Rakan Blogger

Thursday, July 14, 2011

Sibuk Dan Terus Sibuk


Dalam dua minggu nie, saya terlibat dengan aktiviti luar dan dalam sekolah. Dicadangkan, dipilih dan akhirnya dilantik menjawat jawatan AJK dalam sesuatu program. Nampaknya beban kerja bertambah. Tapi saya tetap mengambil peluang yang ada selagi diberikan peluang. Bukan senang dan bukan selalu.

Tiga program berlangsung dalam dua minggu nie. Dua di dalam sekolah dan satu lagi di luar sekolah. Tapi bila fikir dan tengok kat sekolah lain, ada yang lebih teruk. Kira nasib program yang dianjurkan bukan peringkat negeri mahupun kebangsaan. Kalau diperingkat itu, alamat tidak tidur malam.

Apapun, saya tidak sabar nak tunggu ketiga - tiga program tersebut. Kerana ia merupakan kali pertama saya menjawat jawatan yang dilantik di sekolah ini. Bagi saya ia satu penghargaan. Insya - Allah saya lakukan terbaik sepertimana saya pernah lakukan di sekolah saya terdahulu. Walaupun saya tahu ia akan kekal sehingga saya pencen...hehehehe...kira senang hati bila buat kerja yang kita anggap kita suka.

6 comments:

Lulu Caldina said...

tahniah terpilih memegang jawatan penting.. lakukan yang terbaik !!

Kancil 8349 said...

terima kasih...insya - Allah saya akan lakukan yang terbaik

Niena Muhammad said...

:D mesti seronok kn.. klau sesuatu yg kte suka tu, kalo penat pn takpe.. pape pun tahniah buat cikgu :D

Kancil 8349 said...

Niena : Yang betul...terima kasih...

Ce'gu JAERA said...

takpa ums.. buat kerja dengan Ikhlas yee... insya Allah berkat segalanya

Kancil 8349 said...

Insya - Allah cikgu Madil....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...