Hari ketiga yang merupakan hari terakhir berada di SMK Kinabutan. Suasana di tapak perkhemahan sunyi dan sepi tanpa suara riang dan gembira daripada anak - anak murid dan pelajar sekolah. Mungkin, ada yang sedih kerana masa terlalu singkat dan kerana terpaksa berpisah selepas berkenal beberapa hari.
Syukur, sepanjang perkhemahan di SMK Kinabutan ini, keadaan cuaca mengizinkan dan sentiasa cerah. Ini memudahkan segala aktiviti dilaksanakan dengan sempurna tanpa halangan. Bersyukur juga, tiada berlaku kekecohan di kalangan pelajar sekolah menengah. Ini bermakna mereka sungguh berdisiplin berada di tapak perkhemahan. Inilah keadaan tapak perkhemahan di awal pagi di Kinabutan. (gambar sebelah kanan)
Lebih kurang pada pukul 7 pagi, semua peserta kembali ke khemah masing - masing dan mengemas khemah mereka. Saya terus ke tapak perkhemahan sekolah rendah. di mana tempat khemah anak - anak murid saya. Ia terletak bersebelahan dengan astaka. Saya memerhati beberapa orang murid menjatuhkan khemah mereka tanpa bantuan guru - guru mereka. Mungkin kerana mereka sudah biasa dengan keadaan tersebut.
Selesai menjatuhkan khemah mereka, semua peserta berhimpun di hadapan astaka untuk mendengar taklimat terakhir sebelum perasmi datang. Di bawah adalah beberapa gambar yang menunjukkan keadaan para peserta sebelum acara perasmian dijalankan.
Pada pukul 8 lebih, guru - guru yang ditauliahkan telah hadir ke sekolah tersebut. Selain perkhemahan, majlis ini juga untuk meraihkan pentauliahan beberapa orang guru ke pangkat Leftenan Muda. Teringat masa di maktab, time ditauliahkan cuaca hujan dan tiada penonton selain ahli peserta sahaja.
Lebih kurang pada pukul 9 pagi, rombongan perasmi datang. Yang merasmikan ialah wakil pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Tawau, Encik Vea.
Pemeriksaan kawalan perbarisan
Persembahan Formasi oleh peserta - peserta perkhemahan berpangkat Sarjan
Penyerahan sijil penyertaan perkhemahan untuk KRS dan TKRS
Penyerahan Surat Perlantikan Leftenan Muda
Gelagat para peserta sebelum acara ditamatkan
SMK Umas - Umas
SM Islamiah dan SM Konven Ursula
Murid - murid sekolah rendah dan pelajar - pelajar sekolah kebangsaan
Gelagat beberapa orang pelajar menengah
Pelajar perempuan yang ditengah merupakan kadet kegemaran lelaki...hehehe
Leftenan Muda yang baru dilantik
Salam sayonara dan keadaan tapak perkhemahan selepas peserta kembali ke sekolah masing - masing
Sepanjang berada di SMK Kinabutan, banyak perkara yang saya pelajari dan ia menjadi kenangan yang cukup indah untuk kami semua terutamanya para peserta. Untuk makluman semua, majlis pada hari ini adalah untuk menyambut ulang tahun penubuhan KRS dan TKRS dan ia merupakan kali pertama diadakan di Malaysia. Harapan saya agar program ini akan berterusan dan akan menambahbaik kelemahan sebelum ini.
Sebanyak 30 buah sekolah rendah dan 12 buah sekolah menengah berhimpun di SMK Kinabutan selama 3 hari...tahniah dan syabas kepada semua peserta kerana berjaya ke akhir program.
Sebanyak 30 buah sekolah rendah dan 12 buah sekolah menengah berhimpun di SMK Kinabutan selama 3 hari...tahniah dan syabas kepada semua peserta kerana berjaya ke akhir program.
4 comments:
owh, cikgu ke ni? bes kan camp ni!
Acik : eya..saya seorang guru...memang best sebab banyak perkara lucu yang berlaku
lama dah tak berkhemah.. huhu..
ada peluang...jangan sia - siakan yeah
Post a Comment