Assalamualaikum dan Salam satu Malaysia.
Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.
Cuti sekolah dah bermula. Apa rancangan rakan - rakan lain? Mesti ada yang bercuti di tempat pelancongan. Apapun selamat bercuti untuk mereka dan sentiasa berhati - hati di mana kamu berada. Utamakan keselamatan keluarga anda. Macam iklan plak..hehehe.
Sebenarnya, kes nie dah lama namun ndak salah kalau Kancil kongsikan untuk pengetahuan rakan - rakan blogger. Dan mungkin juga ada di antara kita pernah mengalami situasi sebegini. Namun lupa untuk dikongsikan bersama. Harga Minyak sudah naik. Cuma tahun nie belum naik lagi. Harap tidak naik. Susah taw. Asal dia naik, yang lain pun ikut sama.
Balik pada cerita. Kes nie berlaku di Lahad Datu (LD). Ketika mak bapa Kancil masih menetap di sana. Memandangkan, rumah di atas air. Kereta Rusa milik bapa terpaksa parking jauh sedikit dari rumah. Pada awal pagi, terhidu minyak petrol. Hairan mengapa berbau minyak. Setelah hidup enjin. Bapa Kancil terkejut melihat meter minyak jatuh ke abjad E. Semalam dah isi penuh apasal pagi nie pula sekarang nie E.
Disebabkan ndak kisah sangat, bapa Kancil terus bergerak ke tempat destinasi yang dituju. Ndak sampai 1 kilometer, kereta bergerak. Seorang kenalan bapa menegur, katanya minyak tumpah di bawah kereta. Rupanya, ada orang mencuri minyak petrol semalam. Kasihan bapa dan nasib juga tiada perkara buruk belaku. Disebabkan orang kenal dengan bapa Kancil. Ada yang sudi memberi minyak petrol untuk dibawa ke bengkel.
Hasil soal selidik jiran tetangga...rupanya mat rempit yang pergi curi minyak petrol tersebut. Berdasarkan cerita orang tua yang lewat balik kerja. Kerana dia nampak mat - mat rempit berlegar - legar kawasan kampung. Memang dasar kurang ajar. Cukup menyusahkan orang lain. Bukan setakat kereta bapa Kancil malah hampir seluruh kampung mereka kerjakan. Itu berlaku di LD. Di daerah Semporna pun ada kes macam nie. Tapi susah nak kesan.
Tulah, jangan isi minyak penuh waktu malam. Isilah waktu pagi. Sebab tengah malam, ada tukang menghisap minyak. Diberitahu untuk tujuan merempit malam hari. Kalau rumah tu berpagar dan ada tukang jaga. Ndak apa...ndak akan ada kes mencuri minyak.
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
50 comments:
kancil minyak hilang.. afiq pula lagi teruk, rim kete hampir kene curi sebaik guna skru kunci kalau tak confirm tak dpt gerak kete
fuhh pelik betol nie. orang curi minyak pon ada ek? macam mana cara dia curi tu? mesti dah pakar gyla
laaaa~
kalau namanya dasar pencuri.... siang dan malam pun dia tak kira kancil.....
ne betoi2 dasar pencuri kan...isk3...
kalau da namanya pencuri..tak kira siang ke malam...asalkan dapat...
wah takut .......
ahaaaaa.. a'ah kan... isi minyak waktu pagi je... **mcm2 kes sekarang ni
afiq selalu tuang minyak waktu pagi jer
pelik giler.tak pernah dengar lak dengar style curi minyak camtu kat sini.kiranya dia tebuk tangki minyak la eh???
sayangnya mereka yg mencuri ni tidak menggunakan kepakaran mereka untuk perkara yg baik, kalau guna yang baik ada manfaatnya...
assalamualaikum kancil...kesian nyer isi minyak org lain plak yg kebas...apa la budak2 skg ni kan nak merempit pastu dah x ada minyak motor tu pi plak curi org punya minyak ...kena lapor polis la mcm ni kancil...:)
ish..ada jugak kes macam nie,,
singgah..
pencuri minyak..nak jadi org minyak la tu..
tahniah, jawapan anda betul. Kepada yang berjaya menjawabnya, hadiahnya adalah Top Up Kredit untuk setiap seorang dan sila beritahu pada penulis apa operator yang dipakai sama ada Maxis, Celcom atau Digi dan emelkan pada penulis di : edifadli@gmail.com yer.
jom bercuti ke sarawak..heheh
ndak ada keje cari keje tp menyusahkan smua org...:)
cekgu,ciksu tag cekgu..jom singgah sini sekejap...boleh bah :)
http://lobaksusue.blogspot.com/2012/03/contest-aku-suka-makan-coklat.html
ni pon pertama kali hamba dengar kes curi minyak dari keta..huuhu..xbuyni pulak keta ek??
owhh pncuri tu belum pro lagi..
klu dah pro, die curi kreta tu je trus -_-'
boleh pulak mcm tu?haih
is tag kancil (^____^)
....................................
http://sanisahsabu.blogspot.com/2012/03/jom-jadi-geng-kami-blogger-malaysia.html
....................................
mcm ni punya org pon ada !
uii ada jgk kes cmni ka kancil? aduiii ni yg risau ni huhu
MCM2 CARA SI PENCURI NI KAN..MENYUSAHKAN ORG BETULLAH
Afiq :
hehehehe...kes macam tu biasa di sini...sebab tu ramai ndak suka beli rim mahal2...kena curi juga
Cik Jannah :
dia buka penutup tangki minyak di bawah kereta tu...
eeiyss :
hehehehe
remyhazza :
betul tu...ndak takut kena hukum di akhirat...
Ila HoneyBunny :
betul tu...suka menyusahkan orang lain
Ezad Skytech :
betul tu...bikin sakit kena curi nie...
jus kulit manggis :
tak perlu takut
Nurul Ain :
betul tu...
Afiq :
betul tu...
Arelan :
kan tangki minyak tu ada penutup di bawahnya...dari situ dorang curi...
Santri :
betul tu...memang sayang
Maszull :
Waalaikumsalam mama,
lapor pun ndak ada dapat bali tu minyak...
biela bell :
ada...dah banyak terjadi dekat sini
cinnamon.com :
betul tu...
Santri :
Kancil dah emailkan apa yang santri beri...
cik LyndaWawa :
kamu jadi pemandu pelancong Kancil yeah...hehehehe
QasehnyaRania :
betul tu...kejap kancil akan ikut segmen kamu nie
3no gr33ny :
dorang curi dari bawah kereta...
cik kartun :
kira pro tu...niat mahu curi minyak je
Ckin Kembaq :
hehehe...macam tulah
eeiyss :
terima kasih...
khairul :
kena hati2 bro...
sutera kasih :
jangan simpan kereta sembarangan tempat....terutamanya black area
Bui Junaidi :
betul tu...harap mereka berubah
ish..sgt x bermoral mat2 rempit tu sume~
Dah empat kali minyak keta i kena curi!! Masih xdapat tangkap lagi pencuri tu.
Post a Comment