Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.
Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.
Semalam, Kancil turun ke laut bersama bapa Kancil, sepupu Kancil (pegawai ppd Sibu) dan seorang kanak - kanak. Sebelum turun ke laut, kami membuat persediaan untuk memancing. Selesai, barulah kami turunkan perahu yang bapa Kancil beli beberapa bulan lalu bersama enjin motor.
Lebih kurang pada pukul 10 pagi, kami bergerak ke destinasi kami iaitu Kampung Silawa Pulau Bait Semporna. Perjalanan mengambil masa sejam untuk sampai ke kampung tersebut. Alhamdulillah, cuaca pada hari tersebut cerah dan tidak ada tanda - tanda hujan nak turun seperti hari semalam dan hari ini. Jika hujan turun, mungkin membahayakan kami semua sebab perahu nie kecil sahaja.
Sampai di kawasan air laut di antara Pulau Bait dan Pulau Larapan, bapa Kancil sudah menurunkan pancingnya untuk mencari umpan. Kami berlegar - legar di kawasan tersebut namun pancing tidak mengena. Akhirnya, kami berhenti di kawasan air dalam. Tanpa membuang masa kami terus menurunkan pancing masing - masing.
Tidak sampai 2 minit, bapa Kancil telah dapat ikan diikuti oleh kanak - kanak tersebut. Manakala Kancil dan sepupu Kancil 5 minit kemudian baru umpan kami mengena. Seterusnya, makin banyak ikan yang kami dapat. Bila, umpan tidak mengena, kami berpindah ke satu tempat. Lebih kurang 1 tengahari, kami berehat di rumah milik adik bapa Kancil yang berada di laut.
Rumah tersebut merupakan tempat pembiakan ikan - ikan besar seperti ikan kerapu, ikan putih dan banyak jenis ikanlah. Kami berehat untuk makan tengahari dan bersolat. Selesai berehat, kami turun ke laut semula. Kali nie, kami menuju ke air laut antara Pulau Larapan dan Pulau Bum Bum. Di sana, Kancil lebih banyak mendapat ikan. Rezeki Tuhan beri.
Lebih kurang 3 petang, kami kembali ke Kampung Ubian dengan hasil tangkapan kami melebih 60 ekor ikan. Kata bapa Kancil, kurang kita dapat. Selalunya lebih 100 ekor kita akan dapat. Namun, syukur dengan jumlah ikan yang kami perolehi. Antara ikan yang kami dapat seperti Kerapu kecil, kerisik, ikan sebelah, ikan merah dan ikan putih. Insya Allah, minggu depan Kancil akan pergi memancing lagi. Seronok memancing walaupun kulit akan terbakar...hehehehe
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 834.
32 comments:
wahh best laa pergi memancing pastu dapat banyak ikan!! seminggu tak payah pergi pasar hehehe
p/s: memancing ni nak kena sabar kan kancil
Kalau kakak 60 ekor dah terlalu banyak cikgu. Hasil tangkapan itu utk keluarga, dijual dengan peraih atau ayah cikgu jual sendiri?
Untung memancing dapat makan ikan yg segar dari laut...
kita g laut jugak, tangkap udang, pas tu pergi kawasan berselut cari kerang..
akak tak berapa minat memancing....tapi aktiviti ni macam best je kan? selamat bercuti kancil
dah lame tak beriadah ngn fmly smbil memancing.
rindu saat itu :(
assalamualaikum kancil..wah bestnya dpt pi memancingkan lagi2 kalau dpt ikan besar mesti best...:)
bapa sy pun suka memancing di laut, tp kdg2 jak la dia p laut, biasa di sungai2 jak :)
wah bestnya.... bila la kawan ku ni mau bawa saya jalan2 sana ya,...
dapat stok ikan utk berapa lama tu..hehe..ke nak jual??
tak pernah lagi xp memancing
jannah teringin nak pegi memancing kat laut walaupon jannah gayat dengan laut. hehe. tp en tunang tu tak suka pulak memancing. jadi mau ikut siapa kan?? huuu
selalu jugak diajak pergi memancing ni tapi tak pernah nak ikut...hee~
> seronok sebenarnya memancing ni kan...lagi2 kalau dapat byk hasilnya..lagi puas...:D
len kali ajak saya memancing lee....
waaa..best2..hehe
pengalaman tu penting..harus sgt puas hati bila tangkapan mengena,kan~ =)
Echa :
hehehe....dua minggu rasanya...tapi bagi - bagi kat jiran juga
kakzakie :
sahaja lepaskan gian untuk memancing..untuk keluarga je
ija :
wah..tu yang best, nak belajar tangkap udang lepas nie
Yatie Awang :
terima kasih...memang best
cik kartun :
hehehe...betul tu...
Maszull :
Waalaikumsalam mama,
memang best mama...berbaloi gelap kulit
sutera kasih :
ikan laut dan ikan sungai ndak sama...
Gen2Merah :
boleh bah geng...tapi kena buat banyak kerja...hehehe...larat ke
3no :
untuk kegunaan dapur bah nie
c'axoera :
best tu memancing
Cik Jannah :
hehehe...nak jaga kulit bah si tunang tu...
Ezad :
betul tu..memang best kalau dapat hasil yang memuaskan
Cik Lyndawawa :
boleh bah dik...nanti Kancil ajak
Ckin Kembaq :
memang best...
SaL ljou :
betul tu...tapi kena mencuba dulu supaya ada pengalaman berharga
kalau dapat byk kancil...nanti leh antar kat rumah remy sikit.....he3
remyhazza :
boleh bah...
Post a Comment