Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia
Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.
Entri sebelum nie Kancil sekeluarga merancang ingin ke Sandakan. Namun disebabkan beberapa perkara tidak dapat dielakkan, maka kami sekeluarga bergerak ke Kota Kinabalu. Memang rancangan awal kami ingin ke Kota Kinabalu, namun ajakan daripada adik beradik Kancil maka kami ke Sandakan.
Tapi memang bukan rezeki kami untuk ke Sandakan. So, kami bercuti ke Kota Kinabalu. Alang - alang dah rancang. So kami teruskan niat bergerak ke Kota Kinabalu. Seawal 5.30 pagi selepas solat Subuh, kami bergerak dari Tawau. Tiba di Lahad Datu pada pukul 7.30 pagi. Isi minyak di stesen minyak. Lebih kurang pada pukul 3 petang kami tiba di Kota Kinabalu.
Sekarang nie menginap di rumah keluarga sepupu isteri Kancil di Tanjung Aru. Insya Allah esok mahu berjumpa dengan keluarga angkat Kancil di Tebobon. Rindu dengan mereka semua.
Terima kasih membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
22 comments:
asalkan kancil dapat bwk famili jln2 kan ;)
bestnya jalan2, nanti lain kali pi Sandakan ble jumpa saya... kita makan ikan bakar di pasar Sim-sim :)
bestnya pegi jalan2..syok la jadi cikgu ni, cuti banyak..huhu
SERONOK JLN2 YE...CINNAMON TGH MERANCANG NAK HALA KE MANA..
alaaa...semua orang dah pergi bercuti ni..akak belum sempat lagi...cedihnyaaaa...
assalamualaikum kancil...seronoknya dpt pi berjalan2 masa cuti sekolah nikn...:)
p/s selamat bercuti bersama2 ngan family yer kancil....
cuti2 Msia ni. best!
nt tunjuk gambar2 tmpat2 best kat sana eh..
takpe kancil...yg penting selamat sampai...
Eera Shera :
betul tu...berjalan2 cari makan...hehehe....MAKE DONT KNOW menjadi pilihan
Bobiedanbad :
insya Allah....kira ada orang belanja Kancillah nie...
Yana :
Cuti nie memang seronok bila dah kerja dah lain situasi...ndak dapat cuti langsung
Cinnamon.com :
rancang yang paling seronok..hehehe
Yatie Awang :
ndak apa...orang dah kerja akak pula yang cuti
Maszull :
Waalaikumsalam mama,
terima kasih mama...seronok bersama keluarga tersayang
blog tips kurus :
terima kasih
ShahzCudin :
Insya Allah....Kancil akan uplaod kan gambar2 tu
Santri :
betul tu
awal btol bertolak..huhu
3no gr33ny :
mengelak bertembung dengan lori dan mahu cepat sampai ke KK...bawa bebudak nie
biasalah kan.. apa yg dirancang kadang2 tak pula spt yg diingini...
Alieza Dayasari :
begitulah ceritanya....tapi alhamdulillah dapat berjalan2
Post a Comment