Rakan Blogger

Friday, March 30, 2012

Salahkah Kancil Bertindak Demikian?

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Hari nie Kancil ingin berkongsi cerita mengenai situasi yang Kancil telah lalui petang tadi. Sekadar untuk meluahkan rasa yang tersimpan di dalam hati. Mungkin ada yang mengatakan Kancil tidak layak untuk bergelar seorang guru mungkin juga ada yang beranggapan tindakan Kancil melampaui batas.

Petang tadi, Kancil mengendalikan senamrobik untuk murid - murid tahap 1. Lebih 400 orang murid berhimpun di hadapan Kancil. Sebelum memulakan acara, Kancil telah mengarahkan semua murid mengikut tahun meletakkan beg di tepi tapak perhimpunan. Mereka mengikut arahan yang diberikan. Memandangkan semua bersedia, Kancil terus mengambil tempat untuk memastikan keselesaan semua murid semasa berada di tapak perhimpunan.

Satu persatu kelas, Kancil susun agar mereka selesa. Sampai ke tahun 3, murid - muridnya terus berlari tanpa diarah. Kancil sekadar melihat gelagat mereka. Tidak sampai seminit, murid - murid tersebut berlari lagi ke arah yang bertentangan sehingga bertembung dengan rakan - rakan dari kelas lain. Pun begitu, mereka berlari kembali. Melihat keadaan tersebut, ramai murid - murid perempuan terhimpit mahu pun terpijak oleh murid - murid lelaki.

Melihat keadaan tersebut, Kancil telah mengarahkan mereka duduk di tempat mereka berada sekarang. Tetapi, murid - murid nie seperti tidak mendengar apa yang Kancil katakan, mereka berlari lagi ke arah yang lain. Padahal, Kancil sudah menggunakan microfon untuk mengarahkan mereka duduk. Akhirnya, Kancil telah membuat keputusan untuk mengarahkan semua murid tahun 3 naik ke kelas masing - masing. 

Terpaku mendengar arahan Kancil, mereka menjadi budak baik dan diam memandang Kancil. Sekali lagi, Kancil mengarahkan mereka naik ke kelas. Mereka pun mengambil beg masing - masing dengan wajah yang sedih dan kecewa. Terus menuju ke kelas masing - masing. Tidak lama kemudian, beberapa orang guru tahun 3 masuk ke kelas mereka. Bermakna murid - murid tahun 3 tidak menyertai aktiviti yang dianjurkan.

Kancil terpaksa bertindak demikian kerana mengelak berlaku kecederaan antara murid terutamanya murid - murid tahun 1. Selain itu, ia sebagai iktibar agar mereka menjaga kelakuan mereka semasa menyertai mana - mana program terutamanya senamrobik. Selesai program tersebut, Kancil menerima mesej dari bekas rakan sekolah Kancil.

Dalam mesej tersebut mengatakan bahawa ada ibu bapa mengeluh anak - anak mereka dijerit. "DIJERIT"..mungkin suara Kancil yang tinggi menyebabkan ibu bapa katakan Kancil nie menjerit anak mereka. Sedangkan, Kancil meninggikan suara untuk mengawal situasi yang mana anak - anak murid ini tidak mendengar apa yang disampaikan oleh Kancil. 

Untuk rakan - rakan blogger di luar sana terutamanya ibu bapa. Mengawal murid bukan senang seperti mengawal kereta yang mana kita boleh arah mengikut kemahuan kita. Jika Kancil tidak bertindakan demikian, mungkin ada murid yang akan patah tangan, sakit kaki atau sebagainya. Dan jika ia berlaku mungkin ada ibu bapa yang akan katakan bahawa guru tidak pandai mengawal murid mereka. Sedangkan murid tersebut anak mereka sendiri. 

Kancil pun faham, siapa suka bila anak kita dijerit namun tengoklah situasi. Tengok keadaan tersebut dan jangan membabi buta terus menyalahkan pihak sekolah. Kami ada cara sendiri.  Bukan kami pukul budak dan bukan juga kami denda mereka sehingga menganggu emosi mereka. Cuma meninggikan suara atau ibu bapa anggap Menjerit. Jika tidak suka anak dijerit, binalah sekolah sendiri. Lagi senang.Tidak pun, didiklah anak tu dari rumah agar menjadi budak baik, mendengar kata, rajin dan suka membantu orang lain.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

p/s : walau apapun komen kalian, Kancil menerima secara terbuka.

27 comments:

Anonymous said...

biasalah tu cikgu ibubapa skrang lebih dgr kata anak2 dari cikgu sekolahnya.. semoga cikgu tabah ye

Anonymous said...

aku memahami der. tapi mak bapak dulu (macam mak ayah aku) tak salahkan cikgu. just mak bapak skang je. ikot situasi mengelak ramai terpijak, itu better. pendapat teknikal kepala engineer aku ler. kalau bab nak menjaga hati, aku kurang ariff..

