Rakan Blogger

Sunday, July 3, 2011

Suami Di Dapur...Apa Pandangan umum???


Mungkin ada yang rasa pelik dengan tajuk entri saya. Iyalah, kerja di dapur selalunya dibuat oleh kaum isteri. Sebabnya mereka lebih arif tentang dapur. Berbanding dengan lelaki, payah betul mahu masuk dapur. Kalau masuk pun hanya untuk mengusik isteri, basuh tangan dan lalu sebab ada pintu belakang.

Teringat masa dulu, saya membasuh pinggan di dapur, seorang pak cik menegur perbuatan saya. Teguran semacam marah. Katanya itu kerja kaum wanita, tidak perlu lelaki yang membasuhnya. Pelik, bukan pinggan siapa pun, pinggan yang saya gunakan masa makan. Dan saya rasa tidak salah kalau saya membasuhnya.

Lain cerita, ada seorang kawan perempuan mengadu kepada saya mengenai suaminya. Masa itu saya belum kahwin lagi. Dia ceritalah bahawa suaminya tidak pernah membantu dia di dapur walaupun dia meminta suaminya memotong ikan ataupun membasuk pinggan. Dengar - dengar daripada kawan tersebut, baginya pantang lelaki masuk dapur...rendah martabat katanya.

Apapun, bagi saya tidak salah kita membantu isteri kita di dapur. Belajar sesuatu dengannya. Mana tahu dia kerja luar atau balik kampung. Kita bersendirian. Kalau tidak pandai masak, alamatnya makan di luar. Dah tu bosan makan seorang - seorang.

5 comments:

Ce'gu JAERA said...

zaman kini, kalau isteri boleh membantu suami mencari nafkah, memang wajar suami yang turun ke dapur pula sama2 membantu...

Kancil 8349 said...

setuju dengan kenyataan mu tu geng....

fiqas said...

mana pergi ego dan pantang suami bila isteri tolong support duit belanja bulanan?

sama2 tolong menolong apa salahnya...

Sheila Adziz said...

tak salah bila suami di dapur... Rasulullah selalu tolong isterinya... Rasanya sekarang ni mmg lelaki pun suka masakkan...

Kancil 8349 said...

Fiqas : sabar...itu ragam manusia...terlalu ego untuk ke dapur tapi ndak malu isteri support keluarga...

Mama Amani : betul tu...malah masakan suami yang amat dinanti - nantikan oleh isteri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...