Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.
Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.
Hari pertama berada di Kota Kinabalu, semua peserta bersiap ke Muzium Negeri yang terletak berhampiran dengan Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu. Kebetulan, pihak muzium menganjurkan satu program untuk murid - murid sekolah. Nampaknya, kehadiran kami disambut dengan aktiviti yang menyeronokkan.
Sebelum menyertai aktiviti tersebut, semua peserta mendengar taklimat daripada pihak muzium mengenai perkara - perkara yang tidak boleh dibuat di dalam muzium. Yang mungkin akan merugikan diri mereka. Antaranya mengambil gambar di dalam muzium. Ini adalah satu peraturan yang amat tegas oleh pihak muzium. Jika ini berlaku kamera atau telephone yang memiliki kamera akan dirampas.
Para peserta mendengar taklimat daripada pihak muzium (baju merah adalah Cikgu Wahid)
Setelah sesi taklimat dan lawatan di dalam muzium, kami bergerak ke rumah tradisional di mana acara tersebut berlangsung. Pelbagai aktiviti yang dianjurkan antaranya, menyumpit, bermain gasing, melastik dan sebagainya. Walaupun kami guru pengiring hanya memerhati namun tidak melepaskan peluang untuk mencuba permainan - permainan tersebut.
Beberapa aktiviti yang mereka sertai
Sebelum penyampaian hadiah, pihak muzium menjemput sesiapa sahaja untuk menari tarian poco - poco di atas pentas. Apa lagi, Kancil pun menunjukkan kehebatan menari di atas pentas. Hehehe...seronok dapat tepukan gemuruh daripada murid - murid Kancil.
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
28 comments:
Queen pernah sampai ke KK ni tp atas urusan kerja.. makanya xdelah berjalan lebih2 sgt.. sekadar berjalan di bandar KK sajer...
wah terer cikgu diaorg menari poco2 tu...hehee
p/s:xde pic knangan dlm muzium kn...
heee lama dh xmenari poco2 =)
wahh..seronok nampak muka budak2 tu.lagi2 dapat tengok cikgu dia buat tarian poco2..hehe..;)
bestnya...suka juga aktiviti macam ni
Waa, poco-poco..kancil pom b'poco2..
mesti hepi ank murid dpt jln2
masa pergi KK dulu. tak sempat pun datang muzium~
pernah gi KK tapi untuk islands hopping jer :D
http://ch000tz.blogspot.com/2011/12/spontaneous-of-sayings.html
tingin nak p sana. huhuhu. T.T
masa cuti sekolah buat program dengan anak murid memang baguss
assalamualaikum kancil...wah seronoknya mereka semua tu yer...:)
p/s mama nak mohon supaya kancil join contest ni jom kita sokong blogger baru ini yer...:)
http://maszull.blogspot.com/2011/12/contest-i-love-animal.html
bestnya..
ada org bagi tepukan gemuruh pula =)
Terima kasih bagi pendapat di:
carikan jodoh pada orang yang kita berkenan
wow seronoknya bawak budak2 p lawatan ni, kalau bawak abang2 budak (sek men) haru dibuatnya.. tp budak2 ni cute kann macam ikut kata je
Queen :
sayangnya..ndak mengapa Queen..ada masa boleh datang bercuti lagi
Aishah :
pengalaman berkerja di kolej swasta beberapa tahun lalu...
Munnafendy :
jomlah kita menari lagi
Anak Wak Mail :
hehehe...ndak pandai sangat pun menari
Yatie Awang :
Mungkin dekat muzium negeri akak ada gak aktiviti macam tu
Cik Ayuni :
hehehe...memang dorang hepi sebab kebanyakan mereka ndak pernah datang ke sini
dhiera :
kalau datang lagi, jangan lupa singgah ke muzium negeri Sabah
c'axoera :
wah menarik tu...lain kali datang untuk bercuti plak
frames lenses :
jomlah datang ke sini...belilah tiket awal2...airasia tu murah
Kazman :
memberi penghargaan kepada anak murid yang cemerlang dalam UPSR
Maszull :
Waalaikumsalam Mama,
memang mereka seronok. Insya Allah Kancil akan ikut
Sha My Heart :
sebagai pemangkin dan semangat untuk kita tidak malu..
no problem
Aimaniman :
betul tu...memang senang nak jaga...
muka students pun nampak happy sangat...something interesting!! :D Eza nak jugak, cekguu! ^^
Eza :
mereka seronok sebab ndak pernah berjalan di jambatan gantung...
Post a Comment