Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.
Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.
Bermula 1 Mac yang lalu, program Guru Penyayang telah dilaksanakan seluruh daerah Tawau. Satu taklimat khas telah dibuat di SMK Tawau sehari sebelum pelaksanaan program tersebut dan Kancil bersama rakan sejawatan telah diminta hadir untuk mewakili Guru Besar yang kebetulan beliau ada tugas lain. Hampir semua sekolah menghantar wakil terutamanya sekolah dari pulau dan hulu - hulu daerah.
Program ini bertujuan untuk menonjolkan kasih sayang guru - guru terhadap para murid (SK) dan pelajar (SM) dengan cara menyambut kehadiran mereka sebelum sesi pembelajaran bermula. Guru - guru akan beratur di depan pagar sekolah dan meraikan kedatangan mereka pada setiap hari.
Selain itu, guru - guru juga akan mengucapkan terima kasih kepada murid tersebut kerana hadir ke sekolah pada hari itu. Begitu juga pada waktu pulang, guru - guru akan beratur di pagar sebagai tanda menghantar mereka pulang sambil mengingatkan mereka agar tidak lupa mengulangkaji pelajaran, menyiapkan kerja rumah dan kembali ke sekolah pada esok hari.
Sebenarnya, banyak lagi pengisian di dalam program ini seperti penghargaan kepada murid yang menyambut hari lahir, mentor mentee dan sebagainya. Program ini bertujuan untuk meningkatkan sifat kepedulian guru terhadap muridnya dengan mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.
Semoga anak muda generasi kita berminat untuk ke sekolah dan menjadikan sekolah rumah kedua mereka. Agar program ini menjadi budaya di kalangan warga sekolah.
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
11 comments:
bertuahnya murid2 dan pelajar2 sekarang...mudah2 tiada lagi kes yang tidak sedap didengar terhadap guru2 sekolah...hargailah jasa dan pengorbanan mereka dlam mendidik ank bangsa ..
selamat mlm cekgu:)
hadoiii siap hantar pulang bagai.. memang penyayang lah kalu gini....
ada baca satu blog tadi komen cikgu mengenai program penyayang nie. Rasa macam ank murid sekarang dah tak macam zaman kita dulu2. sangat dimanjakan dan dibelai-belai. :P
bagusnya program ni. Memang untunglah budak2 sekolah sekarang ni. Hee. takde alasan dah students nak malas g sekolah..
untungnya pelajar sekarang.kawan saya ada juga yg bercerita pasal program ni.katanya kena sambut murid2 kat dalam kelas.kalau dulu murid tunggu cikgu, tp sekarang cikgu tunggu murid....;p
inilah kali pertama hamba dengar program guru penyayang dijalankan do sekolah..untunglah murid dapat sekolah yang prihatin terhadap keperluan mereka
hamba juga belajar tahun ni mengenai pengurusan bilik darjah..dan program ni seperti aplikasi dari teori yang hamba pelajari..
mesti merih sekolah dengan hubungan guru dan murid yang mesra..ni akan buatkan dua2 pihak lebih bersemangat untuk bekerja dan belejar =)
inilah kali pertama hamba dengar program guru penyayang dijalankan do sekolah..untunglah murid dapat sekolah yang prihatin terhadap keperluan mereka
hamba juga belajar tahun ni mengenai pengurusan bilik darjah..dan program ni seperti aplikasi dari teori yang hamba pelajari..
mesti merih sekolah dengan hubungan guru dan murid yang mesra..ni akan buatkan dua2 pihak lebih bersemangat untuk bekerja dan belejar =)
stiap program mesti ada kelebihannya :)
semoga kancil berjaya.....
nampak program nie bagus sangat.....
terasa remy nak jadi murid balik......
masa budak2 masuk skolah msti cikgu2 semua senyum..kalau masa balik mesti muka ganas jer suruh budak2 siapkan keje skolah hihi..jgn marah...
mcm2 ye program sekolah skrg..
Post a Comment