahaya matahari...
1 comment:
cayalah cikgu ums... seorang cikgu yang bersemangat waja dengan prinsip hidupnya..
Post a Comment