Rakan Blogger

Saturday, July 30, 2011

Tidak Pandai Bersyukur



Cerita ini aku nak berkongsi kepada semua blogger dan reader di luar sana. Agar korang pun faham dan mungkin pernah terjadi kepada diri korang. Dan jika ada reader yang terbaca blog ini dan cerita ini sama apa yang dialaminya. Itu cuma kebetulan. Jangan simpan dalam hati yeah.

Member aku nie kerja kat satu syarikat di Lahad Datu dan dia selalu outstation ke Kota Kinabalu (KK). Namanya Azam.  Memandangkan dia selalu ke KK, sayalah orang pertama yang dicarinya. Orang kata dah kawan minta tolong, kita tolonglah. Dia minta saya mengambilnya di Terminal Bas Utara Inanam sewaktu dia tiba di KK. 

Bila berjumpa dengan dia, saya mengajak dia makan di luar kerana isteri saya tidak masak apa - apa di rumah. Kebetulan esok isteri saya balik ke Tawau, so dapur kami kosong. Kalau isteri saya dah balik kampung, saya mesti makan di luar. Tapi dia menolak, katanya mahu makan di rumah juga. So, kami beli lauk dan saya call isteri saya untuk memasak nasi.

Esoknya, saya menghantar dia ke pejabat syarikatnya di Kota Kinabalu. Balik pun sama, saya datang mengambilnya. Selama 2 malam dia tidur di rumah saya. Terlupa, saya tinggal di Telipok masa tu. Jaraknya 32 KM dari KK. Sepanjang berada di sana, saya tidak rasa sunyi. Hari ketiga, dia kembali ke Lahad Datu. Saya menghantarnya ke terminal bas di Inanam.

Beberapa minggu kemudian, saya mengambil cuti untuk kembali ke Tawau. Menemui isteri tersayang. Saya lebih suka membawa kereta dari menaiki bas. Senang berehat orang kata. Saya singgah di Lahad Datu dan terus menghubungi beberapa orang rakan saya termasuklah dia. Tapi dia yang saya gagal hubungi. 

Dalam beberapa orang rakan yang saya hubungi, hanya seorang sahaja yang datang menemui saya. Namanya Ijal. Ijal memberitahu kepada saya tentang cerita yang disampaikan oleh Azam. Kononnya, saya terlalu kedekut untuk membelanja dia makan di luar rumah dan selalu minta duit minyak. Selain itu, saya mendesak dia tidur di rumah saya hingga menyebabkan dia penat untuk ke tempat kerja.

Lebih teruk lagi, dia memberitahu bahawa isteri saya tidak pandai masak di rumah. Alangkah terkejutnya saya. Pada mulanya saya menyangkal apa yang disampaikan oleh Ijal. Tetapi bila Ijal menunjukkan satu mesej kepada saya yang berbunyi; 
"Bro, jangan kau tidur di rumah si Ums tu. Kedekut nak mampus. Kawan pun mahu berkira"

Hati mana yang tidak kecewa, sedih dan marah...korang rasa apa korang nak buat kat mamat nie....

8 comments:

Ce'gu JAERA said...

astaghfirullah hal azim.. sampai hati ada kawan yang tikam kawan dari belakang... tergamak betul. sudah di bantu itu ini, last2 dari belakang cakap fitnah yang bukan-bukan..

relax ko ums.. aku faham situasi mu.. hati2 memlih kawan yang tak pernah menghargai pertolongan kita. Tambah sadis lagi bila dia buruk2 kan kita dr belakang..

all de best ums..

Kancil 8349 said...

Gen2Merah : Begitulah situasi aku masa di KK geng...buruk nama aku...hehehehe

Anonymous said...

ish3...

bombay said...

xpayah buat ape2..kita sabar je..yang penting kita bukan macam yang dye cakap..:)doakanlah dye supaya dye xbuat mcm tu lagi kat kite dan org lain..:)

Unknown said...

ish teruknya tu orang..
klu aku, aku x layan suda tu.. siap d sindir2 lg nnt.. hihihi..

Kancil 8349 said...

Asamasin : ish3

Bombay : Betul juga katamu tu.

Anne Nurain : Aku dah tak layan si Mamat tu...

miss jambu said...

MasyaAllah ada juga org mcm ne ya,
tak ap kancil,,sabar ja..ada hikmah disebalik semua ini.kita dapt kenal siapa kawan yang sebenarnya....

Kancil 8349 said...

Genk : terima kasih, itulah hikmahnya...buat baik berpada - pada...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...