Unknown said...

ibu bapa sekarang terlalu 'sayang'kan anak2 mereka.... moga kita 'sayang' dengan cara yang lebih bijak, insyaALLAH (^___^) sabaq na~

Unknown said...

ala kancil.... parent sekarang pun kekadang teruk jugak.... asyik anak dia yg betul.....
salh sikit jer terus nak salahkan cikgu......
tapi tindakan kancil adalah sewajarnya.....

Eera Shera said...

berat tggungjwb cikgu kan..bkn senang nk mendidik anak org. bila berlembut x dgr ckp, bila berkeras disalahkn pulak. ape yg kancil rasa terbaik, buat aje la. mak ayah zmn moden ni pelik sikit.anak die je betul

Jahirah said...

mencabar tugas seorang guru zaman sekarang ni.cabarannya dah tak sama mcm zaman dulu2.ibu bapa sekarang terlalu manjakan anak2,org tegur sikit pun xblh.bdk2 pun naik lemak sampai xhormat ckgu.itu tindakan sewajarnya mengikut keadaan semasa,tak ptt dipertikaikan bg pendapat saya.

Anisa Anuar said...

cikgu mmg pekerjaan yang kena byk bersabar... buat apa yang kancil rasa betul..berani kerana benar..kan?

Unknown said...

kancil x silap pn..
bg shark murid2 skarang bukan cam dulu..
suma manja..
shark dulu dimarah/dirotan/didenda..
tp bila dh beso shark rasa bnda tu yg bw shark jadi seorang manusia..

maszull said...

assalamualaikum kancil...sabar je kancil itu semua dugaan sebagai seorang pendidik yg baik...:)

Unknown said...

inilah kelemahan ibubapa sekarang, lebih percaya kata anak mereka dari guru mereka sendiri padahal gurulah yg bertanggungjawab mendidik anak mereka sehingga berjaya... sabarlah cikgu.

Unknown said...

sabaq la cikgu..mak bapak skrg x sama dh cam dulu

3no gr33ny said...

sepatutnya ibubapa perlu tahu bahawa kita bukan menjaga anaknya yang satu tapi beribu..mereka perlu faham konsep untuk mendidik..andai tidak..datanglah berbincang..bukan hanya tahu menyalahkan..

sungguhlah hamba kecewa dengan sikap ibuabap sebegini

Ckin Kembaq said...

normallah tu..murid2 mmg perlu diajar mcm tu..kalu tak, nanti degil....dulu kat skolah siap kena jalan itik lagi..mak ayah tak penah pun nak komplen....hmm mmg berbeza dlu dan sekarang......

p/s: kecewa dgn sikap ibu bapa yg mmbela anak2 yg tak dengar kata....kalu mcm ni, nanti anak2 tu lagi manja..takut mnyesal pulak di kemdian hari...

Kancil 8349 said...

Citra Nanizam :

terima kasih...sekadar perkongsian

Kancil 8349 said...

Rapunzel :

tulah masalahnya...kita buat baik dikatakan jahat..bila tiada tindakan dikatakan gagal mengawal situasi

Kancil 8349 said...

Eeiyss :

terima kasih...

Kancil 8349 said...

Remyhazzza :

terima kasih...betul tu...semoga mereka sedar bahawa apa yang dibuat untuk kepentingan dan kebaikan anak mereka

Kancil 8349 said...

Eera :

takut anak mereka kena buli...sedangkan kita membentuk anak mereka berdisiplin...

Kancil 8349 said...

Aishah :

cabaran guru makin hari makin meningkat...tekanan dr murid, pentadbir, rakan sekerja, PPD dan juga ibu bapa....

Kancil 8349 said...

Anisa :

betul tu...kancil perlukan sokongan rakan2 juga...kalau diam sakit nanti

Kancil 8349 said...

Shark :

terima kasih...samalah kita...jadi juga kita manusia...

Kancil 8349 said...

Maszull :

Waalaikumsalam mama...terima kasih

Kancil 8349 said...

Santri :

betul tu...bikin buat kita guru nie lemah semangat...namun digagahi atas tanggungjawab kerajaan

Kancil 8349 said...

khairul :

terima kasih...betul tu

Kancil 8349 said...

3no :

tulah pasal...cakap diluar lepas tu reka cerita sampai ke pejabat

Kancil 8349 said...

Ckin Kembaq :

terima kasih...tulah...bila anak tidak disiplin dorang akan kata kita gagal ajar anak mereka sedangkan bila kita ajar dorang plak yang menyampuk

myhuonglequyen said...

Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!

FadoExpress là một trong những top công ty chuyển phát nhanh quốc tế hàng đầu chuyên vận chuyển, chuyển phát nhanh siêu tốc đi khắp thế giới, nổi bật là dịch vụ gửi hàng đi nhậtgửi hàng đi pháp và dịch vụ chuyển phát nhanh đi hàn quốc uy tín, giá rẻ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...