Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.
Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi membaca di blog Kancil 8349.
Awal pagi nie, Kancil dah buka laptop dan terus membuka blog, FB dan email. Kot - kot ada yang menarik untuk dikongsi dan disebarkan. Biasalah, awal pagi nie. Idea banyak mencurah - curah keluar dari dalam kepala. Alhamdulillah, ada juga yang sudi mengunjungi blog Kancil walaupun Kancil belum membalas kunjungan mereka.
Pagi nie, Kancil terbaca satu post di dalam FB group ex sekolah di mana Kancil belajar suatu ketika dulu. Seorang rakan telah menaip seperti ini :
Disebabkan ingin cepat, pemandu bas tu mengabaikan tanggungjawab beliau dan lupa pada kanak - kanak kecil tersebut. Disebabkan sikap tidak bertanggungjawab maka nyawa seorang kanak - kanak melayang begitu sahaja. Teringat plak kes yang berlaku di semenanjung seorang kanak - kanak terheret di bawah bas. Sehingga kepala kanak - kanak tersebut menampakan tengkoraknya.
Apapun, marilah kita sama - sama berdoa ke atas arwah kanak - kanak tersebut. Salam takziah untuk keluarga Cikgu Enseng dan sekeluarga di Lahad Datu. Semoga apa yang berlaku, menjadi iktibar kepada kita. Kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya bukan untuk keluarga yang ditimpa tetapi kita yang menyaksikan dan mendengar cerita tersebut.
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349
21 comments:
al fatihah...
betul tu, kecuaian orang lain akan menyebabkan nyawa orang lain melayang..
Al-Fatihah...
sebab terlalu cuai..boleh membawa maut..
TAKUT NAIK MOTOR SEKARANG NI KANCIL
alFATIHAH... ya Allah sedihnyer si ibu kepada anak kecil tu... huhu
takziah buat cikgu tu sekeluarga..moga2 arwah anaknya ditempatkan dikalangan hamba-Nya yg soleh..
mesti ibunya sedih melihat anaknya meninggal dilanggar bas sekolahnya sendiri di depan rumah mereka sendiri..ya Allah..teruk betul sikap cuai pemandu bas ni..
Kesiannya.. Takzish buat mangsa sekrluarga. Perlunya pemandu bas yg d amanahkan utu utk lbh bhati2 dan lbh brtgjawab
pemandu bas sekarang memang tak kisah keselamatan penumpangnya..
anak buah saya pernah jatuh dari bas disebabkan pemandunya bawak laju, cedera teruk jugaklah..
al-fatiha..
http://nurais-luahanhati.blogspot.com/2012/03/bloglist-mac-april.html
herm....manusia sekarang....
Al fatihah. gara-gara org lain org lain yg jadi mangsa. so sad :(
Tuulah manusia zmn skrg kan, tak pentingkan org lain. taw penting diri saja, marah nih, hahah :D
salam takziah utk keluarga magsa....
sampai hati pemandu tu....
Alfatihah !
Salam Takziah... Al-Fatihah
P/S : Kecuaian orang lain yang penting diri sendiri...hmmmm
al-Fatihah...ada betulnya juga banyak kemalangan berpunca drpd ATTITUDE kita sendiri...
Ya Allah...kes macam ni banyak berlakukan...
al-fatihah buat arwah
kena berhati-hati..x leh harapkan orang lain utk berjaga2..sy pernah ada pengalaman jatuh dr bas..
assalamualaikum kancil...kesian nyer al-fatihah buat anak kecilyg x bersalah tu...:(
aduhai seriaunyaaaaaaaa
haih..semua kena amik peduli..mana boleh senang2 je gitu?huhuhu nyawa tu... +_+
nauzubillah...dek kecuaian..nyawa yang tergadaikan...
alfatihah.....
kejam sgt... sebak baca
so, apa hukuman terhadap pemandu bas tersebut?
Post a Comment