Bukit Tengkorak terletak di selatan pekan Semporna. Ia berhampiran dengan Sekolah Menengah Agama Tun Sakaran dan berada di kawasan Tampi - Tampi. Sebenarnya, Bukit Tengkorak merupakan tapak sejarah zaman batu. Selain itu ia telah dikenalpasti sebagai tempat pembuatan tembikar yang terbesar sekali di Asia Tenggara pada zaman Neolitik, kira - kira 3000 tahun dahulu.
Mengikut para pengkaji sejarah, mereka telah menemui beratus - ratus bahan sejarah di sekitar di Bukit Tengkorak, terutamanya tembikar yang pelbagai corak dan jenis. Pembuatan tembikar masih diamalkan pada zaman ini oleh masyarakat Bajau. Bukit Tengkorak merupakan kawasan tapak arkeologi yang amat penting di Malaysia dan Asia Tenggara kerana penemuan bukit dan hipotesis yang menyatakan bahawa penghijrahan manusia dan perdagangan atau pertukaran laut yang terpanjang sekali di dunia (lebih 3 500 km) dari Timur Sabah ke New Britain di Melanesia sekitar 3 000 tahun dahulu.
Bukit Tengkorak terletak kira - kira 500 kaki di atas paras laut di persisiran pantai Semporna, Sabah. Tinggi juga tempat nie. Penat sungguh kami mendaki ke atas puncak bukit ini. Nie baru bukit belum lagi Gunung Kinabalu. Bukit Tengkorak juga merupakan tapak perlindung gua batuan volkanik dan sebahagian dari bibir gunung berapi yang berdiameter sekitar 2 km.
Dibawah ini adalah beberapa gambar yang saya ambil pada tahun lalu (2010). Ini merupakan pemandangan di sekitar kawasan Bukit Tengkorak. Jika berminat, datanglah ke Semporna dan melihatnya sendiri. Jom kita lihat gambar di bawah.
Kelihatan Pulau Orang Tua Sedang Tidur
Sekolah Menengah Agama Tun Sakaran
Kawasan Tampi - Tampi
Papan tanda di kawasan Bukit Tengkorak
Kawasan puncak Bukit Tengkorak
Kelihatan Pulau Tiga di dalam gambar (selatan Bukit Tengkorak)
Pulau yang rata di dalam gambar adalah Pulau Omadal
Bekas bibir kawah gunung berapi
Pemandangan di atas bekas kawah gunung berapi
Kajian geologi di Bukit Tengkorak dan kawasan sekitarnya mendapati bahawa Bukit Tengkorak adalah sebahagian dari bibir kawah gunung berapi yang berdiameter 2 km. Ia telah meletus pada zaman Pilosen (5.3 hingga 1.8 juta tahun dahulu). Dibawah adalah beberapa keping gambar bentuk batu - batu besar sekitar di kawasan Bukit Tengkorak.
Batu nie dikatakan seperti tengkorak manusia
Wah! besarnya batu nie..........
Bentuk batu yang menyerupai mulut buaya
Dibawah nie pula, merupakan gambar - gambar tapak penggalian bahan sejarah yang digali oleh para sejarah negara kita. Disinilah mereka menemui rangka manusia dan serpihan - serpihan tembikar dan sebagainya.
6 comments:
wah,, time dok sekolah dulu,, blaja gak pasal bukit tengkorank ni,, tapi tak pernah berpeluang gi sabah and sarawak ni,, best!!! unik,, insya Allah ade rezeki orang datang sini :D
Nurmujahidah :
semoga dapat datang ke sini
hahaha, eventhough jr tggl b'hmprn bkt nie, xp xbyk yg jr tau tntgnya.. Yg jr tau, snap sna, snap snie, hehe
Qaire :
hehehehe...sekali sekala datanglah ke sana
insya Allah raya ke2 nie, jr ngn classmate dtg c 2.... Hehehe
Qaire :
semoga berpuas hati
Post a Comment